Tips dan panduan buat ‘first-timer’ naik Resorts World Cruises!
Baru-baru ini, team Kaki Travel berpeluang menaiki Resorts World Cruises. Trip selama 4 hari 3 malam itu membawa kami belayar dari Port Klang ke Singapura lalu menuju ke Phuket dan kembali ke Port Klang semula. Memang best! Pada anda yang bakal jadi 1st timer menaiki cruise, ikuti perkongsian di bawah!
Trip 4D3N (Port Klang – Singapore – Phuket – Port Klang)
Apa je prosedur before naik cruise?
- Lepas dah settle beli tiket (boleh beli through agent Grand Holidays, pilih pakej date etc), then korang datang ke Port Klang Cruise Terminal (PKCT)
- Sampai dekat PKCT, kena beratur dapatkan kad akses (ni penting untuk guna sepanjang atas kapal), make sure bawa pasport ye! Then anda akan diberi no giliran untuk naik cruise.. nak dapat turn naik kapal awal, sila datang awal.. kalau tak, mahu sejam lebih gak la tunggu turn nak naik kapal tu weh
- Masa no giliran dah panggil, korang akan bergerak ke Imigresen dulu, pasport pihak cruise akan pegang (don’t worry, waktu nak balik turun kapal nanti depa akan pas semula)
- Kami naik hari tu waktu weekend, so agak ramai jugalah. Plus minus makan masa around 2hour untuk semua proses di atas settle then baru lepas naik cruise
Kad Akses – Benda Paling Penting!
- Okay, nak ingatkan sekali lagi, anda akan dapat kad akses before naik cruise.. dekat kad tu ada tulis nama and no bilik, pastikan ejaan nama betul
- Kad ini penting sebab korang kena bawa sentiasa kalau nak pergi makan dekat restoran kena scan kad baru boleh masuk makan, kalau nak lakukan aktiviti or beli makanan/minuman pun kena scan kad.. segala bil perbelanjaan atas kapal akan disenaraikan dalam sistem atas nama pembeli
- Segala perbelanjaan atas kapal cruise ini pakai mata wang Singapore Dollar (SDG)
- Nak tahu jumlah bil anda kena bayar, boleh check dekat TV yang ada dalam bilik u guys
- Anda akan buat pembayaran sebelum turun kapal (kira Last Day), kalau tadak cash boleh je bayar guna kad kredit/debit/TnG etc
Perkara perlu dilakukan setibanya dalam cruise
- Sebaik saja anda memasuki kapal cruise ini, kami sarankan kalian ‘study’ sikit layout kapal. Perkara ini penting supaya anda tak sesat sampai blur-blur taktahu hala tuju nak ke bilik, restoran, swimming pool etc
- Kapal ni ada 3 bahagian iaitu FWD (depan) , MID (tengah), AFT (belakang), kalau Deck pula maksudnya macam level (tingkat)
- Contoh, kalau nak pergi Main Pool ditulis Deck 16 (MID) = tingkat 16 (bahagian tengah) gitu..
- Satu lagi anda kena alert dengan ‘Daily Activities & Events’, schedule ni akan di update setiap hari. Boleh baca dekat web (ada QR Code korang akan scan nanti) tak pun digital board yang ada dalam kapal tu
- Tbh, bagi kami kapal cruise ni kalau tengok dari luar hujung ke hujung tu (FWD – AFT) rasa macam jauh gila tapi once u guys masuk dalam ni, jalan hujung ke hujung tak rasa jauh weh, maybe sebab sepanjang jalan tu ada macam-macam like lobby, shopping centre, kafe etc
- Lif ada dekat bahagian FWD dan AFT sahaja
Free WiFi ke?
- Ok this part nak maklumkan, WiFi boleh beli sewaktu atas kapal. Tak wajib cuma kalau takda WiFi leceh sikitlah korang nak whatsapp ke up socmed ke rite..
- Line kalau sekitar Port Klang masih dapat cuma macam ‘biskut’ kejap ada kejap lost depends line apa korang pakai (kami pakai Celcom.. agak bersabar jugalah nak buka IG, Ws etc)
- Berbalik pada WiFi, ada macam-macam pakej ditawarkan – ada yang untuk 1 devices, 2 devices, standard or premium ikut bajet masing-masing
- Cara beli WiFi – masuk ke web Resorts World Cruise (nanti boleh scan QR code) then pilih pakej mana korang nak just klik. Bil akan masuk dalam sistem under nama pembeli
Apa je ‘FREE’ aktiviti/fasiliti dalam cruise?
- Makan Buffet Style @ The Lido Restaurant (Halal)
- This part paling best untuk kalian yang Food Lovers! Bab makan u guys tak perlu risau sebab takkan pernah sempat rasa lapar.. pergi je ke The Lido Restaurant
- Dalam cruise ada banyak restoran tapi yang dijamin halal dan bersih, The Lido Restaurant ni.. anda boleh makan hampir 5x sehari (breakfast, lunch, hi-tea, dinner, supper)
- Menu dekat The Lido Restaurant ini akan berubah setiap hari, so takkan bosan la.. Banyak sangat pilihan yang ditawarkan, dari Asian cuisine, Western style, Veggie pun ada. Belum lagi masuk bab dessert perghh!!
- Untuk masuk ke The Lido Restaurant ni, anda perlu beratur untuk dapatkan no meja, bawa kad akses untuk di scan then enjoy your food!
- Ptss.. view makan tepi tingkap paling nice sebab nampak laut terbentang luas!
- Layan Sunset view / OOTD spot
- Guys kalau dah naik cruise jangan lepaskan peluang nak berfoto waktu sunset! Serius lawa gila-gila!
- Sementara tunggu sunset, boleh juga ronda-ronda area luar cruise.. banyak spot cantik nak OOTD weh
- Senang cakap, tak kira siang ke malam banyak je view cantik korang boleh layan tengok atas kapal yang tengah belayar di tengah laut tu..
- The Show – performances @ Resorts World Cruises
- Ini pun antara favourite kami sebab boleh enjoy tengok macam-macam show! Kebiasaannya dalam 1 hari akan ada few show you guy can watch dekat Zodiac Theater
- Harus diingatkan, ada certain show free, ada yang berbayar ye (depends jenis show)
- Masa kami pergi hari tu sempat tengok 2 jenis show free, the 1st one waktu malam.. ada show yang dipersembahkan oleh crew cruise..memang talented gila!
- 2nd show kami tengok ‘Affinity’, boleh tahan talents yang buat show tu masing-masing flexible gila badan! Happening gila hall masa tu! So jangan lepaskan chance tengok show ya!
- Tips – untuk free show ni boleh check dekat daily schedule activity, akan ada tulis tajuk show then kalau berminat sila datang awal 45min untuk dapatkan seat, 1st come 1st serve tadak booking-booking..
- Cinema at Sea
- Buat anda yang gemar ambil angin malam and nak layan movie, boleh lepak dekat Zouk Beach Club, ala-ala open cinema gitu..
- Setiap hari akan ada movie best ditayang dekat layar, u guys can watch beramai-ramai
- Salsa Night Party / Karaoke Night
- Waktu malam korang janganlah tidur awal sangat weh! Ada macam-macam free aktiviti korang boleh sertai dalam Resorts World Cruises ni.. macam kami pergi hari tu, ada Salsa Night Party! Ada coach ajar tarian salsa, simple step but nice!
- Selain itu, ada juga karaoke session! Geng karok wajib hadir! Macam-macam lagu ada, nak Bahasa Melayu, Cantonese, Japanese, Thailand, English semua ada! Karok dekat Tributes ni ala-ala open mic jugalah, don’t worry suara kelaut pun boleh nyanyi asalkan enjoy!
- Swimming / Jacuzzi / Water Slide
- Jangan lupa bawa swimming suit! Dekat Deck 16 (MID) ada swimming pool, jacuzzi and water slide menarik korang boleh cuba
- Kalau yang datang bercuti dengan anak-anak mesti teruja boleh mandi tetiap hari
- Berendam chill-chill dalam jacuzzi sambil tengok langit biru pun syok weh!
- Untuk water slide, ada 5 jenis gelongsor korang boleh cuba dari level ‘biasa-biasa’ sampailah level ‘curam’.. memang enjoy gila main water slide ni!
- Oh ya, swimming pool for kids area turut disediakan
- Rope Course / Zipline / Wall Climbing
- For those yang gemar aktiviti lasak, you guys should try this two games!
- Rope Course dengan Zipline tu sekali, seram Zipline ni sebab dekat bawah boleh nampak laut tapi best!
- Wall Climbing pun ngam sebab boleh uji ketahanan badan nak memanjat
- Diingatkan bawa sportswear, kasut sukan, stokin kalau tak.. melepaslah u guys nak main semua ni
- Tips – untuk 3 aktiviti ini dibuka mengikut waktu dan cuaca (kalau hujan, equipment basah, tak dapat lerr), so andai kata hari pertama korang naik tu tak hujan then 3 aktiviti ni dibuka.. just go! Bukan apa, kalau last-last day ni ramai betul manusia beratur nak main, lambat beratur memang melepaslah..
- Mini Golf / Chess / Ping Pong
- Bagi anda yang nak lakukan aktiviti light-light, boleh cuba main mini golf, chess atau ping pong. Semua ini ada dekat area rope course and wall climbing tu
- Tak perlu bawa any equipment sebab memang dah disediakan, just enjoy yourself
- Gym / Jogging Track / Court
- Buat kalian yang nak jaga stamina, boleh jogging dekat track yang disediakan
- Anda juga boleh main basketball dekat court. Takda geng? No problem, ramai strangers atas kapal boleh jadi kawan beb
- Untuk gym pula dibuka 24 hours, kaki gym bolehlah training dekat sini tak kira waktu
- Bar 360
- Okay kalau korang malas nak chill dekat luar cruise, boleh lepak dekat dalam area Bar 360. Spot ni terletak betul-betul dekat area tengah kapal
- Kebiasannya pada waktu malam akan ada show macam live band, boleh request lagu juga hehe
Bilik ok ke?
- Terdapat bermacam jenis bilik dalam cruise ni, ada yang Ocean view, ada yang tak nampak view pun (selalunya this one rate murah sikit)..
- Masa kami pergi hari tu, kami punya bilik jenis Interior Stateroom – this one belah dalam so memang takde tingkap (tadelah view laut dari bilik haha)
- But nvm, disebabkan banyak sangat aktiviti best atas Resorts World Cruises ni.. anda akan jarang berada di bilik.. kalau jenis pergi nak fun ok ja ambil Interior Stateroom ni sebab masuk untuk mandi, tidur, caj fon etc gitu..
- Bilik selesa, toilet pun ngam cuma tadak bidet.. (dalam toilet public atas cruise pun tadak bidet), nak selesa sikit bawalah portable bidet (dekat shopee banyak jual)
- Untuk plug socket pula standard UK, so tak perlu pakai universal travel adapter pun
- Macam sabun, towel, brush gigi semua tu disediakan no worries ok
Berapa lama kapal stop di Singapore & Phuket?
- Masa trip kami hari tu, cruise berhenti dekat Singapore dari jam 8 pagi hingga 3 petang, kira cukuplah waktu kalau u guys nak jalan-jalan pusing tengok Merlion tu.. tapi kami tak turun masa dekat Singapore sebab rasa macam nak chill-chill layan aktiviti atas kapal ja.
- Oh ya, tak wajib turun ye.. cuma kalau turun, kena isi form then ambil turn untuk turun. Kena naik before 3 petang bukan 3 petang baru terhegeh-hegeh nak naik ok sebab kapal geral 3 petang..
- Masa dekat Phuket pula, of course kami turun! *Come on la, Phuket kot..haha.. Masa diberi adalah dari jam 5 petang hingga 2 pagi.
- Di Phuket, kapal stop dekat Phuket Deep Sea Port, tengah laut jugalah so kena tukar naik feri untuk ke darat..
- Sehari sebelum turun Phuket, staf ada beri no giliran untuk naik feri.. kira nak turun pun ada turn ye untuk naik feri..kami punya turn pukul 7 petang (waktu Singapore)
- Meskipun kita berada di Phuket, timing untuk turun-naik cruise masih ikut waktu Singapore
- Setiba ja di darat, kami cari geng nak sewa van then menuju ke Phuket Town (Muang District), sempat jugalah masuk 2-3 kedai, ronda sekitar town and makan Tom Yum dekat gerai halal area town tu before balik ke port around jam 12 malam (waktu Singapore)
- Kalau taknak sewa van pergi town, boleh ja ronda-ronda sekitar port tu sebab ada macam night market dibuka..
- So basically, kalau jenis bukan kaki shopping bawa 1,000 bath pun dah ngam sangat
Konklusinya, boleh dikatakan trip naik Resorts World Cruises ini bukanlah satu hal yang membazir sebab pengalaman yang bakal anda nikmati tu amat berharga..memang best kalau datang dengan partner, family, member-member guys! Nak datang healing solo pun ok ja sebab basically ramai je strangers yang nice and ok dijadikan rakan, staf cruise pun friendly sangat! Pada kami, tak rugi pun kalau anda spend sikit duit untuk naik cruise ni.. atleast seumur hidup sekali pun dah kira meaningiful guys!
Tak tahu macam mana nak booking pakej naik cruise ni? Korang boleh refer Grand Holidays! Service tiptop guys. Kalau nak tahu jenis pakej dan maklumat lanjut, boleh WhatsApp nombor ni.. +60167139806 . Selamat bercuti everyone!
Hi. Memang book kat agent ke