Dari Kuantan nak ke Singapura? Jom naik Scoot Airline, tambang murah!

Penerbangan Scoot Airline kini beroperasi semula Singapura – Kuantan – Singapura

Berita gembira buat warga Pahang!

Syarikat penerbangan tambang murah Singapura iaitu Scoot Airline (Scoot) kini kembali menawarkan perkhidmatan ke Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah (LTSAS) di Kuantan.

Seperti diketahui, penerbangan Scoot terpaksa dihentikan hampir dua tahun gara-gara pintu sempadan ditutup akibat Covid-19 dan kini sudah tiba masanya syarikat itu memulakan semula pengoperasian. Lepas saja pintu sempadan dibuka April lalu, Scoot telahpun menawarkan semula perkhidmatan penerbangan terus dari Singapura ke Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Langkawi.

Justeru, Kuantan merupakan destinasi keempat pengoperasian semula Scoot di Malaysia.

Bila waktu penerbangan Kuantan – Singapura – Kuantan?

Penerbangan Scoot akan beroperasi tiga kali seminggu iaitu setiap hari Rabu, Jumaat dan Ahad sekitar jam 10.15 pagi (dari Singapura) dan 11.15 pagi (dari LTSAS).

Jenis seat yang disediakan Scoot Airline

Standard Seats -Boeing 787 Dreamliners
Stretch Seats
Standard Seats – Airbus 320
Scootinsilence Quiets Zone

Diharapkan dengan wujudnya penerbangan Singapura – Kuantan ini akan dapat menambah lebih kedatangan pelancong luar ke Pahang dan mudahlah orang Kuantan nak fly direct ke Singapura!

Nak beli tiket penerbangan Scoot Airline? Klik sini: FlyScoot

Sumber: Tourism Pahang // ScootAirline


You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *