Jom tebus hadiah misteri di ‘vending machine’ SpaceX!
Korang mesti pernah gunakan mesin layan diri ataupun vending machine kan ? Alaa kan biasanya kita akan jumpa vending machine ni dekat tempat-tempat tumpuan contohnya di pusat membeli-belah, stesen bas, stesen keretapi, university dan banyak tempat lagi.
TAK PERLU GUNA ‘CASH’ LAGI !
Sebelum ini semua transaksi di vending machine akan menggunakan duit syiling ataupun duit kertas untuk pembayaran. Tapi zaman sekarang ni kan ramai yang lebih suka berbelanja secara ‘cashless’. Hal ini telah membantu melahirkan ‘Smart Vending Machine’ jenama SpaceX. SpaceX dimiliki bersama oleh DGB Networks Sdn Bhd dan XOX Media Sdn Bhd. Vending machine SpaceX ini menggunakan teknologi skrin sentuh ataupun ‘touch screen’. Besar beb skrin dia, 55 inci, memang puas nak pilih barang!
Nak bayar pula korang ada pilihan untuk gunakan kad debit, kad kredit ataupun e-wallet. Jadi tak perlu risau lagi kalau tak ada duit kecil untuk membeli makanan, minuman atau barang keperluan lain di vending machine, wave je kad bank korang tu. Vending machine SpaceX ni juga sangat mesra pengguna sehinggakan kanak-kanak juga tahu menggunakannya !
BOLEH MENANG HADIAH MISTERI
Bermula 18 Okt 2022 sehingga 17 Nov 2022, SpaceX akan mengadakan kempen Let’s Flash X It, dimana anda berpeluang untuk memenangi hadiah misteri dengan hanya mengimbas kod QR di vending machine SpaceX. Caranya mudah saja :
- Imbas kod QR dari visual kempen di media sosial atau di smart vending machine SpaceX
- Isi maklumat yang diperlukan
- Anda akan menerima kod QR untuk menebus hadiah melalui email atau sms
- Gunakan kod tersebut untuk menebus hadiah di smart vending machine SpaceX
*Jika mesin kehabisan stok, boleh datang semula pada minggu berikutnya atau anda boleh cuba di mesin SpaceX yang lain untuk menebus hadiah.
Sehingga kini SpaceX ni berada di lebih 200 lokasi di sekitar Lembah Klang. Antaranya di kawasan tumpuan seperti Subang Parade, Sunway Pyramid, Empire Shopping Gallery, Sg Wang Plaza, Melawati Mall, MyTown, Lot10, Times Square, Alamanda Shopping Mall, 3 Damansara, Kompleks PKNS, Dpulze Shopping Center dan banyak lagi! Boleh tengok lokasi penuh serta maklumat lain di www.spacedx.com.my .
Jadi jom beramai-ramai kita tebus hadiah misteri di vending machine Space X ! Terima kasih kepada pihak penaja iaitu XOX, Coca-Cola & Dutch Lady yang telah membantu merealisasikan kempen ini.