Sunflower Garden di Bagan Datuk jadi ‘syurga’ peminat bunga matahari. Banyak spot OOTD!
Bagi peminat bunga matahari, sekarang anda dah tak perlu susah-susah pergi travel ke Thailand untuk nikmati ciptaan flora yang indah ini sebab dekat Malaysia pun ada ladang bunga matahari yang menarik untuk dijadikan port OOTD! Jom ikuti perkongsian sis Eja Sabil melawat ke Sunflower Garden di Bagan Datuk, Perak.
Terdapat banyak spot bergambar yang menarik untuk anda terokai. Antaranya, berfoto di spot Sarang Burung, buaian besar, stairway to heaven dan paling menarik sekali di Windmill. Ala-ala dekat oversea uolls!
Selain datang bersama keluarga, lokasi ini juga menarik untuk kalian merakam memori bersama rakan-rakan atau mungkin kekasih hati? Yang penting bawa ‘photographer’ bertauliah confirm gambar bertambah meletop!
Sambil tengah ber-OOTD, boleh juga ambil masa kejap santai-santai di pondok yang disediakan. Bolehlah cuci mata kejap tengok bunga matahari jingga kekuningan ini mekar herlokk.
Oh ye, menurut perkongsian sis Eja, ada juga makanan ringan seperti jajan dan nugget dijual sekitar ladang ini. So kalau rasa nak mengunyah boleh la beli ek..
- Harga tiket
- RM 13 (Dewasa)
- RM 10 (7 – 12 thn)
- RM 5(3 – 6 thn)
- Waktu operasi: 8 pagi – 7 mlm
- Alamat: Sunflower Garden. A128, Bagan Sungai Burung, 36100 Bagan Datuk, Perak
- Parkir: Free
Anda ada kisah menarik untuk dikongsi bersama dunia?
Sila emel kepada kami di admin@kakitravel.net