15 barang patut dibawa ketika travel & hiking – ‘Newbie’ wajib ketahui!

KEBIASAANNYA jika pergi travel, pasti ada sahaja barang yang tertinggal atau mungkin terlebih bawa tapi tak digunakan pula. Berat beg satu hal, tak cukup barang pun masalah juga kan? No worries guys! Jom ikuti perkongsian sis Amalina ini mengenai 15 barang perlu dibawa ketika traveling! Korang yang baru nak berjinak-jinak dalam traveling ke hiking ke wajib ketahui info ni ye!


15 barang wajib dibawa!

1. Motion sickness pills

  • Sangat-sangat berguna untuk long haul trip, naik gunung-ganang guna kenderaan, naik boat/ferry/cruise, cable car, train
Foto:Healthline

2. Portable bladder bag

  • Simpan dalam backpack kecik 10 litre pun dah boleh
  • Sesuai untuk travellers yang suka mendaki, berjalan more than 15k steps a day. Nak minum, sedut je tak perlu bawak tumbler bagai

3. First Aid Kit

  • Basic things macam gauze, plaster, antiseptic cream

4. Payung lipat

Sesuai untuk negara yang ada unpredictable weather or cuaca panas

5. Tisu basah + kering

6. Bidet/botol kosong

  • untuk istinjak or skip this kalau nak pakai tisu basah saja

7. S hook

  • Sesuai untuk korang yang tinggal kat hostel

8. Straps

  • Cari yang ada password untuk strap luggage korang

9. Duffel bag

  • Takut terlebih barang masa nak balik so better prepare bag lipat2 tu

10. Topi

  • Incase cuaca panas sangat / elak kepala kena hujan etc

11. Inflatable neck pillow

  • Sesuai untuk orang yang selalu sakit leher

12. Pen

  • Wajib bawak untuk isi form

13. Bag galas

  • Invest yang mahal sikit and beli yang ada ruang isi portable bladder bag
  • Ambil yang 10 litre pun dah cukup
  • Boleh jadikan your everyday daypack

14. Travel towel

  • Kalau sejenis tidur kat hostel, beli yang microfibre je dekat Decathlon

15. Sunscreen

  • Untuk sun protection and aloe vera gel kalau dah terkena sunburn
Foto: Sharp Healthcare

Ada lagi tak barang yang korang rasa perlu dibawa tapi tiada dalam senarai di atas? Kongsikan di ruangan komen guys!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *