AirAsia lancar promosi tiket serendah RM39 sempena Hari Malaysia

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, AirAsia menawarkan tambang rendah istimewa serendah RM39 sehala untuk penerbangan domestik di Malaysia. Tawaran ini bermula 7 September sehingga 16 September 2020 kepada seluruh warganegara Malaysia untuk menghubungkan persaudaraan, menerokai kecantikan destinasi tempatan dan menghargai warisan negara.

Promosi yang sedang berlangsung itu berharga RM39 (bagi penerbangan sehala) dan RM78 (bagi penerbangan pergi dan balik). Tawaran tersebut terbuka untuk kesemua ahli AirAsia BIG. Bagi mereka yang bukan ahli AirAsia BIG pula, tawaran harga bermula dengan RM45 (sehala).

Rakyat Malaysia berpeluang untuk menikmati tambang serendah RM39 sehala dari Kuala Lumpur ke Terengganu atau RM99 sehala dari Johor Bahru ke Sibu di laman airasia.com atau di aplikasi mudah alih.

Tambahan pula, Ketua Komersial AirAsia Amanda Woo berkata, “AirAsia adalah sebuah syarikat penerbangan tambang rendah paling popular di Asean yang bermula di Malaysia, dan ia sentiasa menjadi kebanggaan kami. Sempena sambutan Hari Malaysia ini, kami berbangga untuk meraikan perpaduan dengan menghubungkan persaudaraan dengan tambang rendah. Kami juga berbesar hati untuk mengendalikan penerbangan antara Kota Kinabalu dan Sibu dari 15 hingga 17 September sempena sambutan Hari Malaysia yang akan diadakan di Sibu.”

AirAsia akan mengendalikan penerbangan antara Kota Kinabalu dan Sibu dari 15 hingga 17 September, selain daripada 25 penerbangan mingguan ke Sibu dari Kuala Lumpur, 35 penerbangan mingguan ke Kuching dan 7 penerbangan mingguan ke Johor Bahru.

Tempoh penerbangan : 15 September 2020 – 28 April 2021

Terma & syarat promosi:

  • Ahli AirAsia BIG diminta log masuk untuk menikmati potongan harga ahli.
  • Tempat duduk adalah terhad dan mungkin tidak tersedia untuk semua penerbangan, semua destinasi termasuk cuti umum, cuti sekolah dan hujung minggu.
  • Promosi yang berlaku adalah untuk tempahan yang dibuat melalui airasia.com dan AirAsia Mobile App dan hanya terhad kepada tambang asas biasa sahaja dan tidak termasuk kategori bundle Premium Flex atau Value Pack.
  • Tambang all-in yang disebutkan di laman web AirAsia adalah untuk perjalanan sehala, termasuk tambang asas dan semua cukai, yuran dan caj yang dikenakan oleh badan pengawal selia yang berkaitan.
  • Semua cukai, yuran atau caj yang dikenakan oleh badan pengawalselia harus dibayar pada waktu pembelian kecuali dinyatakan sebaliknya.
  • Pembayaran dalam mata wang asing tertakluk pada kadar pertukaran mata wang yang berlaku pada tarikh pembayaran.
  • Tertakluk kepada terma & syarat yang digunapakai oleh AirAsia
  • Rujuk di sini untuk semua bayaran dan caj yang dikenakan untuk tempahan penerbangan AK dan D7.

Jom kita #TravelDalamNegara !


Kempen #TravelDalamNegara adalah satu inisiatif Kaki Travel untuk menyokong pelancongan di dalam Malaysia. Jika anda ingin kongsikan pengalaman/itinerari/gambar/video pengembaraan anda di dalam Malaysia, boleh emel ke admin@kakitravel.net

Sama-sama kita bantu bina semula industri pelancongan negara!


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *