Jom Shopping Raya di Central i-City Shopping Centre!
Mesti korang dah tak sabar nak nantikan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi kan? Jadi sempena Hari Raya ini, Central i-City Shopping Centre kini mengadakan kempen Raya Fashionista bersama dengan jenama fashion terkenal, Rizman Ruzaini.
Rizman Ruzaini menampilkan pelbagai pilihan serta koleksi eksklusif raya mereka disini termasuk baju, bag, kasut serta minyak wangi. Selain itu terdapat lebih 60 booth jenama lain yang merangkumi produk seperti pakaian tradisional Melayu dan moden, fashion kanak-kanak, aksesori serta pelbagai barangan keperluan raya anda yang lain. Turut diadakan disini adalah bazaar makanan dimana korang boleh membeli kuih, ketupat, rendang dan pelbagai makanan lain.
Selain daripada booth-booth tersebut, pengunjung juga dapat membeli belah di outlet-outlet jenama terkenal yang berada di dalam pusat membeli belah ini. Antaranya termasuklah Siti Khadijah, Qaira Hijab, Tudung People, Sofea Rose, Cala Qisya dan lain-lain.
Sepanjang kempen ini berlangsung, para pengunjung yang berbelanja disini akan dapat menebus hadiah menarik.
- Pembelian melebihi RM200 , anda boleh menebus satu set paket Raya eksklusif
- Pembelian melebihi RM800 , anda boleh menebus 2 set paket Raya eksklusif serta satu pouch Rizman Ruzaini Limited Edition
*terma & syarat penebusan à https://central-icity.com.my/campaign?campaign=terms-condition
Kempen ini bermula 7hb April 2023 hingga 1hb Mei 2023.
Menarik kan? Jadi jom ajak pasangan korang shopping di Central i-City Shopping Center, Shah Alam !