Pengalaman & tips explore destinasi ‘off-beaten track’ di Georgia !

Bagi anda yang ada plan nak bercuti ke destinasi ‘off-beaten track’, kali ini kami nak kongsikan sikit pengalaman 25 rakyat Malaysia yang baru-baru ini mengembara di wilayah Kaukasus iaitu di sekitar Georgia!

Haa, pasti ada sebilangan daripada kita yang tak tahu pun dekat mana wilayah Kaukasus tu kan??

Menurut perkongsian Mohd Nizam Zambari, secara umumnya wilayah Kaukasus (Caucasus region) adalah sebuah wilayah yang terletak di sekeliling banjaran pergunungan Kaukasus, di antara Laut Hitam di barat dan Laut Kaspia di timur.

Kira besar taw banjaran pergunungan Kaukasus ini dan ia terbahagi kepada dua iaitu Utara Kaukasus (selatan Russia) dan Selatan Kaukasus (Georgia, Azerbaijan dan Armenia). Wilayah serantau Kaukasus ini merupakan lokasi strategik titik silang pertembungan antara dua peradaban empayar besar iaitu Empayar Russia dan Iran (Persia).

Awal September lalu, brader Nizam ada bawa sekumpulan rakyat Malaysia untuk terokai keindahan di sekitar Georgia iaitu sebuah destinasi yang mensajikan view gunung-ganang yang sangat cantik. Ok jom tengok mana depa pi!

  • Pengembaraan kami bermula di ibu negara Georgia, Tbilisi. Untuk merancang perjalanan dalam negara Georgia sedikit susah kerana tidak ramai traveler atau website yang kongsi info. Jenuh juga mencari makluat tepat bagi satu lokasi ke lokasi lain.
  • Di masa akan datang, saya pasti ianya akan menjadi mudah, memandangkan sekarang pun Georgia dah banyak menerima travelers dari Eropah terutamanya.
  • Jangan risau dengan sumber maklumat yang anda perlukan nanti, kerana setibanya di bandar Tbilisi anda akan di sapa oleh wanita-wanita cantik yang merangkap staf travel agensi, passing flyers tentang aktiviti yang mereka tawarkan beberapa lokasi di Georgia.
  • Perlu Visa ke??
    • Rakyat Malaysia tidak memerlukan visa untuk ke Georgia
    • Georgia ini tak banyak terima kunjungan traveller dari Malaysia jadi jangan panik kalau sewaktu ketibaan pegawai mereka akan banyak tanya dan tenung kita.
  • Transport
    • Kebanyakan teksi yang terdapat di sini, tidak mengunakan meter. Kita kena bijak ‘bargain’ dengan mereka. Mungkin boleh cuba guna bahasa áyam itik’ untuk dapat harga murah sebab rata-rata pemandu teksi disini tidak memahami basic English. 
    • Cara pemanduan mereka juga agak unpredictable, so tak payah la nak mandai-mandai drive di Georgia ini.
    • Kami guna bas yang di sewa khas memandangkan kumpulan kami ramai serta bagasi banyak + jimat dan selesa sekiranya nak keluar bandar.
  • Senarai tempat dilawati:
    • Tbilisi Oldtown
    • Jinvali water reservoir
    • Ananuri Castle
    • Gadauri monument of friendship
    • Trinity Church
    • Cable ride at Kobi
    • Bodbe monastery
    • Signagi city wall
    • Alasani valley
    • Joseph stalin museum
    • Uplisikhe cave town
    • Marvili Canyon
    • Prometheus cave
    • Makhunteti waterfall
    • Quinn tamara bridge
    • Batumi fish market
  • Makanan
    • Untuk travellers Muslim, jangan risau sebab ada ja restoran halal di Georgia kerana 2% dari populasi rakyat Georgia adalah Muslim, terutamanya di Tbilisi.
    • Harga makanan bermula dari 15 GEL ke 30 GEL untuk satu pinggan.
    • Cuma bila berada jauh dari radius bandar-bandar utama restoran halal ini agak sukar sikit nak cari.
    • Untuk tekak Malaysia macam saya, disarankan prepack/preheat food.
    • Oh jangan lupa try ikan grill fresh Salmon dan Barbulka di Batumi.
  • Kaya dengan elemen tradisional
    • Kecantikan pendalaman Georgia memang tiada tandingan. Kawasan perkampungan kecil yang berlatar-belakangkan gunung glacier, orang kampung bawa lembu, kuda atau kambing gurun di hadapan atau belakang kita.
    • Sambil mata mereka terbeliak besar tengok orang mana yang datang ke kampung mereka!
    • Zaman sekarang ini susah nak jumpa elemen traditional macam itu.
  • Turkiye
    • Kami meneruskan perjalanan sehingga ke sempadan Turkiye iaitu ke bandar Sarpi
    • Antara destinasi yang kami lawati ialah di Crossed Turkish Border (Sarpi city), Ayder valley, Firtiva valley, Kachkar mountains, Uzongol, Sumela Monastery, Zigana Hamsikoy dan Trabzon city tour
    • Untuk info kalian, kawasan yang dilawati ini kaya dengan sejarah kebudayaan dan peradaban yang tersendiri.
    • Sama seperti wilayah di Georgia, perkampungan di kawasan pergunungan Ayder dikatakan seperti anda berada di lembah Switzerland!
    • Banyak pokok pain yang cantik. Makanan halal sangat senang dan mudah dicari.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *