Element Hotel Kuala Lumpur – hotel dengan kolam renang view KLCC
Bagi korang yang mahu bercuti ke Kuala Lumpur atau tengah plan nak staycation.. kali ni team Kaki Travel nak suggestkan sebuah hotel yang terletak betul-betul di tengah kota metropolitan Kuala Lumpur iaitu Element Hotel Kuala Lumpur.
Hotel ini menawarkan penginapan yang sofistikated dan selesa gittuw.
Terdapat 3 jenis bilik yang disediakan iaitu:
– Studio Skyline Room
– 1 Bedroom Suite
– 2 Bedroom Suite
Untuk pengetahuan korang, penginapan disini bercirikan reka bentuk dalaman yang bergaya dengan penggunaan warna-warna neutral. Setiap bilik dilengkapi dengan TV skrin rata, meja kerja dan meja sisi katil. Bagi bilik jenis Suite pula disediakan meja makan berserta ruang tamu yang dilengkapi sofa dan TV skrin rata. Wifi percuma disediakan di semua kawasan hotel ini ya.
Keistimewaan Hotel
Oh, menariknya kat hotel ni kan.. setiap bilik mempunyai 3M water filter taw! So, korang tak perlu susah-susah nak masak air untuk diminum, just bukak ja paip air yang ditapis tu then terus minum. Don’t worry, water filter ni telahpun disahkan oleh NSF International iaitu sebuah organisasi yang menjaga kesihatan dan keselamatan orang awam.
Selain itu, percutian korang lebih bermakna bila dapat tengok view kota metropolitan Kuala Lumpur ni dari atas weh! Cantik taw tengok bangunan-bangunan pencakar langit tersergam indah.
Satu lagi benda best kat hotel ni adalah korang bakal terpegun dengan setiap lukisan yang tergantung kat sekitar luar bilik hotel. Keluar ja lif, korang akan nampak macam-macam jenis lukisan. Haa, semua karya ni dihasilkan oleh penggiat seni tempatan taw. Cantik-cantik oh!!
Fasiliti
Antara fasiliti yang disediakan disini adalah kolam renang. Syok ja nak mandi-manda kat sini sebabnya tempat ni tertutup (indoor) so memang tak terdedah sangat dengan cahaya panas lit-lit and lagi satu best sebab air kolam ni dicampur dengan ‘sea salt’. Memang elok untuk kulit kita. Selain itu, korang boleh bersenam di gimnasium yang terletak satu aras dengan kolam renang (tingkat 39).
Lokasi berdekatan
Element Hotel Kuala Lumpur ni dekat ja dengan Menara Berkembar Petronas (800 meter). Kalau rajin bolehlah jalan kaki ronda-ronda sekitar kawasan hotel ni atau mungkin kalau ada yang mencari public transport, korang boleh menaiki LRT di perhentian Ampang Park (100 meter). Kedai runcit dan farmasi pun ada di sekitar kawasan Element Hotel Kuala Lumpur ni ya.
Trace Restaurant & Bar
Kalau korang terasa lapar nak makan sesuatu, boleh cuba nikmati masakan di Trace Restaurant & Bar (tingkat 40) kat dalam Element Hotel Kuala Lumpur ni. Ada bermacam pilihan menu ala-carte disediakan seperti Penang Fried Kuey Teow, Pizza, Cheese Burger dan banyak lagi!
Menarikkan hotel ni? Untuk maklumat lanjut boleh singgah ke website Element Hotel Kuala Lumpur
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!