Rainforest World Music Festival 2023 sasar lebih 20,000 pengunjung!

Buat pencinta muzik, jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Rainforest World Music Festival (RWMF) 2023 di Cultural Village, Kuching, Sarawak pada 23 hingga 25 Jun ini!

RWMF 2023 yang bertemakan konsep ‘Refleksi’ ini dibawakan khas oleh Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dan menyasarkan sebanyak 20,000 pengunjung akan hadir memeriahkan temasya ini.


Sekitar suasana persembahan di RWMF pada tahun lalu,

199 pemuzik dari 12 negara!

Festival tahunan ini akan menampilkan lebih 199 pemuzik yang mantap dari seluruh dunia.

Big Mountain – Kumpulan reggae dari Jamaica/USA terkenal dengan pembuatan semula lagu Peter Frampton’s Baby, I Love Your Way
Gipsy Kings – Kumpulan musik pemenang anugerah Grammy dari Perancis

Anda akan menyaksikan persembahan daripada pelbagai genre muzik termasuklah pemenang Anugerah Grammy, Gipsy Kings yang juga akan menampilkan Tonino Baliardo dari Perancis dengan lagu hits seperti ‘Djobi Djoba’ dan ‘Bamboleo ‘ pasti memikat pengunjung dengan muzik pop, selain dari genre flamenco dan rumba tradisional.

Selain itu, turut hadir menghiburkan anda ialah ‘Big Mountain’ dari Jamaica/USA, ‘Teater Safi’ dari Tanzania, ‘Rastak’ dari Iran, ‘Fasylive’ dari Maldives, ‘Afriquoi’ dari United Kingdom, ‘Chatusram’ dari India, ‘Rizal Hadi & Folk’ dari Indonesia dan ‘EthnoThai Fusions Sound Band’ dari Thailand.

Barisan pemuzik dari Jepun, Hong Kong dan Singapura pun ada!

RWMF 2022
RWMF 2022

Selain muzik apa lagi ada?

RWMF 2023 akan memberi pengalaman istimewa buat pengunjung kerana sambil-sambil layan muzik dari pelbagai negara, anda juga bakal menikmati keharmonian, kepelbagaian dan budaya, yang dihubungkan antara muzik dan tarian. Selain itu, pengunjung akan merasai pelbagai emosi yang luhur dan paling tulen – ungkapan yang tidak dapat dilupakan, menyeronokkan, pelbagai suku etnik, budaya dan keunikan Sarawak.

RWMF 2022
RWMF 2022
RWMF 2022

Jom beli tiket ke Rainforest World Music Festival!

Bagi anda yang berminat nak rasai keseronokan di RWMF 2023 ini, jangan lupa untuk dapatkan tiket di laman web rasmi rwmf.net

Jualan tiket akan dibuka mulai 15 April 2023.
Tunggu apa lagi? Pakat ajak rakan-rakan anda untuk warnai festival ini!


You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *