Biru Biru On The Island – Kafe ‘vibes’ Bali di Penang!
Jika anda bercuti ke Pulau Pinang, jangan lepaskan peluang untuk bersantai sebentar di sebuah kafe baru iaitu Biru Biru On The Island yang terletak di Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
Rasai ‘vibes’ ala-ala di Bali!
Setibanya anda di kafe ini, anda pasti berasa tenang dan nyaman saat melihat keadaan sekeliling yang cantik dan menarik. Tak pelik ye kalau anda rasa seakan-akan bercuti di Bali, Indonesia kerana kawasan kafe yang dikelilingi dengan resort bertemakan konsep Bali itu pasti membuatkan anda lebih chill~
Apa je ada dekat kafe Biru Biru On The Island?
Kafe ini amat sesuai untuk anda jadikan spot lepak bersama rakan-rakan atau insan tersayang. Sambil anda chill-chill layan sea view, boleh cuba menu yang disajikan di kafe ini. Tak banyak choice tapi masih sedap! Antara menu wajib cuba adalah air Biru-Biru yang berkonsepkan ‘Ombre’ serta pizza. Sedap weh!
Jangan lepaskan peluang untuk berfoto di sekitar kafe ini! Banyak sangat spot menarik untuk dijadikan port anda nak ber-OOTD. Instagrammable sangat kafe ni taw!
Oh ya, selain makan dan OOTD, anda juga boleh nikmati boat ride yang disediakan. Naik ramai-ramai memang syoklah!
Tips jika mahu ke sana!
Agak sukar ye nak dapat parking dekat kafe ni sebab kafe ni terletak di lereng bukit, jadinya parking depan entrance limit sangat. Nak mudah, park mana-mana lot parking berdekatan then naik grab. Takpun boleh parking dekat depan Mar Vista Resort (ada lot parking) sebelah Feringghi Heights. Tapi kena jalan sikitlah, kalau bawa anak kecil tak disarankan berjalan kaki ye bahaya selekoh.
Disebabkan kawasan kafe ni betul-betul menghadap ke laut, memang panas gila waktu tengahari. Kalau nak bergambar, datanglah waktu pagi or petang sikit. Jangan lupa pakai sunscreen and bawa air kosong sebab mudah haus yeee! *air kosong dekat Biru Biru RM2 satu cawan okie.
Masuk: Percuma
Waktu Operasi: 8 pagi – 9 malam (Setiap hari) *Selasa tutup*
Alamat: 260, Jalan Batu Ferringhi, 11100, Tanjung Bungah, Pulau Pinang