Itinerari: Roadtrip dari Malaysia hingga ke Utara Thailand
Thailand merupakan antara destinasi popular dikalangan rakyat Malaysia. Memandangkan ada banyak pintu sempadan di antara negara kita dan Thailand, ramai juga yang mengambil peluang ini untuk ke Thailand dengan menaiki kenderaan sendiri. Kali ni kami nak kongsikan pengalaman followers Kaki Travel iaitu Hadi Rahim yang telah membuat roadtrip hingga ke utara Thailand selama 11 hari.
Destinasi : Thailand (Roadtrip)
Durasi : 11hari 10mlm (Disember 2019)
Traveler : Hadi Rahim
Jenis Trip : Bersama 9 orang yang lain
Roadtrip ke Thailand (Malaysia ke Chiang Mai)
Trip ni sebenarnya dah lama saya rancang sejak tahun 2017 dan sepatutnya pegi pada Disember 2018. Tapi ada rezeki yang lebih baik Allah nak bagi, trip ni tunda pada tahun 2019. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. So pengembaraan bermula dengan kehadiran duit kutu tahun ni. Bermodalkan THB 35000 (kadar tukaran mmg teruk sekarang ni) yang ditukarkan kat Mid Valley pengembaraan kami sekeluarga pun bermula.
HARI PERTAMA – 01/12/2019 | PADANG BESAR KE PRACHUAP KHIRI KHAN
Bermula dengan baik di ICQS Padang Besar. Bersama stamping passport dengan group pakcik makcik yang naik bas bagi pakej 10 hari ke Chiang Mai, sumua document clearance berjalan dengan baik. Pengembaraan bermula dari ICQS Padang Besar, kami sekeluarga menuju terus ke Prachuap Khiri Khan.
Memang dah tanak singgah kawasan selatan sebab dah biasa sangat. Berhenti makan di tepi jalan dekat Patthalung dan meneruskan perjalanan hingga ke hotel kat Prachuap Khiri Khan dan Bermalam. Tilam hotel ni keraih nak mampuih, tapi syoq sebab cantik. Parking kereta depan bilik saja.
- Penggunaan Petrol : Caltex Ron 97 ( RM 134 )
- Caltex Prachuap THB 1000
- Hotel : Baan Pak Sukjai / RM 72.98
HARI KEDUA – 02/12/2019 | PRACHUAP KHIRI KHAN KE KANCHANABURI
Kami keluar dari Hotel pada jam 9.00 pg (waktu thailand). Singgah bersarapan berat di kedai berhampiran hotel dan terus menuju ke Kanchanaburi dan dalam perjalanan tu sempat la menyinggah di satu dua tempat dalam perjalanan tu… Pantai Prachuap Khiri Khan, 1000 Sook, Meena Cafe, Giant Tree, Death Railway. Hari ni nasib tak berapa baik, sebab tayar kereta bocor terkena paku… nasib baik ada kedai tayar yang masih buka… selesai tampal tayar terus pegi makan dekat Zubees Halal. Jumpa satu group student UniMap, buat benchmarking katenye
Balik ke Hotel untuk tido… Hotel malam ni selesa sikit, ade kolam renang, tepi sungai Kwai, memang nampak jambatan keretapi tu… Cantik ! Buleh main basikal plak tu… jahanam seluaq aariz kena minyak rantai basikal
- Penggunaan Petrol : Isi pada 1/12/2019
- Hotel : River Kwai Bridge Resort / RM 103.30
HARI KETIGA – 03/12/2019 | KANCHANABURI KE MAE SOT
Keluar Hotel pada jam 9.00 pg (waktu thailand) juga… Paling awai le tu… sebab nak tunggu anak-anak bangun, nak bagi mandi bagai. Pegi cari sarapan berhampiran hotel je… siap sarapan kami menuju ke Mae Sot… Kami singgah Thai-Swiss, Magic Mountain, sampai ke Mae Sot masuk hotel solat then terus ke Arokaya Onsen dan park kat sebelah dia… sampai pun dah petang so relaks kat hotel. Malam ni guna dapur dia untuk masak.
- Penggunaan Petrol : THB 1000 (Kanchanaburi)
- Hotel : Baan Pang Pond / RM 55.19
Roadtrip ke Thailand (Malaysia ke Chiang Mai)
HARI KEEMPAT – 04/12/2019 | MAE SOT KE MAE HONG SON
Sama juga, keluar hotel jam 9.00 (thailand), dari Mae Sot terus gerak patah balik pegi Tak, main kat magic mountain sekali lagi sbb anak sulung tidur waktu sampai kat situ semalam. Singgah dekat Soi Muser tribe market beli strawberry buat bekalan makan dengan nutella dalam kereta. Teruskan perjalanan ke Doi Inthanon semata mata nak merasa perjalanan melalui puncak gunung-ganang Thailand, memang best… suhu siang sekitar 12-17 darjah selsius saja… so tak sia sia patah balik, biasanya orang akan melalui Mae Sariang terus le Mae Hong Son… tapi sebab nak gi berkhemah di Doi Inthanon, dengan gigihnya kami berpatah balik.
Sampai awal kat Doi Inthanon National Park, pegi air terjun dia dan taman bunga diraja katenye lepas tu pegi cari tapak camping, awai tu dia tak bagi masuk… rupanya kena pi bayaq sewa tapak camping dekat HQ, baru bleh masuk… Best Yakmat Camping kat sini. TU JA NAK HABAQ ! Ada yang sewa peralatan steamboat dgn BBQ tapi tu lah… tak halal..
- Perbelanjaan Petrol :
- Caltex TBH 900 (Route 1) PTT Lamphun
- Hotel :
- Camping Mode @ THB 60 & THB 100 for Bed + Pillow
- National Park :
- Adult @ THB 300 | Children @ TBH 150 | Car @ THB 30
HARI KELIMA – 05/12/2019 | MAE HONG SON – PAI
Awai pagi dah bangun, awai sungguh sebab terjaga khemah lain dah dok pack up dan van pelancong dah dok bising keluar… kami pun sama-sama buat lorat, keluar pegi Doi Inthanon Summit… tgk awan nano dgn matahari terbit… sejuk ditdit ooooiii… suhu pagi ni paling rendah 6 darjah selsius… kalau tunggu dua hari lagi dapat la merasa -2 darjah.. dah abis merayau kat atas, turun balik ke national park kemas semua khemah terus bergerak ke Mae Hong Son… P/S : kalau nak ke Doi Inthanon Summit tak yah lalu national park tu… sbb puncak dia di luar kawasan national park. save dah duit kat ctu, nampak tak permainan dia macam mana… Dengan gigih drive dari Doi Inthanon ke Mae Hong Son pun melalui kawasan pergunungan… singgah dekat Thung Bua Thong tempat wild sunflower tu tapi tu lah, kawasan berdebu gila… sampai je MHS bagi anak anak mandi dekat PTT MHS, aku rasa petrol kat cni paling mahai…
Cari kedai buat sijil, dah dapat sijil cari makan dekat masjid MHS jumpa orang pattani yang buleh cakap melayu… senang la ckit nak order makan, minta tolong kat dia… ikut plan malam ni nak tido dekat Pak Uong camping mode jugak… tapi memandangkan sejuk yang malam tadi pun tak hilang lagi… lepas makan terus bergerak ke Pai. Dalam perjalanan tu selisih dgn ramai jugak group bikers ada juga yang solo… best ! Sampai Pai pun dah malam terus cari hotel then check in… depa kata walking street kat Pai best… tapi bagi aku tidoq lagi best… letih sangat time ni ! Hotel ni best sbb ngadap gunung waktu pagi bleh tengok sunrise celah gunung… tapi bilik kami dapat mural anjin…
- Perbelanjaan Petrol : PTT Mae Hong Son THB 1000
- Hotel : Pai Waan Resort RM 102.86
Roadtrip ke Thailand (Malaysia ke Chiang Mai)
HARI KEENAM – 06/12/2019 | PAI KE CHIANG MAI
Bila tidoq hotel ni paham-paham la ye… paling awai keluar jam 9.00 pagi… cari 7E dulu nak top up data internet… nyawa tuh sbb nak tengok map dgn waze… lepas tu cari kedai makan halal, makan siap siap… so hari ni kami anak beranak menuju Chiang Mai, tempat yang Cikgu Kemar nak pi sangat… sepanjang lima hari dok tanya ja, jauh lagi dak Chiang Mai… tu Chiang Mai 219KM lagi… awat tak sampai Chiang Mai lagi… adeh… dia tak tau tok laki nak pi amek sijil kat MHS
On the way pi Chiang Mai dan la singgah Santichon Village, dok bergaya sakan la kat situ, lepas tu singgah Coffee in Love pekena Latte… adesss sedap nak mampuih la kopi kot belah ni… singgah ladang strawberry… dan akhirnya sampai la Chiang Mai, ingat nak pi la kampung orang leheaq panjang, nak masuk pun dah THB 500 sorang… pataaaaahhh balik… Lepak PTT dia siap ada garden lagi… cari hotel, lepas check in, solat Kat cni la cari dobi, jumpa la plak Laundrybar…
Silap tak bawak token, dah la mahai nak tukaq token kat cni… hampes… siap dobi terus pi cari makan kat tpt cikgu kemar berhajat sangat tu… banpuenhinnong ka apa nama tak tau… order la kot nak makan ikan… dah abis ikan tu baru perasan ikan haruan… ermmm je lah… Balik hotel buat pengurusan diri dan lena..
- Perbelanjaan Petrol : THB 930
- Hotel : Hua Lin Inn
HARI KETUJUH – 07/12/2019 | CHIANG MAI KE CHIANG RAI
Hari ni sarapan depan hotel, bersepah kedai makanan islam dekat area hotel ni.. anak anak dapat la makan roti canai, kami akan breakfast berat terus sbb perjalanan panjang… Sebelum tu pegi basuh keto dulu, dah tak macam rupa keta dah aku tgk singa putih ni… lepas bekpes kami terus gerak ke Chiang Rai, masuk pekan Chiang Rai cari masjid Darunaman… makan mee kuah dia kat ctu sedap jugak… lepas solat terus gerak ke ladang teh Chui Fong, dan terus pi Mae Sai. Cari bilik kat Mae Sai untuk bermalam… kat sini paling sejuk… dok hotel tak gaduh buka ekon… lagi sejuk daripada duduk dalam ekon… malam pegi merayap dekat night market dia cari sarung tangan. layan street food. kiranya dah sampai la kat penghujung paling utara kat thailand ni… alik nu dah Thachileik… Myanmar. Settle down kat cni buat malam ni… nasib baik bilik ada water heater.. asalnya rosak tu…
- Perbelanjaan Petrol : THB 1050
- Hotel : Chiang Rung Room Service THB 600
Roadtrip ke Thailand (Malaysia ke Chiang Mai)
HARI KELAPAN – 08/12/2019 | CHIANG RAI – PHU TUB BERK
Siap-siap keluar dari bilik, bergerak ke bismillah halal food, ada dua tiga juga kedai makanan halal kat cni, tapi malam tutup awai… dah siap makan terus pegi golden triangle… tang ni la nuha jatuh bangku… adeh cian kat dia, nangis teruk tu mesti sakit sangat… so dah puas bergambar kami terus gerak turun ke Petchabun nak gi tempat awan nano yang lejen tu di Phu teb berk… Sampai pun dah malam… bayar la fee national park yang super mahai… tapi tu lah kalau korang pandai masuk la ikut belakang, sbb phu teb berk tu kat luar national park
Pacak khemak dekat puncak… masak megi je, malam ni tak boleh tidoq serejit pun sbb sejuk nak mampuih… Cikgu Kemar yang tidoq dalam qeta pun tak bleh nak lena… suhu kat jam jishok rangeman aku tunjuk actual temp 2.4 darjah selsius… sarung tangan yang beli kat Mae Sai tu mcm dah tak berfungsi je… anak anak pun dok ngadu sejuk… penyudahnya aku nyalakan dapur dalam khemah je… aku tak lena sbb dok tgk api… janji anak anak dapat lena…
- Perbelanjaan Petrol : THB 1070 uttaradit
- Hotel : Camping Mode Phu Teb Berk.
HARI KESEMBILAN – 09/10/2019 | PHU TUB BERK – BANGKOK – SAMUT SONGKRAM
Awal pagi layan sunrise mmg superb kat cni cuma rejeki tak dak nak layan awan nano… Cepat cepat kemas khemah terus bergerak ke Bangkok…. masa ni mental dah koyak ckit sbb smlm tak tido… ikutkan plak nak ke Khao Yai dgn Khao Kho… tapi cikgu kemar dah tak mboh… huhuhuhu sejuk katanya. so kami gerak ke Jumpee Sunflower Field.. then turun ke Bangkok dan terus ke Samut Songkram cari hotel dan check in… Malam ni Cikgu Kemar masak je…
- Perbelanjaan Petrol : THB 1000
- Hotel : KTC Place RM 86.97
HARI KESEPULUH – 10/12/2019 | MAEKLONG – HUA HIN – SURAT THANI
Check out hotel, bergerak ke Damnoen Saduak floating market lepas tu ke Maeklong Market… Then pegi ke Swiss Sheep Farm di Hua Hin… makan kat kedai Abang Mana, layan anak anak kat ctu, then gerak ke Mooz utk makan petang/malam… lepas tu terus ke Surat Thani… Bajet nak ke Koh Samui Unplanned trip.
- Perbelanjaan Petrol : THB 1050 chumpon
- Hotel : 88 Fine Hotel RM 58.45
HARI KESEBELAS – 11/12/2019 | SURAT THANI – HAT YAI – BUKIT KAYU HITAM
Check out, pegi cari makan dekat Surat Thani… masa kat kedai makan hati dah tingat malaysia… so, kensel ke Koh Samui… terus gerak ke Hatyai dan Alhamdulillah selamat sampai ke Malaysia…
- Jumlah Jarak : 5135 KM
- Perbelanjaan Petrol : THB 10000
- Hotel : RM 560.00 ++
Semoga itinerari Roadtrip ke Thailand ini dapat membantu anda merancang perjalanan ke sana.
Peta tempat-tempat yang disinggah sepanjang perjalanan
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel , FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSRCIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!
Idola saya ni….
Slm bang, HQ Doi Ittanon tu kt ner nk g byr sewa tapak?