Boulder Valley Glamping – Port glamping cantik di Penang
Baru-baru ni team kami sempat singgah ke satu lagi destinasi menarik di Pulau Pinang iaitu Boulder Valley Glamping. Terma Glamping ni sebenarnya adalah versi mewah kepada camping. Jadi ianya sangat sesuai untuk anda yang sukakan alam semula jadi tetapi tak nak berkompromi tentang keselesaan.
Boulder Valley Glamping ni terletak di kawasan Teluk Bahang, Pulau Pinang. Perjalanan untuk ke sini akan mengambil masa lebih kurang 45 minit jika anda daripada Georgetown ataupun pusat bandar.
Dekat sini terdapat 3 jenis bilik yang anda boleh menginap iaitu Safari Tent, Tented Villa & Chalet. Kesemua bilik dilengkapi tandas tersendiri jadi tak perlu anda keluar mencari tandas seperti camping biasa. Dalam bilik tak ada TV ya dan line telefon juga agak limited. Jadi anda boleh betul-betul enjoy suasana bunyi di dalam hutan seperti burung dan juga air yang mengalir.
Dekat Boulder Valley Glamping ni anda boleh cuba aktiviti seperti memanah, kelas senaman ataupun bermain Teng Teng. Selain itu terdapat juga Spa untuk anda yang ingin merehatkan badan atau mencuba urutan tradisional. Terdapat juga kolam renang untuk kegunaan pengunjung. Tempat ini juga sesuai untuk anda yang ingin membuat aktiviti berkumpulan seperti team building dan sebagainya.
Selain itu, di Boulder Valley Glamping ini terdapat sebuah restoran untuk anda menikmati sajian tempatan. Ianya terletak didalam sebuah rumah kaca dan mempunyai dekorasi yang sangat cantik. Kami sempat mencuba Dimsum, Yee Sang serta Nasi Ayam Penyet. Makanan dekat sini memang sedap, berbaloi jika korang cuba!
So macam mana? Menarik kan? Jadi lepas ni kalau korang plan nak ke Penang boleh la survey-survey untuk Boulder Valley Glamping ni juga. Untuk maklumat lanjut mengenai harga boleh di website ini.
Boleh tengok peta di bawah untuk dapatkan gambaran lebih jelas mengenai lokasi tempat ni
Boleh baca juga artikel –> 4 TARIKAN BARU YANG MENARIK DI PENANG
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel , FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSRCIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!