Pelayaran Sulung Piano Land – Pengalaman Mewah & Mesra Muslim!
KUALA LUMPUR, 16 OKTOBER 2025 – Industri pelancongan Malaysia bakal berlabuh di era baharu dengan kehadiran M/V Piano Land, kapal persiaran mewah pertama dari China yang akan berpengkalan di Malaysia. Lebih menarik, kapal ini direka khas untuk memenuhi keperluan pelancong Muslim, menjadikannya pelayaran mesra Muslim pertama di rantau ini.
Pelayaran sulung Piano Land dijadualkan pada 29 November 2025, seiring dengan penganjuran MATTA Muslim-Friendly Travel Fair (MFTF) 2025, di mana Hwajing Travel & Tours Sdn. Bhd. tampil sebagai Official Cruise Partner.

Menurut Kenny Cheong, Pengarah Urusan Hwajing Travel & Tours: “Malaysia kini melangkah lebih jauh dalam pelancongan mesra Muslim yang merentasi sempadan lautan. Piano Land membuktikan bahawa pelayaran mewah boleh kekal patuh syariah sambil meraikan kepelbagaian budaya.”
“Malaysia kini melangkah lebih jauh dalam pelancongan mesra Muslim yang merentasi sempadan lautan. Piano Land membuktikan bahawa pelayaran mewah boleh kekal patuh syariah sambil meraikan kepelbagaian budaya.”
Setiap ruang dapur di atas kapal diperakui halal, membolehkan para penumpang menikmati pelbagai sajian antarabangsa dan tempatan tanpa keraguan. Antara hidangan yang menjadi tarikan ialah itik panggang gaya Hong Kong (halal) satu pengalaman rasa yang wajib dicuba di tengah lautan.



Selain itu, kemudahan seperti ruang solat selesa, program mesra keluarga, dan kelab kanak-kanak menjadikan Piano Land pilihan ideal untuk pelancong Muslim dari seluruh dunia.



Pelayaran Mesra Muslim dengan Sentuhan Asia
Piano Land bukan sekadar kapal persiaran; ia adalah resort terapung bertaraf lima bintang yang menyatukan kemewahan moden dengan keindahan budaya Asia. Berat kasar 70,000 tan dan mampu menampung 1,760 penumpang, kapal ini dilengkapi dengan kemudahan premium, antaranya:



- 880 kabin selesa dengan pemandangan laut
- Restoran halal bertaraf antarabangsa
- Persembahan teater gaya Broadway & hiburan budaya
- Arked membeli-belah dan ruang santai
- Spa, pusat kecergasan & kolam renang mewah
Setiap butiran reka bentuknya menonjolkan hospitaliti Asia yang hangat, menjanjikan pengalaman pelayaran yang bukan sahaja indah, tetapi juga menghormati nilai budaya dan agama.
Malaysia Menuju Status Hub Pelayaran Halal Dunia

Langkah Hwajing Travel ini bertepatan dengan aspirasi kerajaan dan MATTA untuk memperkukuh ekosistem pelancongan halal di Malaysia. Pasaran pelancongan mesra Muslim global kini dianggarkan bernilai USD 300 bilion menjelang 2030, dan Malaysia berada di kedudukan strategik untuk memimpin sektor ini.
“Kolaborasi dengan Astro Ocean Cruise bukan sekadar memperluas pilihan pelayaran, tetapi juga memperkukuh identiti Malaysia sebagai negara yang menjunjung integriti halal dan meraikan kepelbagaian,” jelas Jian-feng Tong, Naib Presiden Astro Ocean Cruise.
Kenapa Piano Land Patut Jadi Pilihan?
Piano Land direka untuk pelancong moden yang mahu menikmati kemewahan tanpa mengabaikan nilai keagamaan dan budaya. Berikut sebab mengapa pelayaran ini unik:
- 100% halal-certified & mesra Muslim
- Sesuai untuk keluarga dan pelancong Muslim antarabangsa
- Menggabungkan keanggunan moden & budaya Asia
- Berpengkalan di Malaysia, hab pelancongan serantau
- Pengalaman pelayaran yang selamat, selesa & eksklusif
Pelayaran sulung Piano Land pada November ini bukan sekadar pelancaran kapal, ia simbol kemajuan pelancongan halal di Malaysia. Dengan gabungan kemewahan, nilai Muslim-friendly dan sentuhan budaya Asia, Piano Land menjanjikan pengalaman pelayaran yang menyeronokan dan penuh makna. Jika korang mencari pelayaran yang bukan sekadar percutian, tetapi juga perjalanan yang penuh dengan keindahan dan ketenangan, Piano Land adalah destinasi korang yang seterusnya

