Travelodge City Centre KL – Promo harga bilik bermula RM88 shj
Untuk korang yang nak datang bercuti ke Kuala Lumpur ataupun berada di Lembah Klang tapi nak rasa ‘Staycation’ di KL, boleh cuba menginap di Travelodge City Centre. Ianya terletak di Jalan Hang Kasturi, KL. Ala dekat area Central Market tu je. Hotel ni masih baru dan biliknya memang cantik, dihiasi dengan dekorasi design moden. Sekarang ni tengah ada promosi bermula RM88 sahaja untuk satu malam untuk bulan Ogos & September 2020.
Apa yang menariknya, lokasi Travelodge City Centre ini sangat strategik. Di mana ianya berada betul-betul disebelah stesen LRT & MRT Pasar Seni. Kiranya kalau nak ke mana-mana tu senang la, tak payah nak drive. Selain tu, dekat sebelah ni juga ada stesen bas GoKL, satu lagi pengangkutan yang boleh bawa korang pusing-pusing KL. Yang best nya, bas GoKL ini FREE sahaja! yaa FREE! Ada beberapa laluan yang dilalui oleh bas ini, boleh tengok route seperti dalam gambar dibawah.
Bilik di Travelodge City Centre ini ada pelbagai jenis. Bilik standard adalah bilik Superior, dimana korang boleh pilih sama ada nak katil queen atau twin bed. Kalau datang ramai, boleh ambil Family Room atau Connecting Room. Dalam Family Room ni ada 2 bilik lagi. Sesuai kalau yang datang dengan anak-anak ramai, satu bilik untuk ibu & ayah, lagi satu bilik untuk anak-anak.
Kalau Connecting Room tu pula boleh muat sehingga 7 orang. Kiranya ianya adalah bilik bersambung, bilik pertama ada 3 katil single manakala lagi satu bilik ada 2 katil Queen. Memang sesuai kalau yang datang dengan keluarga besar.
Lokasi hotel ini juga berdekatan dengan banyak tempat tarikan. Antaranya Masjid Jamek, River of Life & Dataran Merdeka. Kalau nak shopping boleh jalan kaki je ke Central Market & Petaling Street. Tak cukup lagi ? Hentian untuk bas KL Hop On Hop Off ada dekat sebelah hotel ni je. Naik bas ni, korang boleh pegi ke semua tempat-tempat menarik di sekitar KL ni!
Nak dapatkan bilik di sini dengan harga RM88 ? Klik sini untuk booking
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel , FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSRCIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!