Bagas Zakariah – Penginapan Ala Desa Penuh Memori di Gopeng, Perak
Kalau korang tengah planning nak bercuti di Perak tapi tak tahu nak pergi area mana selain Ipoh.. jom datang bercuti di Gopeng! Tak tahu nak menginap di mana? Haa.. ini kami kongsikan penginapan yang klasik dan bakal menggamit memori indah buat korang iaitu di Bagas Zakariah yang terletak di Kg. Lawan Kuda, Gopeng, Perak.
Rasa macam balik kampung!
Untuk pengetahuan semua, konsep penginapan di Bagas Zakariah ini berunsurkan rumah lama tradisional Melayu. Jadi tidak hairanlah jika korang rasa seolah-olah pulang ke kampung halaman. Haa, kalau jenis tak pernah rasa suasana kampung, memang berbaloi menginap disini.
Menariknya di Bagas Zakariah hanya terdapat 3 jenis unit rumah klasik iaitu:
– Rumah Lenggong
– Rumah Lawan Kuda
– Rumah Kuning
Rumah Lenggong
Setibanya kami di Bagas Zakariah, automatik mata jadi segar sebab tengok suasana tenang tambah pula ada anak sungai & dusun buah-buahan sekitar 3 rumah ni.. lagilah seronok!
Sewaktu melangkah kaki masuk ke Rumah Lenggong, rasa teruja tu lain macam ye.. tambah pula tengok dekorasi dalaman tampak moden kontemporari. Sejuk je mata menatap setiap sudut dalam rumah ni. Oh ya, kalau nak tahu ada kisah disebalik Rumah Lenggong ni taw! Rumah Lenggong ini dibina semula dari rumah yang diangkat dari Lenggong.. sebab itulah rumah ini dinamakan ‘Rumah Lenggong’.
Kapasiti bersesuaian untuk menginap di Rumah Lenggong ini adalah sekitar 7-8 orang. Meriahlah kalau bercuti ramai-ramai tak kira seisi keluarga mahupun kawan-kawan!
- Antara Kelengkapan Dalam Rumah Lenggong:
- 1 katil Queen
- 3 katil Single
- Bilik air dilengkapi pemanas air panas (bagi setiap bilik)
- Tuala, sabun mandi turut disediakan
- Kelengkapan dapur untuk memasak berserta perkakas
- BBQ area
- Televisyen
- Seterika
Rumah Lawan Kuda
Bagi Rumah Lawan Kuda pula tampak lebih ‘bold’ dek kerana gabungan warna merah dan tiang putih di sekeliling rumah tersebut. Rumah Lawan Kuda ini boleh dikatakan persis rumah Ketua Kampung. Memang nampak gah dengan gabungan moden bagi dekorasi dalaman. Sesuai untuk didiami antara 7-10 orang.
- Antara Kelengkapan Dalam Rumah Lawan Kuda:
- 2 katil Queen
- 1 katil Single
- Bilik air dilengkapi pemanas air panas & bathtub
- Tuala, sabun mandi turut disediakan
- Kelengkapan dapur untuk memasak berserta perkakas
- BBQ area
- Televisyen
- Seterika
Rumah Kuning
Rumah Kuning merupakan rumah asal pemilik kawasan Bagas Zakariah. Rumah ini berusia lebih 100 tahun dan masih cantik dijaga rapi oleh generasi turun-temurun. Pada mulanya kami ingat rumah ini bersaiz sederhana.. sekali masuk dalam terkejut seketika! Punyalah besar dan banyak ruang berserta bilik dalam Rumah Kuning ini! Memang seronok kalau menginap bersama keluarga besar kerana rumah ini sesuai didiami lebih 10 orang dalam 1 waktu.
- Antara Kelengkapan Dalam Rumah Kuning:
- 4 katil Queen
- 2 katil Single
- Bilik air dilengkapi pemanas air panas
- Tuala, sabun mandi turut disediakan
- Kelengkapan dapur untuk memasak berserta perkakas
- BBQ area
- 2 unit televisyen
- Seterika
Juadah selera ala kampung!
Mungkin ada yang tertanya-tanya.. kalau menginap di Bagas Zakariah ni ada ke hidangan disediakan? Korang boleh pilih sama ada nak add on makan pagi & makan tengahari dalam tempahan ya. Untuk sajian tengahari masakan ala kampung. Memang terliur tengok lauk-pauk yang dihidangkan. Bertambah nasi makan masakan kampung ni ye!
Makan Malam BBQ
Oh ya, untuk malam hari korang boleh santai sambil nikmati juadah makan malam BBQ. Dekat setiap rumah disediakan kawasan private BBQ taw. Memang ngam sangatlah gathering sambil bakar-bakar, borak panjang beramai-ramai.
Banyak Spot OOTD!
Untuk kalian yang gemar berfoto, berbaloi menginap di Bagas Zakariah ini! Banyak spot foto cantik-cantik bertemakan klasik-desa yang korang boleh snap dalam kawasan ni. Nak lagi menarik.. korang pakai baju ‘kampung style’ confirm automatik jadi anak desa!
Fasiliti di Bagas Zakariah
Swimming Pool
Kalau rasa nak santai-santai di petang hari, bolehlah terjun mandi kolam. Kalau nak sejuk lagi mandi air sungai sekitar kawasan ini.
Surau
Selain itu, korang mesti terpegun saat melihat senibina surau di Bagas Zakariah ni! Konsep senibina surau (open air) dikelilingi rimbunan dedaun menghijau membuatkan tempat ini sejuk je. Memang best jadi port termenung sambil layan angin petang! hehe..
Apa je aktiviti menarik di Gopeng?
Dah menginap di Bagas Zakariah tapi tak tahu nak buat aktiviti apa? Jangan risau.. banyak aktiviti menarik korang boleh cuba seperti:
- Hiking Bukit Batu Putih
- Laluan nak hiking tak susah sangat (sekitar 45min)
- Spot tengok matahari terbenam – memang berbaloi panjat bukit di petang hari
- Waterfall Abseiling & Water Rafting
- Kalau jenis tahan lasak, boleh cuba waterfall abseiling di Lata Mekor
- Selain itu, Gopeng turut popular dengan aktiviti water rafting ya! Aktiviti-aktiviti sebegini memang seronok kalau dilakukan dengan geng 1 kepala!
- Tak gemar aktiviti lasak? Jangan risau! Korang boleh mandi air terjun di Lata Mekor & Sungai Ulu Geruntum yang terletak berdekatan Bagas Zakariah ini.
- Scutour Ronda Kampung
- Bagi korang yang jenis gemar aktiviti chill-chill.. jom bawa skuter ronda sekitar kampung.
- Dekat Bagas Zakariah ini turut disediakan perkhidmatan sewa motor skuter.
- Menerusi aktiviti Scutour ni.. korang juga berpeluang melihat suasana perkampungan Orang Asli yang sebahagiannya masih mengekalkan gaya hidup tradisional mereka.
- Melawat Ladang Gaharu – HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng
- 1 lagi aktiviti santai korang boleh cuba di Gopeng adalah lawatan ke Ladang Gaharu – HOGA, Gaharu Tea Valley.
- Disini korang boleh tengok lebih 200 ribu tanaman pokok gaharu yang sememangnya penuh manfaat!
- Jangan lupa rasa aiskrim vanilla gaharu taw!
Kalau korang berminat nak buat aktiviti-aktiviti sebegini, boleh ja add on ketika menginap di Bagas Zakariah. Jadi takde la korang pening kepala nak tempah sana-sini.. baru seronok bercuti di Gopeng!
So tunggu apa lagi? Pakat ajak ahli keluarga, kawan-kawan korang bercuti di Bagas Zakariah! Terima kasih beYoutiful Kampar bawa Kaki Travel terokai keindahan panorama di Gopeng, Perak!