Shangri-La tawar kredit RM100 untuk pengunjung menerusi tawaran Local Resident Rate
Berita gembira buat rakyat Malaysia, kini anda boleh dapatkan kredit bernilai RM100 menerusi tawaran ‘Local Resident Rate’ (LRR) yang disediakan oleh syarikat Shangri-La Hotel & Resort.
Anda boleh dapatkan LRR yang bernilai RM100 itu menerusi penginapan di antara dua resort Shangri-La yang terletak di Batu Ferringhi, Pulau Pinang iaitu Shangri-La Rasa Sayang dan Shangri-La Golden Sands.
Manfaat ‘Local Resident Rate’ (LRR) ?
Selain mendapat kredit percuma sebanyak RM100, LRR juga menawarkan penyediaan sarapan pagi (2 dewasa & 2 kanak-kanak berumur bawah 6 tahun). Malahan, sebaik sahaja anda tiba di resort, anda bakal dihidangkan air minuman dan tuala oleh kakitangan Shangri-La Hotel & Resort. Layanan istimewa sangat ni!
Apa Boleh Buat Dengan Kredit RM100 tu?
Anda boleh tebus kredit RM100 untuk offset rate bilik yang anda tempah atau boleh juga guna untuk membeli makanan dan minuman di resort berkenaan.
Macam Mana Nak Dapatkan Tawaran LRR?
Anda boleh dapatkan tawaran LRR menerusi dalam talian iaitu di laman web Shangri-La Rasa Sayang atau laman web Shangri-La Golden Sands
Oh ya, tawaran ini hanya sah untuk rakyat Malaysia yang membuat penginapan di Shangri-La Rasa Sayang atau Shangri-La Golden Sands sahaja. Tawaran dibuka sehingga 31 Disember 2022.
Terma & Syarat:
• Anda perlu membuat tempahan awal dan tawaran adalah tertakluk pada ketersediaan semasa membuat tempahan
• Kadar harga adalah tertakluk kepada 10% caj perkhidmatan dan 0% cukai kerajaan bagi setiap bilik // 1 malam
• Di Shangri-La Rasa Sayang, caj dikenakan kepada tambahan orang ketiga yang menginap di Garden Wing – RM180 // 1 malam (caj termasuk sarapan pagi & katil tambahan), di Rasa Wing – RM250 // 1 malam.
• Di Shang-ri La Golden Sands, caj tambahan orang ketiga – RM150 // 1 malam (caj termasuk sarapan pagi & katil tambahan). Caj tambahan orang ketiga adalah tertakluk kepada diskaun tawaran semasa, caj perkhidmatan dan cukai kerajaan.
• Tawaran ini tidak boleh digabungkan dengan mana-mana promosi lain yang sedang berjalan dan tidak digunakan untuk tempahan berkumpulan 10 bilik dan ke atas.
• Tawaran ini tertakluk pada ketersediaan bilik dan tarikh pemadaman mungkin dikenakan.
• Bukti pemastautin Malaysia (pemegang MyKad atau warga asing dan pemastautin tetap dengan Visa bekerja Malaysia yang sah) diperlukan sebelum daftar masuk.
• Kredit RM100 tidak sah untuk makan di dalam bilik (Perkhidmatan Bilik) dan caj jamuan.
Selain dari tawaran ini, kumpulan Shangri-La turut menawarkan pelindungan kemalangan peribadi StaySurance untuk para pengunjung. Boleh baca selanjutnya di sini.
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!