The Shore Oceanarium – Tempat wajib singgah di Melaka

The Shore Oceanarium

Melaka merupakan sebuah destinasi yang terkenal dengan banyak tempat tarikan serta sejarah. Antara tarikan yang anda wajib anda singgah jika ke Melaka bersama anak-anak adalah The Shore Ocenarium. Disini anak-anak anda bukan sahaja dapat melihat pelbagai jenis hidupan laut tetapi dapat juga menambahkan lagi ilmu mengenai hidupan laut.

The Shore Oceanarium ni terletak di dalam The Shore Shopping Mall, betul-betul di sebelah sungai Melaka tu. Tempat ni sebenarnya mula dibuka beberapa tahun dahulu, namun pada 1 Disember 2019 yang lalu, ia telah menambahkan lagi tarikan di dalamnya dengan pembukaan fasa kedua.

Disini anda bukan hanya dapat melihat pameran hidupan laut, tetapi dapat berinteraksi juga dengan sesetengah haiwan. Antara yang menarik di sini adalah :

Interactive Touch Pool

Di sini anda dibenarkan untuk menyentuh pelbagai jenis hidupan laut. Antaranya ikan pari, starfish dan lain-lain lagi.

Shark Quest

Ada sebuah patung jerung yang besar disini untuk anda bergambar. Selain itu anda juga berpeluang untuk merasai pengalaman berada dalam “Shark Cage”

Shark Cage

Ocean Theatre

Di sini ada sebuah aquarium besar dimana akan ada sessi “Fish Feeding”. Seorang penyelam akan masuk kedalam aquarium tersebut dan memberi makan kepada ikan-ikan didalamnya. Selain itu ada juga 3D movie theatre di sini.

Serta banyak lagi tarikan-tarikan menarik di sini. Boleh tengok senarai penuh tarikan di sini. Tengok juga gambar-gambar dibawah untuk dapatkan gambaran lebih jelas mengenai tempat ni

The Shore Oceanarium ni dibuka kepada orang ramai setiap hari bermula jam 10.30 pagi hingga jam 9.00 malam. Harga tiket masuk ke sini adalah RM40 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak. Tetapi sempena tahun melawat Malaysia 2020 ni, ada promosi sekiranya anda membeli tiket ke The Shore Oceanarium, anda juga dapat percuma satu tiket ke VR AR Interactive Park!

VR AR Intreactive park ni ada banyak aktiviti yang berasaskan teknologi canggih. Antaranya 360 Degree View VR Cinema, Dinosaur Augmented Reality, 3D Ex Laser Cinema, Augmented Reality Interactive ,Interactive Fish ,Kids VR dan Edutainment Painting.

Best kan? Jadi kalau anda ke Melaka bersama keluarga tu jangan lupa singgah ke sini ya! Maklumat lanjut mengenai tempat ni boleh tengok laman web rasmi The Shore Oceanarium di sini.


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel , FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSRCIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *