7 Tempat di Istanbul yang jarang dikunjungi rakyat Malaysia

Istanbul merupakan antara destinasi yang semakin popular dikalangan rakyat Malaysia. Antara spot-spot wajib dilawat di Istanbul antaranya adalah Masjid Sulntanahmet, Hagia Sofia, Topkapi Palace, Galata Tower dan banyak lagi. Tapi untuk kali ini kami ingin kongsikan tempat-tempat menarik di Istanbul, Turki yang jarang dimasukkan dalam pakej tour biasa.

1.Balat

Balat merupakan salah satu kawasan kejiranan yang tertua dan penuh sejarah di Istanbul. Ianya mempunyai banyak bangunan-bangunan lama, lorong-lorong sempit serta rumah disini semuanya meriah berwarna-warni. Di sini juga terdapat banyak kafe-kafe hipster dan tempat untuk anda bergambar. Kawasan Balat ini merupakan salah satu daripada tapak UNESCO di Turki.

Gambar – FB Amazing Places

2. Miniaturk

Miniaturk ini adalah sebuah taman miniatur yang terletak di Istanbul. Ianya menampilkan replika bangunan-bangunan daripada seluruh Turki dalam bentuk skala kecil. Ada lebih daripada 100 replika di sini antaranya replika Cappadocia, Pamukkale serta bangunan-bangunan sejarah di Turki. Kiranya tempat ni lebih kurang macam Taman Tamadun Islam dekat Terengganu tu. Untuk nak ke sini korang boleh naik Tram ke Eminonu dan dari situ boleh naik bas atau teksi.

Gambar oleh Visit.Istanbul
Gambar oleh surahotels.com

3. Basilica Sistern

Basilica Sistern ini sebenarnya merupakan tempat simpanan air ketika zaman Byzantine dahulu. Ianya terletak tidak jauh daripada lokasi Hagia Sofia. Di Istanbul terdapat beratus tempat simpanan air seperti ini, namun Basilica Sistern merupakan yang terbesar dan masih boleh dilawati.

Gambar oleh findery.com
Gambar Britannica.com

4. Bahagian Asia

Seperti mana yang kita tahu, Turki ini terletak diantara dua benua iaitu Eropah & Asia. Selat Bosphorus merupakan pemisah kepada kedua benua ini. Biasanya para pelancong akan melawati bahagian Eropah di Istanbul, namun jika anda ingin tengok kehidupan rakyat biasa di Istanbul, anda boleh lah ke kawasan Uskudar atau Kadikoy di bahagian Asia. Nak ke sana boleh menaiki feri dari Eminonu ataupun tren Marmaray.

Maidens Tower di Uskudar | Gambar – tinemaria.com
Di jalanan Uskudar

5. Hammam

Hammam adalah spa atau sauna tradisional masyarakat Turki. Antara Hammam yang popular di Istanbul adalah Cemberlitas Hammam. Ianya merupakan salah satu hammam yang tertua di Istanbul. Ia dibina oleh arkitek Uthmaniyyah yang bernama Mimar Sinan pada tahun 1584. Satu lagi Hammam yang popular adalah Cağaloğlu Hamami, antara spa yang tercantik di Istanbul

6. Galata Bridge

Galata bridge ni terletak di kawasan Golden Horn. Di sini anda boleh melihat ramai orang yang memancing ikan. View kat sini sangat cantik. Boleh Nampak Galata Tower dari seberang. Dekat bawah Galata Bridge ni juga ada banyak restoran yang korang boleh lepak. Antara menu yang boleh dicuba dalaha Balik Ekmek, ataupun sandwich ikan.

Gambar – Hang Dhamin

7. Feri di Selat Bosphorus

Selat Bosphorus ni adalah selat yang memisahkan antara bahagian Eropah & bahagian Asia Turki. Biasanya orang akan menaiki kapal cruise untuk menyusuri selat Bosphorus, dimana kebanyakkannya adalah pelancong. Jika anda ingin kan suasana lokal, boleh cuba naik feri biasa. Harga feri adalah jauh lebih murah dan anda masih dapat view yang sama seperti di dalam cruise, antaranya bangunan-bangunan seperti Topkapi Palace, Bosphorus Bridge dan lain-lain. Yang bestnya, tak payah nak berebut dengan pelancong lain untuk nak ambil gambar!. Kalau nak naik feri ni boleh naik bermula dari terminal feri Eminonu.

Feri merentasi selat Bosphorus
Antara route feri yang ada

Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel , FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSRCIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *