Terokai Alam Di Perak Dengan 8 Aktiviti Menarik Ini, Ater Kome Beghani Yob?
Meneruskan ekspedisi menjelajah di Negeri Perak Darul Ridzuan dengan aktiviti yang mencabar fizikal dan mental.
Negeri Perak ini bukan hanya dipenuhi dengan khazanah alam yang menarik untuk di lawati tetapi sesuai juga memenuhi mood percutian korang. ‘Nak santai? Boleh…, Nak mencabar? Boleh…, nak healing pun boleh’. Apa je yang tak ada di Perak ini.
Jom kita riki-riki tempat menarik di Perak yang pasti memberi satu kegembiraan dan kecekalan:
ESCAPE PARK TT5 TIN DREDGE
‘Apa barang Escape Park tengah hutan, moh lerr main ditengah-tengah bekas lombong bijih timah’ – kata-kata sang kucing.
Reaksi korang pasti bakal terkejut besar, kerana di Perak terdapat Escape Park terbesar di Malaysia dengan keluasan tanah sekitar 146 ekar yang bakal mula beroperasi pada awal tahun 2024.
‘Mencabar ke?’ Kena cuba dulu baru tahu. Bagi yang ada masalah Thalassophobia, ini adalah masa untuk cabar diri korang. Selain itu, di Escape Park ini juga terdapat rumah inap dan tempat perkhemahan.
MAZE PARK TT5 TIN DREDGE
Tanjung Tualang ini betul-betul menyajikan pengunjungnya dengan aktiviti yang lasak dan mencabar.
Bukan hanya ada Escape Park terbesar, malah ada Maze Park atau taman pagar sesat terbesar berkeluasan 55,000 kaki persegi dan berbentuk seperti hati ‘heart shape’.
Sambil cari jalan keluar, korang akan dapat spot yang menarik untuk OOTD ‘serius… cun habis chor’, dan dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan sejarah pelombongan biji timah. Ia sesuai bagi seisi keluarga, berkumpulan dan nak pulihkan hati yang lara hihi.
Habis cerita di Tanjung Tualang, ‘moh lerr kita ke Gerik, Perak’
ROYAL BELUM
Taman Negari Royal Belum adalah salah satu hutan hujan tertua di Malaysia dengan keluasan 117,500 ektar dan dikatakan telah wujud lebih daripada 130 juta tahun.
Di Royal Belum ini, menawarkan pelbagai aktiviti menarik berasakan alam semua jadi kepada pencinta alam.
Terdapat pelbagai jenis flora dan fauna, dan 14 mamalia paling terancam di dunia seperti Beruang Matahari, Harimau, Gibbon tangan putin dan Gajah India. Selain itu, terdapat 10 spesies burung enggang di Malaysia boleh ditemui
Jadi, let’s check it out aktiviti menarik di sini…
HOUSEBOAT
Houseboat ataupun Rumah bot ini terletak di Tasik Banding, Perak. Setibanya masuk ke housebot ia akan bergerak meninggalkan jeti dan terus terapung di tengah tasik yang dikelilingi dengan hutan luas.
‘Wifi, line phone?’ Maaf tiada langsung perkhidmatan yang menghubungkan korang dengan orang di darat.
Apa yang korang boleh lakukan di atas bot adalah melihat pemandangan yang indah, melepaskan kesesakan di bandar, menghirup udara yang segar dan makanan yang sedap.
‘Itu je ke boleh buat atas bot?’ Eh, banyak lagi aktivit menarik ya antaranya:-
MELAWAT ORANG ASLI SUKU KAUM JAHAI
Aktiviti pertama setelah Houseboat berlabur dari Jeti Tasik Banding, korang akan sampai di check point untuk menginap. Tidak jauh daripada itu, terdapat sebuah perkampungan Orang Asli Suku Jahai, Sungai Tiang.
Suku bangsa Jahai merupakan satu daripada Suku Kaum Negrito di Malaysia. Perkampungan ini adalah antara destinasi persinggahan setiap pelancong atau pelawat yang menyusuri Tasik Temenggor dan Hutan Royal Belum.
Sayu hati apabila melihat anak-anak kecil di sini, tetapi mereka bahagia dengan cara tersendiri. Jadi, korang kenalah bersosial dengan mereka… main sepak taqraw sama-sama, ajak mereka berbual dan layan persembahan mereka ‘terhibur babe’. ‘Fyi, sini ada wifi dan spot OOTD yang sangat cantik’
AKTIVITI AIR DAN MEMANCING
Kedalaman Tasik di Royal Belum ini masih belum dikenal pasti jadi ‘You better watch out dan pakai life jacket setiap kali nak buat apa-apa aktiviti air ya, kecuali korang menggunakan insang ikan bukan paru-paru’ hihi.
Tapi jangan risau kerana abang bot dan team akan sentiasa mengawasi gerak geri korang yang tengah berendam mahupun berakit di tengah tasik.
Bagi yang kaki mancing, ini adalah spot terbaik untuk memancing Ikan sungai seperi Ikan Toman, Baung, Kelah dan banyak lagi.
Kalau bosan memancing sekitar bot, mereka akan bawa ke Tasik Temenggor dan kalau ada rezeki lebih korang akan terserempak dengan Gajah di tepi tebing tasik.
AIR TERJUN SUNGAI RUOK
Dah masuk Taman Negeri Royal Belum ini, rugilah kalau tak waterfall hunting.
Untuk sampai ke Air Terjun Sungai Ruok ini, korang perlu menaiki bot dan berjalan sekitar 15 ke 20 minit merentasi denai sungai. Bagi yang membawa anak kecil track untuk ke air terjun ini tidaklah begitu extreme, sesuai aktiviti bersama keluarga.
Di Air Terjun Sungai Ruok ini juga terdapat Santuari ikan dimana korang dapat melihat secara dekat spesis-spesis ikan sungai seperti ikan kelah, ikan tengas dan ikan temole. Korang berpeluang mandi bersama ikan, ikannya sangat ramah lagi-lagi kalau bawa makanan.
TASIK CERMIN 2
Tasik Cermin adalah satu attraction yang paling terkenal di Ipoh, Perak.
Tapi pernah tak korang cuba Tasik Cermin 2 yang dikatakan ‘The Hidden World’? Kerana ia adalah tasik ataupun bekas kuari yang dikelilingi pergunungan.
Buat masa ini aktiviti yang ada di Tasik Cermin 2 adalah ‘bot tour’ selama 20-30 minit tetapi sempena tahun melawat Perak 2024 akan ada beberapa aktivit menarik seperti Rock Climbing, Hiking, memancing dan bermacam lagi. Stay tuned for more update!
Tak sangkakan dekat Perak ini banyak juga tempat menarik. Jadi, moh lerrr kita bercuti ke Perak dan rasai kesemua eco-tourism yang paling menakjubkan.