10 Tempat Menarik di Singapura – Banyak Yang Best Rupanya!

Singapura ni macam one in a millions tau, walaupun kecil tapi actually banyak tempat menarik yang boleh pergi! Dari indoor ke outdoor aktiviti semuanya ada, dan semuanya boleh diakses menggunakan public transportation. Itu yang best! 

Kalau tengah plan trip ke Singapura, ini antara 10 tempat menarik di Singapura yang patut masuk dalam itinerary: 

1. Skyline Luge

Skyline Luge disini terdapat 4 trek sejauh 688 meter dan yang paling best bila naik skyride korang boleh tengok keseluruhan Pulau Sentosa.

  • Tips: Make sure pakai pakaian yang bertutup sebab Pulau Sentosa ni dekat dengan laut, jadi panas dia memang on top! 

2. HyperDrive Indoor Go-Kart

Untuk yang nak rasa adrenaline sikit, korang boleh masuk HyperDrive Indoor Go-Kart. Trek bertingkat dengan design futuristik, jadi rasa macam tengah berlumba dalam game. Sesuai untuk yang nak aktiviti indoor tapi tetap lasak. Disini juga, tersedia cafe dan podium bagi pemenang. 


3. SkyHelix

Kalau nak sesuatu yang lebih chill, korang boleh naik SkyHelix. Gondola terbuka ni akan berputar perlahan sambil bawa korang naik ke atas. Dari situ, korang boleh nampak pemandangan Pulau Sentosa dan laut… memang cantik, especially untuk ambil gambar.

  • Tips: Bagi yang gayat tapi nak naik, korang jangan pandang bawah je. 

4. Mount Faber

Kalau nak aktiviti yang lebih santai tetapi berbaloi, boleh cuba naik cable car dari Mount Faber. Dari dalam cable car, korang boleh tengok pemandangan bandar Singapura, pelabuhan dan laut dari sudut yang berbeza.

5. Wings of Time (Night Show Sentosa)

Untuk aktiviti waktu malam, korang boleh tengok Wings of Time di Sentosa. Persembahan berdurasi 20 minit ini menampilkan persembahan lampu 3D, pancaran laser, air pancut robotik serta efek api dan bunga api. 

6. Gardens by the Bay

Gardens by the Bay antara tempat yang paling wajib pergi bila ke Singapure. Korang boleh berjalan sekitar Supertree Grove, masuk Cloud Forest atau Flower Dome. Bila malam, light show di Supertree memang wajib tunggu! 

7. ArtScience Museum

Kalau minat seni dan benda interaktif, korang boleh masuk ArtScience Museum di Marina Bay Sands. Pameran dia banyak guna teknologi visual, dan banyak interaktif game yang korang boleh cuba.

8. The World of Studio Ghibli

Peminat animasi Jepun pasti akan excited dengan The World of Studio Ghibli. Korang boleh masuk ke dunia Totoro, Spirited Away dan watak-watak ikonik lain melalui pameran dan rekaan set yang detail dan estetik.

9. Harry Potter: Vision of Magic

Untuk peminat Harry Potter, tempat ni memang susah nak skip. Korang boleh explore ruang-ruang bertema dunia sihir dengan teknologi visual dan elemen interaktif. Setiap zon direka supaya rasa macam masuk terus ke dunia magikal.

10. Jewel Changi Airport

Ah, dah sampai Singapura. Rugilah tak explore Jewel Change Airport. Korang boleh tengok Rain Vortex, jalan sekitar taman atau lepak sambil shopping dan makan sebelum atau selepas flight.

Singapura ni ada banyak tarikan yang boleh disesuaikan ikut minat masing-masing. Yang penting ia senang di explore. Jadi, korang tinggal pilih, susun itinerary, dan enjoy pengalaman yang ada.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *