KLIA CRAZY SALE tawar diskaun sehingga 70% untuk barang berjenama
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bakal menganjurkan acara jualan “KLIA Crazy Sale” bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala lumpur (KLIA). Acara ini berlangsung selama 6 hari iaitu bermula 26 hingga 31 Ogos 2020 bagi membantu peruncit KLIA mencapai pasaran yang lebih meluas.
Acara yang bertujuan untuk membantu pihak industri dan rakan peruncitan menangani impak COVID-19 tersebut menyediakan pelbagai tawaran yang unik seperti diskaun sehingga 70% bagi produk kosmetik, coklat, minyak wangi dan banyak lagi.
Tambahan pula, pembeli turut berpeluang untuk memenangi baucar membeli-belah bernilai sehingga RM3000 sehari menerusi cabutan bertuah.
Di samping itu, anjuran Pesta Pelancongan Mini Cuti-Cuti Malaysia menerusi kerjasama dengan Tourism Malaysia juga bakal berlangsung seiring dengan acara KLIA Crazy Sale. Penganjuran Pesta Pelancongan Mini Cuti-Cuti Malaysia adalah sejajar dengan strategi bersama Dorongan Taktikal Domestik yang telah dibangunkan dengan Tourism Malaysia bagi merangsang pemulihan pelancongan dan ekonomi.
Malahan, buat julung kalinya Sama Sama Hotel menawarkan Pakej “Staycation” kepada seluruh pengunjung yang berminat untuk menikmati lawatan ekslusif dan beraktiviti dalam simulasi kebakaran yang menarik di stesen bomba KLIA dalam acara KLIA Crazy Sale ini.
Dinasihatkan agar para pengunjung kekal menjaga SOP yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan semua.
Sama-sama kita bantu bina semula industri pelancongan negara!
Kempen #TravelDalamNegara adalah satu inisiatif Kaki Travel untuk menyokong pelancongan di dalam Malaysia. Jika anda ingin kongsikan pengalaman/ itinerari/ gambar/ vidoe pengembaraan anda di dalam Malaysia, boleh emel ke admin@kakitravel.net
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel , FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!