Itinerari: Kembara Seorang Ibu Bersama 3 Anak Ke Thailand & Kemboja

Trip Thailand Kemboja

Mengembara bersama anak-anak kadangkala boleh menjadikan trip anda lebih ‘mencabar’. Namun begitu ianya merupakan peluang untuk mengeratkan lagi hubungan keluarga. Untuk posting kali ni kami ingin kongsikan pengalaman Rozani Heng yang telah mengembara ke Thailand & Kemboja sambil membawa 3 orang anak nya secara bersendirian.


Destinasi : Siem Reap, Bangkok, Kanchanaburi, Lopburi
Durasi :
12hari 11mlm (Disember 2019)
Traveler : Rozani Heng
Jenis Trip : Bersama 3 orang anak

Tanah besar Asia Tenggara (atau Semenanjung Indochina) adalah bahagian benua Asia Tenggara. Ia terletak di timur benua India dan selatan China dan bersempadan dengan Lautan Hindi di barat dan Lautan Pasifik di timur. Ia termasuk negara-negara Myanmar (Burma), Thailand, Semenanjung Malaysia, Laos, Kemboja dan Vietnam.

Trip saya takdela pack mana, sebab nak bagi anak anak enjoy. Niat asal saya nak cover 4 negara , dari Kemboja-Vietnam-Laos-Thailand tapi tak cukup masa sebab anak anak dah nak mula sekolah 2/1/2020. maka hanya ini yang sempat.

Sebelum ini saya banyak kongsikan kisah travel secara solo atau bersama kawan kawan. Tapi agak berbeza untuk trip ini , saya travel bersama 3 orang anak saya ,yang berumur 5,10 dan 11tahun. Untuk trip ini saya banyak bersedia dari segi mental dan fizikal ,bila travel bersama anak anak ni , sedikit sebanyak temperature akan naik tiba tiba. Bila ada yang tak dengar kata , atau pun bergaduh sesama sendiri, time tu boleh bertukar menjadi singa Hahaha. Tapi sepanjang trip ni alhamdulillah anak anak banyak menjaga kelakuan , mungkin sebab dah besar besar.

Persiapan Untuk Ke Sana

  • Travel insurance – Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti kehilangan , kemalangan atau jatuh sakit . Saya mendapatkan insuran dari pihak Ola Roadtax
  • Iaitu insurance Etiqa Takaful, yang menawarkan manfaat ‘ cashless’. Sekiranya dimasukkan hospital di luar negara tidak perlu mendahului duit dan kemudian “claim”
  • Ubat- ubatan – ubat ubatan asas seperti demam , batuk,selsema dan tahan sakit dll
  • Makanan sampingan seperti biskut , bijirin dan roti serta lain lain lagi
  • Duit ringgit /aktifkan kad untuk pengeluaran antarabangsa ( sesak sesak boleh keluarkan)

Itinerari

DAY 1: Penang-Kuala Lumpur(KLIA2)

  • – Tiket bas online beli kat easybook application
  • – Bus 🚌 RM55x4 =Rm220
  • – Harga sama walau budak
  • – Checkin Tune Hotel KLIA2( Rm271.70)

DAY 2: KUL – REP (Siem Reap)

  • Tiba di airport Siem Reap jam 7:50am local time & transfer to tempat penginapan
  • Saya stay di OOPS Hostel – Area pub street (Rm133.12)
  • Rehat & Makan Tengahhari
  • Combodia Culture Village ($12×3 =$36) RM148
  • Dinner & Rehat
  • By the way. Siem riep punya masa -1hour dari Malaysia

DAY 3: SIEM REAP

  • Bangun seawal 5:30am bergerak ke Angkor wat untuk tengok sunrise 
  • Seharian di Angkor wat – Entrance fees $37 (Rm152) Untuk kanak kanak 12 tahun ke bawah tidak dikenakan entrance fees, jadi agak berjimat untuk ini.
  • Lunch
  • Sambung lagi untuk Angkor Thom,Ta Prohm
  • Pub street
  • Kembali ke tempat penginapan
  • Transportation $30=Rm122

DAY 4: SIEMRIEP-BANGKOK

  • Tiket bus direct beli www.Hangtephostel.com $16 /pax =$64 =Rm262
  • Tiket yg pling murah , gaintiblis 32$/pax
  • Bus pickup dekat hotel terus ke bangkok ,
  • Sim card 140baht (Rm19)
  • Merentas sempadan Kemboja – Thailand (Krong Poi Pet )
  • Checkin Scala Hostel Bangkok (RM144.66)
  • Dinner & Rehat

DAY 5 – MAEKLONG/ DAMNOEN SADUAK FLOATING MARKET

  • Sewa kereta 700 baht (RM95.10) return
  • Damnoen Saduak Floating Market , oleh sebab anak anak nak naik sangat boat so ibu pun kena turutkan. Sekali sekala untuk 1 jam 1500baht.(RM204). Dekat floating market ni kena pandai menawar sedikit ,harga untuk tiket yang dibawah kerajaan katanya la dorang akan tunjuk harga dari 2500-5000baht .. Bagi yang nak jimat tak naik pun tak apa.
  • Dari floating terus gerak Maeklong railway.
  • Arrival time 8:30am-11.10am-2:30pm dan 5:30pm | Departure time 6:20am-9.00am- 11:30am dan 3:30pm
  • Jika anda tidak datang pada jam diatas , anda mungkin tidak berpeluang melihat keretapi di market
  • Gerak balik ke Bangkok
  • Dinner & Rehat

DAY 6: BANGKOK ( THONBURI)-KANCHANABURI

  • Untuk ke Kanchanaburi perlu menaiki train dari stesen Thonburi
  • Harga tiket tak kira umur 5tahun atau apa tetap kena bayar harga dewasa jadi bergantung pada staff tiket juga. 100baht x3 =300baht =RM40.80
  • Hanya ada 2 waktu train ke kanchanaburi pada pukul7:00am dan 1:55ptg sahaja perjalanan memakan masa selama 4-5 jam,
  • Saya menaiki train pukul 1:55pm. Tiba di Kanchanaburi dalam pukul 5:00pm . Disebabkan sedikit delay
  • Ambik tut-tut 80baht (RM10.80) ke penginapan
  • Stay di Sky Resort Kanchanaburi. Booking sehari sebelum arrived (RM186.22)
  • Sewa moto untuk 2hari – 400baht + minyak ( Rm63.90). Deposit 1000baht kalau tinggal passport xyah deposit
  • Bergerak ke Death Railyway kanchanaburi lepas bergambar gerak balik hotel
  • Free n easy – anak nak mandi pool . So layankan je
Dalam tren menuju ke Kanchanaburi

Tiba di stesen Kanchanaburi
Tuk-tuk di Kanchanaburi
Sky Resort
Death Railway

DAY 7: SAFARI KANCHANABURI

  • Wishlist nak bawa anak- anak ke safari ni sebab ianya berbeza dengan safari lain,
  • Entrance fees untuk kanak kanak di bawah ketinggian 130cm dikira harga dewasa
  • 550x 3 =1650baht + 350 baht = 2000 baht + 100baht ( carrot) =RM285.60
  • Untuk kanak-kanak ianya adalah sesuatu yang baru untuk dicuba.
  • Setelah dibayar akan menaiki bus masuk di kawasan safari park,
  • Terdapat banyak haiwan seperti rusa, harimau bintang, gajah, buaya darat , zirafah dll.
  • Bergmbar dengan zirafah. Bus akan berhenti di satu lagi station. Disitu anda boleh tengok show gajah dan buaya juga,
  • Benyamin hampir memegang babi , katanya sangat comel, pinkish je kulit babi tersebut .
  • Gerak ke Thamkrasae , 40 minit juga perjalanan dari safari .
  • Baru je nak gerak ke Erawan waterfall, tetiba Ellysha nangis katanya sakit perut , nak balik hotel. Jadi saya pun gerak balik , time ni agak heaven untuk dorang , saya sengaja book yang ada swimming pool. Reward untuk dorang sebab sepanjang trip banyak stay hostel dorm. Sampai je hotel tetiba sihat waafiat , hilang dh sakit2 semua , haha rupanya akai nak mandi pool. So layankan jer.
Beri makan zirafah di Safari Park

Day 8: KANCHANABURI -THONBURI ( BANGKOK)

  • Untuk train balik ke Bangkok saya ambil masa petang pukul2:48pm
  • Sebelum tu layankan lagi bebudak ni mandi pool. Lepas checkout gerak gi makan
  • Tiket train 100baht/3 =300 baht , (RM40.80)
  • Sampai Thonburi station terus ambik teksi
  • 130baht (Rm17.80) ke hostel
  • Checkin Inn station hostel ( RM212) actually 1500 baht je tapi bila byar guna card dia cas 3% lagi ,
  • Saya suka stay area ni sebab mudah makanan halal. Senang anak2 kalau lapar

DAY 9 : BANGKOK -CHACUCAK MARKET

  • Pukul 9 pagi dah keluar
  • Breakfast +lunch sekali senang berjalan bila anak-anak dah kenyang
  • Hua Lampung naik metro ke Wat Arun. Harga entrance fees 20baht x3 = 60 baht(Rm8.20). Train pula 81baht =4pax (RM11)
  • Settle Wat Arun terus ke Chatuchak market. Rambang mata, bukan saya je anak2 pun turut serta.
  • Train ke Chatuchak lebih kurang sama, 81baht (Rm11) juga
  • Kanak kanak 120cm kebawah harga murah sedikit , manakala 120cm keatas harga dewasa. Untuk Benyamin kena bayar harga dewasa sebab ketinggian dia melebihi had .
  • Settle settle gerak balik hostel, tambang balik berbeza dgn tambang pegi. Rupanya start pagi – 4pm harga separuh manakala 4pm keatas harga asal tiket 42baht x4 =168baht (Rm22.90)

DAY10: LOPBURI

  • Satu satu wishlist jugak ni. 2 tahun lepas datang bunga dah tunduk layu, kali ini rezeki masih mekar.
  • Niat hati nak naik train pukul 7.00am kononnya time tu bunga masih segar .
  • Time jam bunyi terus redha takpe la bunga xsegar pun. Haha
  • Dlm 9 am gerak ke kedai mkn , cam biasa settle bab makan anak2 dahulu
  • Tambang untuk local train ke Lopburi
  • 28baht x2 = 56 baht 17baht x 2 = 34baht total 90baht (Rm12.30x 2[return] =RM24.60
  • 3 jam lebih perjalanan dari Bangkok ke Lopburi
  • Teksi 500 baht =Rm68
  • Entrance fees = 40baht (Rm5.40)
  • Settle bergambar gerak balik ke Bangkok
  • Dinner & Rehat

DAY11: BANGKOK-HATYAI

  • Tiket train beli online di Www.thairailwayticket.com
  • Harga tiket 3100baht (RM422)
  • Lower bed 2, upper bed2. Iaitu sleeptrain. 16 jam perjalanan dari Bangkok ke Hatyai ..
  • Last minute beli ticket jadi banyak seat dah penuh. Takdapat train direct dari Bangkok terus ke Padang Besar
  • checkout
  • Lunch
  • Terus ke train station .
  • Seharian dalam train. Time ni tetiba migraine , nasibla anak-anak behave

DAY12: HATYAI- PADANG BESAR -BUKIT MERTAJAM

  • Arrived at Hatyai junction. Terus gi beli tiket train Hatyai-Padang Besar – 200baht =RM27.20
  • 1jam perjalanan . Layan anak2 main kad
  • Arrived Padang Besar . Settle urusan imigresen Thai-Malaysia .
  • Train to Bukit mertajam anggaran RM26.40
  • Untuk tiket KTM , jika tunjukkan kad pengenalan akan mendapat 20% diskaun.
  • Arrived at Bukit Mertajam.

Trip Thailand Kemboja

BAJET KESELURUHAN TRIP

Total lost untuk 12H11M ( 4 PAX )

Flight: RM1162.37 untuk one way (4pax + 20kg luggage)
Accommodition: RM947.70
Transportation + Entrance fees=RM2300
Total : RM3248.00
Facebook : Rozanï HēNg | Instagram : RozaniHeng

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda semua.


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel , FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSRCIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *