Tangguh Perjalanan ke Kashmir – Wisma Putra
Wisma Putra hari ni menasihatkan rakyat Malaysia yang bercadang untuk ke wilayah Jammu & Kashmir di India dalam masa terdekat ini untuk menangguhkan perjalanan mereka ke sana. Ini lanjutan daripada konflik yang sedang berlaku disana ketika ini.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Persuruhjaya Tinggi Malaysia di New Delhi di alamat dan emel seperti gambar diatas.
APA YANG BERLAKU?
Kerajaan India semalam dalam keadaan tergesa-gesa mengumumkan pembatalan status khas Kashmir sebagai sebuah wilayah autonomi khas. Menteri Dalam Negeri, Amit Shah memberitahu Parlimen bahawa Presiden Ram Nath Kovind telah menandatangani dekri yang memansuhkan Artikel 370 dalam Perlembagaan yang memberikan status autonomi khas kepada wilayah tersebut.
Dalam Artikel 370 ini menyebut wilayah Kashmir dibenarkan untuk mempunyai Perlambagaan, bendera dan kebebasan untuk membuat undang-undang sendiri. Antara undang-undang yang ada sekarang adalah hak keistimewaan orang Kashmir di wilayah mereka, salah satunya adalah tanah dan bangunan hanya boleh dimiliki oleh penduduk tetap disana sahaja.
KEADAAN DI SANA
Rakyat di Kashmir pula kini berada dalam perintah berkurung. Para pelancong serta pelajar-pelajar universiti di sana telah pun diarahkan keluar dari Kashmir sejak dari ahad lalu. Sekitar Kashmir kini dikatakan dikawal ketat ribuan pasukan separa tentera dan polis antirusuhan yang turut mengepung laluan utama dengan kawat berduri dan sekatan keluli di beberapa bahagian di Srinagar.