Tips penting untuk anda yang nak travel ke Balkan

Tips ke Balkan

Balkan merupakan satu wilayah yang cantik untuk dilawati. Wilayah Balkan ini merangkumi negara-negara seperti Bosnia, Croatia, Serbia, Montenegro, Albania, Kosovo, Macedonia, Romania, Bulgaria & Moldova. Semenjak beberapa tahun lepas, wilayah ini mula mendapat tumpuan antara destinasi pilihan rakyat Malaysia.

Mostar – Bosnia
Macedonia

Seorang followers Kaki Travel iaitu Mohd Ekhsan Sallahudin berkongsi sedikit tips penting untuk anda yang bercadang untuk ke negara-negara Balkan. Jom kita tengok tips-tips yang dikongsikan :

Tips penting

  1. Tukar duit tempatan apabila tiba di negara tersebut. Susah nak cari pengurup wang di Malaysia yang ada jual matawang dari negara-negara Balkan kecuali Montenegro sebab dia pakai Euro. Sediakan Euro secukupnya.
  2. Boleh pilih untuk menginap di Airbnb atau hotel yang mempunyai dapur sekiranya anda suka masak.
  3. Pastikan waktu check-in Airbnb. Kadang-kala check-in boleh jadi pada jam 7 malam iaitu setelah tuan rumah balik kerja.
  4. Bukan semua tuan rumah akan datang bagi urusan check-in, Sekiranya self check-in, pastikan anda teliti perincian cara nak buka lock box dan sebagainya.
  5. Self check-in ni macam “seram” sikit sebab takut tak reti buka kunci.
  6. Pandai-pandai anggar waktu tiba dengan waktu check-in terutamanya ketika musim sejuk bagi mengelakkan anda kesejukan menunggu tuan rumah datang.
  7. Perjalanan antara negara kebiasaannya menggunakan bas atau van. Pastikan anda telah beli tiket sekurang-kurangnya sehari sebelum tarikh perjalanan.
  8. Kebanyakan tiket dibeli di stesen bas dan bukan online.
  9. Kami tidak makan langsung di restoran di sana. Kami beli daging atau ayam halal dan masak di rumah. Mudah untuk dapatkan daging halal kecuali di Hungary.
  10. Rajin-rajin lah masak dan gunakan sumber atau produk tempatan. Perjalanan anda akan jadi lebih nikmat dan silap-silap berat badan bertambah bila balik KL.
  11. Baca sejarah mengenai tempat yang ingin dilawati. Rugi pergi tempat orang tak tahu sejarahnya.
  12. Backpacking ke Balkan ni ada pros and cons berbanding pergi dengan agensi. Pro nya tak perlu saya ceritakan. Cons nya, anda kena sentiasa alert tentang tiket bas antara negara/bandar, dan anda mungkin tidak dapat cover tempat-tempat di luar bandar sangat kerana kekurangan masa dan pilihan pengangkutan awam yang terhad, kecuali, kalau anda berani drive di sana.
  13. Dari segi kos, saya rasa lebih kurang sahaja kut dengan pergi bersama agensi pelancongan. Ada la murah sedikit. Pergi dengan agensi ni mudah. “Makan tanggung berak cangkung”. Anda tidak perlu fikir nak masak kerana bila balik ke penginapan setelah seharian, kita akan sangat penat dan masa tu nak ke dapur, memang seksa.
  14. Bila pergi berkumpulan, pastikan buat jadual untuk masak, atau pastikan semua ahli sama-sama bantu memasak. Ahli yang paling pandai dalam kumpulan akan buat research mengenai tiket-tiket bas dan itinerari. Bila dah penat ni, memang boleh buat gaduh. Saya pula takkan nak gaduh dengan mak saya kan. Karang tak pasal-pasal jadi batu kat situ.
  15. Selamat mengembara dan have a nice trip! Balkan ni memang cantik

Boleh baca juga entri Itinerari 14 hari ke 7 negara Balkan untuk perkongsian itinerari ke sana.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat korang yang bercadang untuk ke negara-negara Balkan tu.

Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel bagi mendapatkan idea untuk planning percutian korang!

You may also like...

2 Responses

  1. Hafifah says:

    Mcm best bunyinya

  2. emran says:

    Terbaik ….
    baru tgh merancang nk ke balkan..
    tgh study kos tambang…driving di sana…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *