Riuh Sokmo berjaya tarik kehadiran ribuan rakyat Kelantan

Baru-baru ini team Kaki Travel berpeluang menyertai Program Riuh Sokmo 2022 yang telah diadakan selama tiga hari di Stadium Mini Ketereh, Kelantan. Memey riuh sangat weh! Buat kali pertama rakyat Kelantan datang ke program sebegini. Tambah pula terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan oleh pihak penganjur iaitu MyCreativeVentures.

Untuk pengetahuan umur, penganjuran program Riuh Sokmo telah dimeriahkan dengan kehadiran lebih 20,000 pengunjung sekali gus merancakkan lagi industri kreatif tempatan. Program ini pertama kali dianjurkan oleh Kumpulan MyCreative Ventures Sdn. Bhd. (MyCreative) dan Riuh yang merupakan antara platform untuk mempertingkat penyertaan industri kreatif bersama masyarakat setempat.

Perahu Kolek Kelantan Terbesar di Riuh Sokmo !

Ramai yang teruja dengan “Perahu Kolek Kelantan” yang ada di Riuh Sokmo. Perahu Kolek yang dibawakan khas ini telah menarik ramai pengunjung yang hadir tidak kira dari dalam atau luar negeri. Kalau anda belum tahu, Perahu kolek ini merupakan salah satu pengangkutan perahu orang Melayu. Perahu kolek biasanya hanya digunakan dalam kawasan air tenang. Ia biasanya merujuk kepada perahu kecil yang digunakan di kawasan persisiran pantai. Diantara jenis-jenis perahu kecil dalam kelompok koleh adalah perahu gelibat, kueh kecil, licung, kueh, pengail, kolek, dan kolek buatan barat. Namun, perahu kolek yang ada disini adalah yang paling besar yang ada di Kelantan ini. Menarik kan !? hehe

Aktiviti sepanjang Riuh Sokmo

Pelbagai pengisian telah direncana untuk pengunjung, termasuk persembahan kebudayaan serta warisan seperti permainan gasing terbang, wayang kulit, canting batik, pembuatan wau, dikir barat, silat tari dan banyak lagi aktiviti menarik.

Permainan Gasing Terbang

Wayang Kulit Tradisional

Pembuatan Wau

Mencanting Batik

Mewarna Batik

Melukis Karikatur

Banyak kan aktiviti menarik yang ada kat Riuh Sokmo Kelantan ni?? Selain itu, program ini juga telah berjaya menampilkan persembahan kebudayaan kepada masyarakat di sana terutamanya kepada golongan muda.

Gerai Jualan

Bukan itu saja gaiss, terdapat lebih 50 vendor yang dibawakan oleh pihak penganjur tidak kira dari luar atau dalam Kelantan. Antaranya ialah vendor yang menjual pelbagai barangan kreatif, produk-produk tempatan, makanan serta minuman.

Konsert

Kalau nak cerita, Persembahan kemuncak pada program berkenaan juga diyakini telah menjadi tarikan utama kerana pihak penganjur telah menampilkan artis terkemuka seperti kumpulan Wings, Datuk Ramli Sarip, Kugiran Masdo, Faizal Tahir dan ramai lagi. Memang ramai betul pengunjung yang datang semata-semata untuk melihat konsert di Kelantan. “Ore Kelate Memey Sporting Habis !”

Yang paling patut “SALUTE” sekali adalah lelaki (jate) dan perempuan (tino) diasingkan tau. Jadi ini memang rare. Hanya di Kelantan ada pengasingan pengunjung lelaki dan perempuan. Walaupun ada pengasingan, pengunjung tetap datang memeriahkan suasana di Riuh Sokmo.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *