Rasai keseronokan di Xmas Splash Party, Gamuda Cove Disember ini!

Sempena perayaan Hari Natal yang akan diraikan pada setiap bulan Disember, Gamuda Cove menerusi Beach Pool Club kali ini menganjurkan festival Xmas Splash Party!

Festival buat julung kalinya diadakan pada setiap hari Sabtu dalam bulan Disember ini mulai jam 11 pagi sehingga 8 malam.

Apa je best join Xmas Splash Party?

Dengan menyertai festival ini, anda akan diberi penggunaan kolam secara percuma. Malahan, turut disediakan colourful inflatable dan water gun!

Ber-party sambil layan show!

  • Anda pasti teruja menyertai festival Xmas Splash Party kerana banyak persembahan menarik menanti anda! Antaranya;
    • Latin Fiesta Dance Show – tarian yang berasal dari Amerika Latin ini akan menghidupkan suasana menerusi tarian seperti salsa, mambo dan rumba
    • Live DJ performance – tak lengkap rasanya sesebuah parti tanpa alunan muzik yang rancak kan? So, Beach Pool Club membawakan khas buat pengunjung line up DJ yang mantap seperti Joey G, JonnyVicious, Dora, Julia Deychuk, Mister Rodrigo dan Meliha
    • The Famous 90’s Throwback Dance Show – anda juga bakal disajikan persembahan ‘throwback’ dari era 90-an. Bolehlah anda imbau kejap zaman-zaman Britney Spears, Pussycat Dolls dan muzik yang nostalgia!
    • Fire-eater Show – jangan lepaskan peluang untuk tengok secara ‘live’ pertunjukan api di malam hari!
    • Eat n’ repeat – sambil menyaksikan persembahan yang best-best, nikmati sajian makanan yang lazat seperti pasta, grill, taco dan aneka pencuci mulut yang mengayikkan!

Peluang menang tiket!

Jangan lepaskan peluang untuk memenangi tiket ride on the Cove Aerobar! Macam mana nak menang? Mudah saja, cuma perlu berfoto di Splash party dan muat naik foto anda ke Instagram atau Facebook. Jangan lupa tag @glplay.my

Foto: encik_adel

Pakej yang ditawarkan?

Terdapat dua jenis pakej yang ditawarkan dalam ‘Chrismas Buffet’ dengan harga berpatutan buat anda nikmati keseronakan di Beach Pool Club. Berikut senarai pakej:

  • Eary Bird – RM78
    • Makan secara buffet
    • Akses untuk terokai beberapa tarikan di sekitar Beach Pool Club, Discovery Park.
    • Akses kemasukan ke Cove Aerobar
    • Akses kolam renang (1 orang)
  • Early Bird Combo Deal – RM158
    • Makan secara buffet
    • Akses kemasukan ke Cove Aerobar
    • Akses kolam renang (2 orang)
    • Akses kemasukan ke Goosebumps Rope Course (2 orang)

Untuk tempahan atau maklumat lanjut boleh hubungi 012-663 6773 (call/ WhatsApp) atau emel ke hello.glplay@gamudaland.com.my

Jangan lepaskan keseronokan Disember ini!


You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *