Sandakan, Sabah mungkin asing bagi sesetengah orang sebab ia bukan dikelilingi dengan mall besar ataupun cafe hipster tapi bagi penggemar sejarah, alam semula jadi… inilah tempat korang! Dari tangga lama, rumah kolonial, hutan hujan, sampai jumpa beruang paling kecil di dunia.
Ini 15 Destinasi wajib, kalau korang sampai ke Sandakan, Sabah:
Sandakan Heritage Trail
Dekat sini, ada 10 tapak warisan yang korang boleh kunjungi dan masih kekal binaannya walaupun terlibat dalam peperangan. Sandakan Heritage Trail ini memang tempat wajib pergi yang menghubungkan…
Tangga Seribu
Tangga Seribu
Tangga lama ini suatu ketika dulu menjadi laluan komuniti Cina mengangkut barang dari bukit turun ke bandar. Walaupun laluan ini tidak lagi digunakan oleh orang tempatan, tapi ia membuktikan bahawa peninggalan sejarah di Sandakan masih lagi tetap utuh.
Jejak Warisan Sandakan
Tidak jauh dari Tangga Seribu terdapat tangga Jejak Warisan Sandakan. Tangga ini masih digunakan oleh orang tempatan setiap hari, dengan keindahan mural disetiap anak tangga.
Jejak Warisan Sandakan
Masjid Jamek
Masjid Jamek Sandakan
Masjid tertua di Sandakan ini, dibina sejak tahun 1887 dan masih digunakan hingga ke hari ini.
St. Michael’s and All Angels Church
St. Michael’s and All Angels Church
Antara gereja batu tertua di Sabah. Bangunan ni antara yang terselamat semasa Perang Dunia Kedua.
Sam Sim Kung Temple
Sam Sim Kung Temple
Kuil Tao tertua di Sandakan, dibina sekitar 1887 dan masih juga digunakan sehingga ke hari ini.
Agnes Keith’s House
Agnes Keith’s House
Rumah penulis Amerika yang tinggal di Sandakan era 1930-an dan sekarang dijadikan muzium yang memaparkan kehidupan kolonial lama. Terdapat barang antik, struktur di rumah ini pun masih dikekalkan sehingga ke hari ini.
Puu Jih Syh Temple
Puu Jih Syh Temple
Kuil Buddha atas bukit dengan view laut Sandakan. Korang mesti kagum dengan architecture lama yang masih tersergam indah.
Dah habis dengan sejarah, jom kita teroka alam semula jadi di Sandakan, Sabah antaranya…
Rainforest Discovery Centre (RDC)
Rainforest Discovery Centre (RDC)
RDC ini terkenal dengan canopy walk sepanjang 620m dengan ketinggian 25 – 26 meter. Bukan itu sahaja, RDC ini syurga bagi pecinta burung. Kalau bertuah, boleh nampak pelbagai spesies burung eksotik dan hidupan liar lain.
Selain itu, dapat tengok tumbuhan unik Borneo dari dekat seperti orkid liar, herba tempatan, dan pelbagai spesies pokok yang jarang jumpa di tempat lain.
Waktu buka: 8.00 pagi – 5.00 petang (setiap hari)
Borneon Sun Bear Conversation Centre
Borneon Sun Bear Conversation Centre
Ini Antara highlight di Sandakan sebab beruang madu adalah maskot Tahun Melawat Malaysia 2026
BSBCC ialah pusat pemuliharaan beruang madu Borneo, beruang paling kecil di dunia dan antara yang paling terancam.
Waktu buka: 9.00 pagi – 4.00 petang (setiap hari)
Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre
Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre
Ini bukan zoo. Ini pusat pemulihan orang utan yang sebenar.
SORC menjaga orang utan Borneo yang kehilangan habitat, cedera atau diselamatkan. Feeding time, korang boleh tengok dengan lebih dekat orang utan turun dari hutan.
Feeding time: 10.00 pagi & 3.00 petang
Waktu buka: 9.00 pagi – 4.00 petang
Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary
Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary
Satu-satunya santuari khas monyet belanda di Sabah. Spesies ni unik dengan hidung besar dan hanya ada di Borneo.
Feeding time: 9.30 pagi, 2.30 & 4.30 petang
Waktu buka: 9.00 pagi – 5.00 petang
Dah penat berjalankan? Mari, kita isi perut dengan makanan ikonik orang Sandakan, Sabah.
Kedai Kopi Tokyo
Kedai Kopi Tokyo
Kedai ni dah berusia lebih 40 tahun tau. Menu yang wajib korang cuba macam egg tart, mee wantan dan bermacam lagi.
Waktu buka: 6.00 pagi – 1.00 petang
San-Da-Gen Kopitiam
San-Da-Gen Kopitiam
San Da Gen ini antara kopitiam yang terkenal di Sandakan, antara menu wajib yang korang boleh cuba UFO Tart. Selain itu, terdapat makanan lain seperti nasi kerabu, nasi lemak lobster dan bermacam lagi. Kedainya pun selesa dan terletak di tengah bandar.
Waktu buka: 8.00 pagi – 5.00 petang
Sandokan Seafood Restaurant
Sandokan Seafood Restaurant
Dah sampai Sabah, tak makan seafood memang tak lengkap.
Sandokan Seafood Restaurant terkenal dengan seafood segar dan masakan lokal. Harganya pun berpatutan!
Waktu buka: 10.00 pagi – 10.00 malam
Sandakan ni ada vibes tersendiri tau! Walaupun ia bandar yang kecil tapi ada macam-macam benda korang boleh buat. Jadi, masukanlah Sandakan dalam list percutian korang untuk tahun 2026. Ini antara itinerari lengkap 4 hari 3 malam di Sandakan, Sabah!