Pembelian tiket ‘Early Bird’ Rainforest World Music Festival di Sarawak kini dibuka!

Foto: https://rwmf.net/

Calling all the music lovers! Jom ramai-ramai meriahkan acara Rainforest World Music Festival (RWMF) 2023 yang akan berlangsung di Sarawak Cultural Village, Kuching pada 23 hingga 25 Jun ini!

Rainforest World Music Festival sangat ikonik kerana acara tahunan ini akan mengumpulkan barisan pemuzik antarabangsa yang terkemuka di dunia.

Festival yang berlangsung selama tiga hari ini akan meraikan kepelbagaian muzik dunia di Kuching, Sarawak, Malaysia. Bertambah menarik apabila Sarawak Cultural Village menjadi lokasi acara ini sebab sambil-sambil anda layan muzik, dapat juga ‘cuci mata’ tengok seni & budaya orang Sarawak disini ya!

Foto: https://rwmf.net/
Foto: https://rwmf.net/

Menariknya, festival tahunan anjuran Sarawak Tourism Board (STB) ini akan menampilkan hampir 199 pemuzik dari 12 negara, 4 benua!

Antara yang top anda bakal bertemu adalah pemenang Anugerah Grammy, ‘Gipsy Kings’ menampilkan Tonino Baliardo dari Perancis, ‘Big Mountain’ dari Jamaica/AS, ‘Teater Safi’ dari Tanzania, ‘Rastak’ dari Iran, ‘Fasylive’ dari Maldives, ‘Afriquoi’ dari United Kingdom, ‘Chatusram’ dari India, ‘Rizal Hadi & Folk’ dari Indonesia dan ‘Ethno Thai Fusion Sound Band’ dari Thailand. Barisan itu juga termasuk penghibur dari Jepun, Hong Kong dan Singapura.

Foto: https://rwmf.net/
Foto: https://rwmf.net/

Anda juga akan terpesona menikmati alunan muzik Sarawak yang mempunyai originaliti tersendiri.

Selain menikmati alunan muzik, terdapat juga aktiviti menarik lain yang disediakan seperti bengkel muzik, pameran kebudayaan dan kraf, aneka gerai makanan dan menikmati konsert di malam kemuncak.

Foto: https://rwmf.net/
Foto: https://rwmf.net/
Foto: https://rwmf.net/

Jika anda berminat nak hadir ke RWMF 2023, boleh dapatkan tiket early bird di platform Klook ya! Harga tiket serendah RM190 ja guys!

Foto: https://rwmf.net/

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk di laman web rasmi ke Rainforest World Music Festival :
https://rwmf.net/


You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *