Tiada lagi keperluan RT-PCR untuk ke Korea, warga Sabah boleh terbang terus ke Incheon dari Kota Kinabalu
Korea Selatan merupakan salah satu destinasi yang popular dikalangan rakyat Malaysia. Fenomena K-pop dan K-drama telah berjaya menarik minat ramai rakyat Malaysia untuk berkunjung ke Korea. Sebenarnya boleh dikatakan di setiap pelusuk Korea itu mempunyai daya tarikan tersendiri untuk diterokai.
Tak perlu buat ujian RT-PCR lagi !
Baru-baru ini kerajaan Korea Selatan telah menamatkan peraturan ujian COVID-19, RT-PCR untuk pelancong yang tiba ke negara itu. Peraturan baharu ini berkuatkuasa pada 1hb Oktober 2022 yang lalu dan telah melegakan ramai rakyat Malaysia yang ingin berkunjung ke negara tersebut.
Bagi warga Sabah pula, laluan penerbangan terus daripada Kota Kinabalu ke Incheon & Busan juga telah pun dibuka semula. Ini memudahkan lagi perjalanan warga Sabah untuk melawat ke Korea Selatan, dimana mereka tidak perlu lagi untuk transit di Kuala Lumpur sebelum terbang ke Korea. Agensi pelancongan terkenal yang berpangkalan di Kota Kinabalu, I-World Travel & Tours Sdn Bhd kini menawarkan pakej-pakej pelancongan menarik untuk membawa warga Sabah melancong ke Korea.
Antara pakej-pakej menarik yang ditawarkan adalah :
Pakej 6 hari 4 malam ke Seoul & Nami Island
Trip 6 hari ketika musim sejuk ini akan membawa anda melawat ke banyak tempat-tempat menarik di Seoul serta kawasan sekitarnya termasuklah :
Tarikh perlepasan untuk trip ini adalah pada bulan Disember 2022. Klik sini untuk itinerari penuh & harga –> <link to itinerary>
Pakej 8 hari 6 malam ke Seoul, Nami Island & Jeju
Bagi yang inginkan trip yang lebih lama, trip 8 hari ini sangat sesuai untuk anda. Selain daripada Seoul & Nami Island, pakej ini akan membawa anda meneroka Jeju. Anda akan dibawa menaiki penerbangan domestic daripada Incheon untuk ke Jeju. Antara tempat yang akan dibawa melawat di Jeju adalah :
Trip ini akan berlepas pada 15hb Disember 2022. Klik sini untuk itinerari penuh & harga –> <link to itinerary>
Menarik kan pakej-pakej ini ? Sebenarnya ada banyak lagi pakej-pakej ke Korea yang lain ditawarkan oleh I-World Travel & Tours Sdn Bhd khas buat warga Sabah. Boleh layari laman facebook mereka di www.facebook.com/iworldkk atau hubungi salah satu nombor ini 016-8327216 (Cherry), 013-8833716 (Stella), 016-8329416 (Jazel).