Terokai Busan dengan tips & panduan mesra Muslim ini!
Panduan Mesra Muslim Busan
Kebanyakkan rakyat Malaysia yang ingin ke Korea biasanya akan memilih Seoul ataupun Jeju sebagai destinasi pilihan. Namun begitu, sebenarnya di Busan juga terdapat banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati. Pastinya ramai sudah sinonim dengan nama Busan melalui filem “Train to Busan”. Untuk maklumat, Busan merupakan bandar kedua terbesar di Korea Selatan selepas Seoul.
Posting kali ini kami ingin kongsikan sedikit tips, itinerari serta panduan mesra muslim yang dibawakan oleh Busan Tourism Organization untuk rujukan anda!
1.LOKASI
Busan terletak di selatan negara Korea Selatan dan merupakan sebuah bandar di pesisir laut. Ianya terletak lebih kurang 325km daripada bandaraya Seoul. Dengan kadar populasinya yang hanya 1/3 daripada Seoul, keadaan di Busan tidaklah sesak seperti di Seoul dimana suasananya lebih tenang daripada Seoul.
2.MACAM MANA NAK KE SANA?
Dari Kuala Lumpur
- Air Asia X terbang terus daripada KLIA2 ke Gimhae International Airport di Busan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit
Dari Seoul
- Anda boleh menaiki tren laju KTX yang mengambil masa kurang dari 3 jam untuk sampai.
- Terdapat banyak penerbangan harian dari Seoul ke Busan. Antara syarikat penerbangan yang menawarkan servis ini adalah Korean Air, Jin Air, Jeju Air, Asiana Airlines & T’Way Air. Masa penerbangan adalah 1 jam
Dari Kota Kinabalu
- Terbang terus daripada Kota Kinabalu ke Gimhae International Airport di Busan dengan Air Busan
3.CUACA & MUSIM
Busan merupakan destinasi empat musim. Namun ianya masih sesuai untuk dilawati ketika semua musim
MUSIM BUNGA
Antara bulan Mac hingga Mei
Suhu purata di musim ini adalah 17 darjah celcius
Sesuai untuk aktiviti luaran
MUSIM PANAS
Antara bulan Jun hingga September
Suhu purata mencecah 25.5 darjah celcius
Musim yang padat dengan pelancong
MUSIM LURUH
Antara bulan Oktober hingga November
Suhu purata adalah 19 darjah celcius
Sesuai untuk aktiviti luaran
MUSIM SEJUK
Antara bulan Disember hingga Februari
Suhu purata adalah 3 darjah celcius
Walaupun musim sejuk, tetapi Busan jarang mendapat salji
4. MAKANAN HALAL
Di Korea terdapat 4 kategori restoran halal. Kategori ini adalah akredatasi daripada Korea Tourism Organization.
Antara restoran-restoran halal yang boleh didapati di Busan :
CAPPADOCIA
Makanan Turki
Alamat
123-9, Geumdan-ro, Geumjeong-gu, Busan
HALAL CERTIFIED
PUNJAB RESTAURANT
Makanan India
Alamat
31, Gunam-ro, Haeundae-gu, Busan
MUSLIM FRIENDLY
WONJO HALMAE BOKGUK
Makanan Korea
Alamat
1, Dalmaji-gil 62beon-gil, Haeundae-gu, Busan
MUSLIM FRIENDLY
HELLO INDIA-ALWAHA
Makanan India & Arab
Alamat
1383-12, Jung-dong, Haeundae-gu, Busan
MUSLIM FRIENDLY
MUGUNGHWA
(LOTTE HOTEL)
Makanan Korea
Alamat
772, Gaya-daero, Busanjin-gu, Busan
MUSLIM FRIENDLY
BOMBAY BRAU
Makanan India
Alamat
(Cawangan Haeundae)
30, Gunam-ro, Haeundae-gu, Busan
(Cawangan Munhyeon)
306, 3fl A tower, 40 Munhyeongeumyung-ro, Nam-gu, Busan
(Cawangan Gwangbok)
75, Gwangbok-ro, Jung-Gu, Busan
MUSLIM FRIENDLY
RAMA BAVANA
Makanan India
Alamat
33, Jungang-daero 702beon-gil, Busanjin-gu, Busan
MUSLIM FRIENDLY
BOLLYWOOD INDIAN
Makanan India
Alamat
9, Gwangnam-ro 130beon-gil, Suyeong-gu, Busan
MUSLIM FRIENDLY
NEW LITTLE INDIA
Makanan India
Alamat
33-1, BIFF gwangjang-ro, Jung-gu, Busan
MUSLIM FRIENDLY
*Panduan ini tidak menjamin semua makanan di restoran adalah halal. Sesetengah premis ada menjual alkohol. Makan atas budi bicara sendiri
5. RUANG SOLAT
- Masjid Al Fatah Busan
- Lokasi : 113-13,Geumdan-ro (Namsan-dong 30-1), Geumjeong-gu, Busan
- Gimhae International Airport
- Boleh gunakan prayer room di tingkat 3, South Passenger Terminal
6.CADANGAN ITINERARI 3H 2M
DAY 1
- Yongdusan Park (Busan Tower)
- Yongdusan Park ini terletak di daerah Jung-gu. Disini juga terletaknya Busan Tower iaitu sebuah menara setinggi 120 meter yang merupakan salah satu mercu tanda di bandaraya ini.
- Dari atas menara ini, anda akan dapat menikmati permandangan cantik bandaraya Busan, terutamanya pada waktu malam
- Masa Operasi : 10 pagi – 11 malam
- Gukje Market
- Gukje Market ini adalah pasar terkenal di Busan. Konsepnya adalah sama seperti Namdaemun Market di Seoul ataupun ala-ala macam Petaling Street di Malaysia.
- Barangan yang dijual disini termasuklah makanan, pakaian, barangan elektrik & buah-buahan.
- BIFF Square
- BIFF ini sebenarnya adalah singkatan kepada Busan International Film Festival.
- Disini terdapat banyak gerai-gerai ‘Street Food’
- Jika anda berjalan di kawasan ini pastinya akan terjumpa tapak tangan beserta tandatangan artis korea yang dicetak diatas plat tembaga
- Jagalchi Market
- Jagalchi Market ini adalah sebuah pasar basah secara amnya. Ianya juga adalah pasar basah terbesar di bandar ini
- Di tingkat atas ada ruang makan. Pelanggan boleh membeli makanan laut segar dari pasar di bawah dan meminta kedai disana untuk memasaknya.
- Gamcheon Cultural Village
- Rumah-rumah disini dibina bertingkat dan bewarna-warni di lereng bukit
- Anda boleh bergambar di beberapa spot menarik di sini
- Taejongdae
- Kawasan ini terkenal dengan permandangan indah di pesisir laut.
- Anda boleh melayan permandangan laut dengan melalui laluan pejalan kaki atau “Danubi Train” yang disediakan untuk menikmati permandangan keseluruhan Taejongdae
DAY 2
- Busan Al-Fatah Mosque
- Masjid utama di Busan dan merupakan yang kedua dibina di Korea
- Gwangalli Beach
- Kawasan pantai di Busan
- Disini juga terletak Gwangandaegyo Bridge, antara tarikan ikonik di Busan.
- Jambatan ini menempatan lampu LED terbesar di dunia serta sistem bunyi.
Centum City
- Shinsegae Centum City ini diiktiraf oleh Guiness World Record sebagai Shopping Complex terbesar di dunia
- Ianya menempatkan pelbagai jenis barangan & perkhidmatan dalam satu bumbung antaranya pakaian, restoran, panggung wayang & lain-lain lagi.
- Nurimaru APEC House
- Nurimaru APEC House ini terletak di Dongbaekseom Island
- Ianya merupakan tempat dimana ketua-ketua negara dunia berhimpun untuk persidangan APEC pada tahun 2005
- BEXCO
- BEXCO adalah singkatan kepada Busan Exhibition & Convention Center
- Di dalamnya terdapat Korea Traditional Clothes Exhibition Center dimana anda boleh memperagakan pakaian tradisional Korea
- Haeundae Beach
- Pantai yang paling popular di Korea
- Juga dikenali kerana ianya menganjurkan pelbagai acara sepanjang tahun. Antaranya Polar Bear Swimming Contest (Januari), Haeudae Sand Festival (Jun), Busan Sea Festival (Ogos)
- The Bay 101
- Terletak di Dongbaekseom Island
- Ianya merupakan sebuah marina dimana banyak kapal-kapal layar berlabuh
- Spot cantik untuk anda bergambar pada waktu malam
DAY 3
- Oryukdo Island
- Di pulau ini terletaknya Oryukdo Skywalk. Di sini anda boleh berjalan diatas struktur kaca sambil melayan permandangan laut di bawah
- Haedongyunggusa temple
- Tempat ini adalah sebuah kuil Buddha lama di kawasan Gijang-gun.
- Ianya dikatakan dibina sejak tahun 1376 dahulu
- Yeongdo Bridge
- Jambatan pertama yang menghubungkan tanah besar (Nampo-dong) dengan sebuah pulau (Yeongdo)
- Satu bahagian daripada jambatan ini dapat dinaikkan untuk memberi laluan kepada kapal melalui kawasan tersebut dan ini menjadikan ianya popular dikalangan pelancong.
6.BUSAN CITY TOUR
Antara cara paling mudah untuk anda bergerak di Busan adalah dengan menaiki Busan city tour ataupun BUTI. Ianya merupakan bas yang dapat membawa anda untuk mengelilingi bandaraya ini. Perkhidmatan BUTI adalah sama seperti bas hop on hop off di kebanyakkan negara. Ianya mempunyai 3 laluan iaitu Red Line, Blue Line & Green Line. Laluannya adalah seperti dibawah
BONUS!
Busan ni sebenarnya adalah kampung kepada artis-artis Korea seperti BTS Jimin dan Jungkook, Kang Daniel serta barisan pelakon seperti Gong Yoo, Choi Woo-Shik, Nam Joo-Hyuk dan lain-lain. Selain itu Busan juga adalah salah satu lokasi yang disukai oleh pengarah drama & filem Korea. Antaranya filem “Black Panther” telah menjalani penggambaran di Gwangan Beach. Dibawah adalah sedikit perkongsian untuk peminat K-pop dan K-drama.
Busan Citizen Park: Lokasi pengambaran BTS V
Seodong Miro Market: Tempat asal BTS Jimin
Huinnyeoul culture village: Tempat asal Kang Daniel, penyanyi Korea
Commodore Hotel: Lokasi pengambaran drama Crash Landing On You
Hocheon culture village: Lokasi pengambaran drama Fight for my way
Panduan ini dibawakan kepada anda oleh Busan Tourism Organization. Semoga ianya bermanfaat buat anda semua yang becadang untuk ke Busan!