Rasai pengalaman seram di Ghost Museum, Penang

Ada tak geng yang sukakan perkara-perkara misteri atau suka menonton cerita hantu?? Haa.. kali ni team Kaki Travel nak suggestkan korang untuk datang ke Ghost Museum yang terletak di Lebuh Melayu, Georgetown, Pulau Pinang.

Untuk pengetahuan korang, Ghost Museum adalah sebuah museum yang berkonsepkan pameran patung hantu. Terdapat lebih 30 jenis patung hantu dalam ni and ya..korang jangan risau, tadak orang yang jadi hantu atau patung yang gerak-gerak kacau korang ya! Tapi kalau tetiba ada tu.. haa paham-paham la itu cubaan dunia.. haha

Terdapat 6 perkampungan hantu dalam Ghost Museum ni. Antaranya:

1. Perkampungan hantu Melayu
2. Perkampungan hantu Cina
3. Perkampungan hantu Mesir
4. Perkampungan hantu Jepun
5. Perkampungan hantu Zombie
6. Perkampungan hantu Dracula

Korang bakal lalu dari satu perkampungan ke satu perkampungan bagi melihat dan pelajari cerita berkaitan sesuatu hantu tersebut. Masa yang diambil untuk pusing kesemua perkampungan ni adalah dalam sekitar 30 minit -1 jam.




Menariknya kat sini, di setiap perkampungan disediakan sedikit informasi berkaitan sesuatu hantu. So, korang boleh paham la sikit sejarah asal-usul kenapa hantu tu jadi hantu weh. Oh, disetiap cerita itu pastinya ada moral value yang bakal korang pelajari. So, rajin-rajinkan diri membaca informasi tersebut okay!

Selain itu, Ghost Museum ini sesuai untuk korang terokai sebab segala prop/setting sesebuah perkampungan tu kan menarik weh! Elemen darah, bunyi seram dan susunan prop kat dalam ni buatkan korang akan rasa macam dalam situasi tu. Mujur patung ja tak gerak kalau tidak dah boleh jadi movie seram untuk life experience korang!!



Rasa dah cukup berani ke nak masuk ke tempat yang menakutkan macam ni sorang-sorang? Kalau belum, jom ajak member untuk datang ke Ghost Museum bagi merasai pengalaman yang menakjubkan bersama! Untuk maklumat lanjut boleh tengok FB Page Ghost Museum Penang

Waktu Operasi: Setiap hari // 10 pagi – 7 petang

Harga Tiket (sila bawa kad pengenalan);
Dewasa : RM18
Kanak-kanak/ Pelajar (sila bawa kad pelajar) : RM10
OKU : RM9


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *