23 pemohon terima sokongan Geran Pemangkin Ekonomi Budaya oleh Think City & Kementerian Kewangan
Disebabkan sambutan yang menggalakkan bagi permohonan untuk kitaran pertama Program Geran Pemangkin Ekonomi Budaya,Think City kini membuka permohonan untuk kitaran kedua Program dari 23 Ogos 2022 dengan bidang tumpuan yang sama seperti kitaran pertama program geran. Program geran yang diumumkan sebagai sebahagian daripada inisiatif Belanjawan 2022 akan memanfaatkan aset ketara dan tidak ketara Malaysia yang unik sebagai pemboleh bagi pertumbuhan sosio-ekonomi dan pembangunan semula modal budaya, ekonomi dan sosial masyarakat kerana ia akan mewujudkan peluang pekerjaan dan pelaburan. Ini adalah selaras dengan objektif program Rangkaian Arkeopelancongan Wilayah Utara & Pembangunan Ekonomi Tempatan, sebuah inisiatif Think City, di bawah naungan Kementerian Kewangan.
Memandangkan Malaysia berada pada tapak pertemuan sejarah dan geografi, seperti yang dibuktikan oleh penempatan prasejarah tertua di dunia selepas Afrika yang menandakan dua juta tahun evolusi manusia, Think City dan Kementerian Kewangan dengan sokongan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan berharap dapat menggalakkan penerokaan dan penemuan permata yang tersembunyi di sepanjang koridor kebudayaan wilayah utara. Ini juga akan mengaktifkan sumber pembangunan komuniti tempatan, merangsang pelancongan berasaskan budaya, perusahaan komuniti, dan meningkatkan minat orang ramai dalam rangkaian tapak dan cerita arkeologi, budaya dan semula jadi.
Dalam sebuah acara khas yang diadakan di Lenggong pada 13hb September 2022, Think City mengumumkan 23 pemohon yang berpelbagai dan penuh harapan yang berjaya dipilih untuk mendapat manfaat daripada Geran Pemangkin Ekonomi Budaya. Lokasi tumpuan awal bagi Program Geran Pemangkin Ekonomi Budaya termasuk Lenggong, Kuala Kangsar dan Taiping. Bagi meneruskan momentum itu, Think City berharap dapat menggalakkan permohonan dari tapak penting lain seperti Guar Kepah, Sungai Batu, Lembah Bujang, Alor Setar, rizab bakau seperti Sungai Prai, rizab alam semula jadi seperti Royal Belum dan Perlis, untuk menyumbang idea kreatif dan inovatif ke arah memperkukuh kepentingan sejarah dan budaya tempat tersebut dan bagaimana projek-projek ini akan memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
Kitaran pertama program geran menyaksikan 53% diluluskan untuk Penciptaan Kandungan, 32% untuk Pembinaan Kapasiti dan Advokasi, dan 15% untuk Demonstrasi. Lebih daripada 40% pemohon wanita menerima pembiayaan daripada kitaran ini.
Secara keseluruhan, geran kitaran ini akan menyokong 7 permohonan individu dan 16 organisasi. YB Dato’ Nolee Ashilin binti Mohamed Radzi, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak yang menyerikan majlis juga mengucapkan tahniah kepada semua penerima manfaat yang berjaya dalam kitaran yang sangat kompetitif ini.
Dato’ Nolee berkata, “Wilayah utara termasuk Perak, kaya dengan sejarah dan budaya dan kami amat berbangga untuk ambil perhatian bahawa terdapat sejarah sejak hampir dua juta tahun lalu di halaman kami. Semua aset penting budaya kekal sebagai nod rangkaian penting di wilayah utara termasuk tapak seperti Lenggong, Kuala Kangsar dan Taiping. Sama penting adalah hubungannya dengan tapak budaya utama lain di negeri jiran kita. Kami mengalu-alukan usaha berterusan ini di
bawah Think City yang pastinya akan memberikan rangsangan kepada pelancongan berasaskan budaya di rantau ini, memberikan projek berasaskan komuniti dan pemain kecil peluang untuk lebih berdikari dan menyumbang kepada pelancongan tempatan.”
Pengarah Urusan Think City, Hamdan Abdul Majeed berkata, “Sepanjang sejarah, orang ramai telah tertarik dengan bandar sebagai pusat budaya, pembelajaran dan peluang ekonomi. Wilayah utara merupakan tempat sebegini, dengan kisah berusia dua juta tahun yang sedia untuk diterokai dan ditemui. Tapak budaya, semula jadi dan arkeologi yang penting itu kaya dengan sejarah dan berpotensi untuk menjadi pameran persekitaran budaya dan semula jadi antarabangsa, dan boleh dibangunkan menjadi destinasi budaya terpilih dan mampan utama. Think City telah mengenal pasti nod berpotensi di wilayah utara yang dapat meningkatkan pengalaman berasaskan budaya dan akan terus menyokong penerima geran yang boleh mendalami dan mempelbagaikan pengalaman pelawat dan meluaskan
pemahaman orang ramai tentang kepentingan budaya rantau ini melalui kitaran kedua Geran Pemangkin Ekonomi Budaya Program.”
Penerima geran, Prof Stephen Chia Ming Soon, Profesor di Pusat Penyelidikan Arkeologi Global di Universiti Sains Malaysia (USM) dan Jurubahasa Warisan Budaya Masyarakat Setempat memuji program geran Think City atas inisiatifnya dalam memacu dan menggalakkan pertumbuhan seluruh Wilayah Utara Malaysia.
Beliau berkata, “Pembiayaan daripada Think City dan Kementerian Kewangan ini akan membolehkan kami menyalurkan pengetahuan mengenai penemuan arkeologi yang ditemui melalui penyelidikan kami di Lenggong kepada masyarakat setempat. Pemberian itu juga akan memudahkan pengembangan Program Latihan & Pembinaan Kapasiti Ahli Arkeologi Muda kami, yang bertujuan untuk membina kapasiti tempatan di Lenggong dengan mendidik penyedia kandungan seperti
pemandu pelancong dan komuniti tempatan. Pemberian itu juga akan membolehkan kami membantu dan memperbaiki keadaan sosio-ekonomi di Lenggong dengan melibatkan masyarakat tempatan, mewujudkan peluang pekerjaan dalam industri pelancongan, dan mengajar generasi muda Lenggong untuk menghargai dan melindungi warisan dan budaya sejarahnya.”
Penerima geran Abdul Nasir Jalaludin, pemilik rumah tinggalan warisan keluarga ‘Rumah Tiang 16’, memuji usaha Think City ke arah mempromosikan permata yang tersembunyi di Lenggong dan kawasan sekitarnya.
Abdul Nasir berkata “Kami menerima pelawat dari setiap pelusuk dunia ke penginapan warisan kebudayaan kami. Di sini kami menawarkan pengalaman arkeopelancongan yang unik berdasarkan tapak budaya signifikan tinggi Lenggong dan produk pelancongan berasaskan komunitinya. Laman
sesawang kami dikunjungi oleh pelawat dari seluruh dunia yang berminat untuk mencari maklumat mengenai Lenggong. Sekiranya laman sesawang kami mempunyai imej yang diambil secara profesional dan naratif yang baik, ia boleh meningkatkan daya tarikan Lenggong dan juga menyumbang pada penarikan lebih banyak pengunjung ke kawasan tersebut. Geran itu akan membolehkan kami mencapai matlamat ini.”
Liew Suet Fun, seorang lagi penerima geran, seorang penulis berkata, “Melalui program geran ini, saya dapat meneruskan minat saya dalam menulis buku saya dan penerbitannya supaya orang ramai dapat menerokai jiwa sebuah kampung, dan bukannya hanya bergantung pada risalah. Think City telah membimbing pemohon untuk melalui peringkat idea dan pelaksanaan yang amat diperlukan. Beginilah cara Think City membolehkan rakyat biasa membuat perbezaan yang bermakna dalam komuniti mereka.”
Manakala, penerima geran Haji Mohd Suhaimi Ahmad yang mengasaskan Rumah Wakaf Komuniti Che Teh Fatimah tiga tahun lalu berkata, “Geran yang ditawarkan oleh Think City akan membantumembiayai kerja penambahbaikan di pusat komuniti ini sambil kami memberi fokus pada objektif membina komuniti yang saling berkongsi dan memberi inspirasi. Kemudahan itu merupakan pusat popular untuk pelbagai aktiviti yang menyatukan penduduk setempat tanpa mengira kaum dan agama dengan misi pemerkasaan dan kerjasama komuniti. Sokongan Think City akan membolehkan orang tempatan seperti saya untuk menabur bakti kepada masyarakat.”
Program Geran Pemangkin Ekonomi Budaya menggalakkan pertumbuhan ekonomi berasaskan budaya dengan mewujudkan peluang kepada penerima manfaatnya dan masyarakat setempat untuk memberikan realiti kepada idea kreatif.