4 tarikan baru yang menarik di Pulau Pinang

Pulau Pinang sememangnya terkenal sebagai salah satu destinasi tumpuan pelancong di Malaysia. Ibu negeri Pulau Pinang iaitu Georgetown juga mendapat pengiktirafan sebagai tapak warisan UNESCO. Dalam artikel kali ini, kami ingin kongsikan 4 tarikan terbaru yang anda boleh cuba jika anda ke Pulau Pinang.

1.Jerejak Island Resort

Pulau Jerejak kini telah mengalami transformasi sejak pengurusannya diambil alih oleh Jerejak Island Resort pada awal tahun 2019. Kini terdapat banyak spot-spot cantik untuk anda bergambar tidak kira siang atau malam. Antaranya Stairways To Heaven, Sarang Burung, Pokok lampu Avatar serta banyak lagi.

Anda bukan sahaja boleh datang ke sini untuk melawat, tetapi boleh juga menginap di sini. Terdapat 72 buah bilik di sini dan resort ini lengkap dengan pelbagai fasiliti seperti kolam renang, restoran, bilik seminar dan lain-lain. Aktiviti di sini juga tak kurang hebatnya. Ada tempat untuk team building, aktiviti memanah, jungle trekking dan lain-lain.

Bayaran untuk day trip – RM20
Bilik hotel bermula RM328 satu malam (termasuk breakfast & tambang bot)
*Tips – Book melalui Apps VHM Hotels untuk dapatkan rate terbaik. Ni Apps inhouse pengurusan hotel ni.

2.Sunset Cruise

Sunset Cruise ni baru sahaja dilancarkan Januari 2020 ni. Ianya akan membawa anda belayar di sekitar Pulau Pinang sambil tengok suasana matahari terbenam. Anda boleh menaiki cruise ini di jeti ke Pulau Jerejak ataupun daripada Pulau Jerejak itu sendiri.

Keseluruhan perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Memang sesuai untuk pasangan yang nak kan suasana romantis ataupun yang datang berkumpulan bersama rakan.

Gambar – Dahlan Ahmad
Gambar – Dahlan Ahmad
Gambar – Dahlan Ahmad

3.Boulder Valley Glamping

Boulder Valley Glamping merupakan satu lagi port glamping di Malaysia. Ianya terletak di kawasan Teluk Bahang. Ianya merupakan destinasi yang sesuai untuk mereka yang inginkan suasana alam semulajadi namun tidak mahu kompromi terhadap keselesaan.

Terdapat 7 jenis tent yang anda boleh menginap, yang mana ia boleh memuatkan 2 hingga ke 6 orang dalam satu masa. Antara fasiliti yang disediakan adalah kolam renang, restoran serta spa.

4.Container Art Festival

The Penang International Container Art Festival (PICAF) merupakan satu lagi tarikan terbaru di Pulau Pinang. Ianya merupakan pameran seni dimana mural dilukis diatas kontena. Kesemua hasil ini dilukis oleh pelukis-pelukis daripada dalam dan luar negara.

Terdapat 5 lokasi dimana kontena ini diletakkan iaitu

  • Perangin Mall – Georgetown
  • Karpal Singh Drive – Jelutong
  • Kampung Terang – Balik Pulau
  • Dataran Pemuda Merdeka – Butterworth
  • Aspen Vision City – Batu Kawan
Balik Pulau | Gambar – Dahlan Ahmad
Batu Kawan | Gambar – Penang Container Art Festival
Karpal Singh Drive | Gambar – Penang Container Art Festival
Perangin Mall | Gambar – Penang Container Art Festival

Pameran ini akan berlangsung sehingga bulan Mei 2020 ini.


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel , FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSRCIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

1 Response

  1. April 26, 2020

    […] Imej via [kakitravel] […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *