Gadis ini kongsi tips jimat, murah layan nature di ‘Pearl of the Dolomites’, Italy

Untuk kalian yang idamkan suasana percutian menenangkan mata, jiwa dan minda, kali ini kami nak kongsikan satu destinasi menarik yang dilawati seorang gadis dikenali sebagai Bella Azemi di ‘Pearl of the Dolomites’.

Baru-baru ini Bella ada kongsikan pada kami percutiannya ke sebuah tasik tercantik di Eropah yang popular iaitu Lake Braises atau nama lainnya ‘Pearl of the Dolomites’ yang terletak di South Tyrol, Italy. So, kalau ada yang nak plan ke Italy.. meh baca perkongsian ini!

May be an image of lake and nature

Untuk pengetahuan anda, ‘Pearl of the Dolomites’ merupakan salah satu tasik tercantik di Eropah. Malahan, tasik ini turut diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage Site. Bak kata Bella, nak travel tempat nature yang cantik dan murah sebenarnya ada kat Italy tak perlu ke Swiss pun..

  • Macam mana nak ke sana?
    • Untuk datang ke sini korang kena sewa kereta dan drive sendiri.
    • Public transport untuk datang ke sini agak terhad.
    • Tiada caj dikenakan untuk masuk ke sini cuma kena bayar parking kereta jela around €10 (3 jam pertama).
    • Oh nak parking paling dekat dengan tasik, sila park area P4.
  • Apa je aktiviti boleh buat sekitar tasik?
    • Dekat tasik ini ada perkhidmatan bot yang korang boleh sewa tapi hanya beroperasi pada bulan Mei hingga Oktober sahaja (kira ikut musim). Musim winter tasik beku so tiada bot. Musim Autumn pula bot dibuka dari pukul 10 pagi – 5:30 petang.
    • Harga setengah jam €25 dan 1 jam €35.
    • Bot ni kena dayung sendiri ye dan muat untuk 4 orang.
    • Tak pandai dayung? Jangan risau, boleh je naik tak susah pun. hehe
    • Korang turunkan pendayung tu gerakkan kiri kanan kiri kanan bergerak la bot tu. Hihi..
    • Selain naik bot, korang juga boleh hike pusing tasik ini. Ada trail disediakan.
    • Nak hike pusing satu lake ni akan ambil masa dalam 1 jam 30 minit. Ade banyak tangga ye so fikir dulu sebelum hike tu. Tapi view memang lawa la!
  • Tasik ini beroperasi jam berapa je?
    • Nak masuk visit tasik ni pukul berapa pun boleh tiada masalah.
    • Waktu paling best datang sebelum jam 8 pagi sebab tak ramai orang dan lighting tengah cun meletop!
    • Kalau datang pukul 9 mcm tu memang frame gambar korang penuh dengan lautan manusia. So nak gambar cantik kan sila datang awal pagi ye!
    • Gambar sunrise kat sini memang lawa dan meletop kebabommm.

Harap perkongsian saya ini berguna untuk korang yang plan nak travel ke Lago di Braies! Enjoy guys!


Anda ada kisah menarik untuk dikongsi bersama dunia? Sila emel kepada kami di admin@kakitravel.net

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *