Nikmati keindahan Tekiwit Selaan Waterfall dan Three Sisters Waterfall di Miri, Sarawak – itinerari 3H2M
Bagi korang yang gemarkan air terjun, jom ikuti perkongsian followers Kaki Travel iaitu Nurul Anis Abu Bakar mengenai misinya memburu Tekiwit Selaan Waterfall dan Three Sisters Waterfall yang terletak di Miri, Sarawak. Trip kali ini mengambil masa selama 3 hari 2 malam.
Hari Pertama:
– Perjalanan menggunakan 4×4 ke Segah Selaan Homestay mengambil masa 1 jam jalan biasa + 5 jam jalan balak (dari Miri) + 2 jam memandu dari Bintulu.
– Penat memang penat tapi view sepanjang perjalanan sangat cantik!
– Ada beberapa persinggahan untuk berehat sepanjang perjalanan.
– Nampak view cantik je, boleh berhenti untuk bergambar. Rezeki kami jugak dapat lihat pelangi di lereng-lereng bukit. Cantik!
– Sampai di homestay Segah Selaan One Stop Shop & Homestay, kami disambut dan disajikan air kelapa muda.
– Di sini, ada dapur halal dan non halal berasingan. Makan boleh ikut masa sendiri.
– Hari pertama sampai lewat petang, kami terus ke sungai batu berdekatan untuk mandi sungai dan mandi hujan.
– Malamnya disebabkan kami berpuasa, auntie sediakan hidangan agak awal. Mewah menu berbuka dan malam raya Aidiladha kali ini. Kami dihidangkan ikan semah stim dan lain-lain lauk tambahan. Sedap sangat! Habis makan, ada antara kami sambung bersembang dengan keluarga Arthur sehingga lewat malam dan ada yang ‘pengsan’ awal sebagai persediaan aktiviti esok hari.
Hari ke-2:
– Kami ke Tekiwit Selaan waterfall yang berketinggian melebihi 100 meter dan mempunyai 2 cabang. Ini adalah waterfall ke-3 tertinggi di Sarawak!
– Nak menuju ke waterfall kena melalui kampung Penan sejauh 45 minit (jalan balak) dengan menggunakan 4×4.
– Perjalanan menuju ke Tekiwit Waterfall ambil masa sekitar 1 jam 30 minit (trekking) sehala.
– Ada bahagian mendaki, ada bahagian mendatar, ada bahagian kena meredah air deras di waterfall pertama sebelum sampai ke sana.
– Pacat memang ada yang guys!! So untuk keselamatan, kami guna air tembakau siram di stokin.
– Overall best! Tapi memandangkan malam sebelumnya hujan, air agak deras di sana.
– Untuk makluman, kalau air terlalu deras di waterfall pertama, mungkin tak dapat nak ke Tekiwit Selaan Waterfall.
– Balik dari Tekiwit Selaan Waterfall, kami sambung lagi mandi di waterfall pertama.
– Sesampai di homestay kami ke sungai lagi sekali dan mandi manda di ‘mini waterfall’ di sungai batu selama 3 jam
– Makan malam kami dihidangkan rendang sempena raya. Thanks Auntie!
– Malamnya kami dipersembahkan dengan tarian ngajat kenyah. Meriah!
Hari ke-3:
– Kami teruskan misi ke Three Sisters Keluan Waterfall yang terletak di Long San, Ulu Baram.
– Jarak dari homestay kami menginap adalah dalam 1 jam perjalanan menggunakan jalan balak.
– Jalan ke waterfall ini adalah jalan yang sama untuk pulang ke Miri.
– Sesampai di simpang waterfall, kami naik 4×4 menggunakan jalan balak yang agak rosak teruk dan mendaki tinggi.
– Ada juga yang tak nak parking di atas dan mula trekking bermula dari simpang, tapi ambil masa 2 jam sebelum sampai ke tempat kami parking 4×4.
– Trekking ke waterfall mengambil masa 2 jam pergi dan balik.
– Bagi saya treknya lagi mencabar dari ke Tekiwit Waterfall sebab trek berbukitnya lebih tinggi, licin, berbatu besar kecil semua ada, meredah kayu-kayu tumbang.
– Tapi waterfallnya lagi cantik, lebih jernih dan lebih sejuk airnya, berombak-ombak gitu. Cantik!!
– Oh, pacat takde di kawasan ni ye guys!
Pesanan Khas:
đź’˘ Sila pakai sunblock! Perjalanan pulang dari Tekiwit Selaan Waterfall dan Three Sisters Waterfall ini memang agak panas.
đź’˘ Nak mudah sewaktu mendaki, pakai je ‘adidas kampung’ sebab banyak kawasan becak dan berselut (bergantung atas cuaca).
💢 Tekiwit Waterfall baru sahaja di buka kepada orang luar dalam 3-4 tahun. Manakala 3 sisters Kluan Waterfall baru dibuka tahun ni. Jadi, tolong jaga tempat ni dan hormati orang tempatan. Jangan berbuat sesuka hati!
đź’˘Area sini juga ada Julan Waterfall, air terjun tertinggi di Sarawak dan dikatakan yang tertinggi di Malaysia (belum diukur secara rasmi). Perjalanan mengambil masa sehari pergi dan sehari balik. Mungkin boleh mencecah 3 hari atau lebih. Bergantung atas stamina masing-masing.
❤️ Terima Kasih Arthur dan keluarga atas layanan yang terbaik. Seronok sangat. Terima Kasih juga untuk team Linda (trip ke 3 sisters Waterfall). Overall sangat best dan penat. Kepada korang yang belum datang.. Wajib datang kesini!
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!