Tips mudahkan urusan anda dengan imigresen Australia
Tips Australia
Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, pemeriksaan imigresen Australia terhadap rakyat Malaysia semakin ketat. Hal ni tak lain tak bukan kerana ramai rakyat Malaysia yang menyalahgunakan visa pelancong untuk bekerja di negara tersebut.
Jadi untuk nak mudahkan urusan korang untuk berdepan dengan imigresen Australia, disini ada sedikit tips yang dikongsikan oleh rakan kita dari Bentiali Route Planner . Konsep dia mudah sahaja, PRINT & BRING.
Sila lah anda print dan bawa bersama item-item ni untuk memudahkan urusan anda dan mereka. Kadang memang rezeki anda tidak disoal banyak tapi jika dah disiap sedia apasalahnya
1.Itinerari
Kalau boleh iti ni bukan lah yang lead group tu je tau, tapi ahli yang lain kena la ambil tau tempat-tempat lawatan yang korang nak p tu. Dan kalau boleh accomodation dan transport sekalikan detail dalam lembaran yang sama.
2.Bukti Booking/Invoice untuk Tempat Penginapan
Yang ni korang kena la print nak membuktikan yang korang memang menempah tempat tinggal yang boleh memuatkan semua ahli rombongan. Nanti kalau dia tengok ko ber-empat tapi ko sewa bilik ber-dua kan dan timbul keraguan tu.
3.Bukti Booking/Invoice untuk Pengangkutan
Kalau korang nak memandu di sesebuah negeri di Australia, ambil maklum basic info tentang negara dan negeri tersebut. Sebagai contoh di Melbourne city ada hook turn. Nanti kot imigresen tu serkap jarang kt korang takde la korang tak tau menjawab.
4. Surat makluman ke kedutaan/konsulat Malaysia di Australia
Maklum sedia bahawasanya ada beberapa kedutaan atau konsulat Malaysia dalam negara Australia ni. Jadi jika anda berkunjung ke Melbourne, jangan pula hantar ke kedutaan atau konsulat di negeri lain. Jika kedutaan reply by email, print sekali email tu supaya nampak tugas anda sebagai pelancong yang berdedikasi.
5. Decleration makanan dan ubatan
Yang ni korang buat ringkas pun tak apa. Tapi yang ubat tu kalau boleh dapatkan cop dari doctor berdekatan anda lepas anda dah buat okey.
6.ETA Visa
Australia mengamalkan visa jenis electronic ETA. Jadi sebenarnya tak perlu print pon, tapi bagi memudahakn print je la senang.
7.Tiket Balik
Yang ni paling penting bagi membuktikan anda memang datang sebagai pelancong dan mempunyai perancangan yang teliti. Sebabnya tau berapa hari yang logik untuk anda datang dan selesai tour anda. Juga ini membuktikan yang anda memang nak balik pun, tak hingin nak berlamaan pun kat negara depa.
8. Tiket2 lawatan
Yang ni aku jarang nak beli online. Sebabnya ada beberapa tempat perlu ambil kira masa dan tarikh,kiranya tak boleh ubah plan last minit.
Jadi kalau korang nak ke Australia tu, percayalah tips ni memang berguna masa korang nak berdepan dengan imigresen dekat sana tu.
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel bagi mendapatkan idea untuk planning percutian korang!