10 Makanan Popular Dibawa Semasa Travel
Percaya atau tak, majoriti pengembara dari Malaysia akan membawa makanan bersama dari sini ketika pegi travel. Persoalannya hanya bawa sikit atau banyak sahaja. Antara dua sebab utama majoriti rakyat Malaysia akan bawa makanan bersama adalah:
A) Susah nak cari makanan halal di tempat yang nak dituju
B) Makanan halal ada tapi harganya mahal
Disini kami senaraikan 10 makanan popular yang sering dibawa oleh rakyat Malaysia semasa travel
1.Mee Segera
Mee Segera ni dah jadi macam wajib pulak. Memang menjadi pilihan terutama kalau ke destinasi sejuk. Masa dekat Malaysia, macam-macam dikatakan pasal mee segera ni. Tak bagus untuk kesihatan lah, banyak MSG, penyebab gugur rambut, cacatkan tumbesaran. Tetapi bila travel tanggapan ini semua hilang. Antara jenama-jenama yang popular dikalangan pengembara Malaysia adalah Maggi dan Indomee.
2.Tuna Dalam Tin
Tuna dalam tin ni biasanya dibuat makan breakfast. Dengan adanya tuna dalam tin nie, boleh beli roti kosong je dekat kedai-kedai seperti 7-Eleven dan makan dengan tuna nie. Antara yang popular adalah Tuna dengan mayonaise dan juga yang pedas tu.
3.Pek Makanan Segera
Pek makanan segera ni menjadi pilihan sebab senang nak makan. Korang hanya perlu panaskan dengan air panas je. Ada pek makanan yang siap dengan nasi sekali, contohnya Nasi Briyani, Nasi Goreng Kampung, Nasi Kabsah Ayam etc. Ada juga yang hanya lauk sahaja seperti Kari Ayam, Kari Daging dan lain-lain. Antara jenama-jenama popular adalah Brahims, MyChef, Sharifah & Tesco. Ada juga jenama Kembara Meals yang mana korang tak payah letak air panas pun, letak air sejuk pun boleh sebab dia ada self heating element untuk panaskan dia.
4.Serunding
Makanan yang biasanya disajikan di hari raya ni turut menjadi pilihan pengembara Malaysia. Sebabnya serunding boleh tahan lama, tak mudah basi dan mudah nak dibawa. Biasanya dimakan dengan roti ataupun nasi. Serunding ni ada macam-macam jenis, ada serunding ayam, daging dan juga ikan.
5.Sambal Ikan Bilis
Sambal ikan bilis biasanya dibawa oleh mereka yang tak boleh tinggalkan pedas dalam makanan. Biasanya dimakan dengan roti atau pun dengan nasi panas. Selalunya yang dibawa adalah sambal ikan bilis yang kering sebab ianya akan tahan lebih lama.
6.Minuman 3 in 1
Pek 3 in 1 ni popular sebab senang nak bawa dan senang nak buat air. Tuang air panas jer, settle. Antara jenama yang paling popular dibawa adalah Milo, Nescafe & Nestum.
7.Roti
Ramai juga yang membawa roti bersama ketika travel. Tak kisah sama ada roti kosong Gardenia tu ke ataupun roti bun berinti tu. Biasanya roti dapat bertahan 3-4 hari dan mudah untuk dibawa.
8.Biskut
Biskut juga adalah lagi satu barang yang kerap dibawa. Macam-macam jenis biskut yang dibawa, tapi kalau nak travel ni mudahnya bawa yang pek kecil sebab sekali makan je.
9.Coklat
Ada juga yang bawa coklat bersama. Coklat adalah makanan snek yang mudah dibawa dan yang penting sedap. Biasa dibawa ke negara cuaca sejuk, kalau tempat panas nanti senang cair coklat nie.
10. Sos Cili
Bagi yang tak boleh nak tinggalkan rasa pedas tu, ada juga yang bawa sos cili. Bukan sos cili dalam botol tu, tapi dalam pek kecil macam korang dapat masa beli KFC/MCD tu. Dibuat sebagai penambah perisa kepada kebab ataupun sandwich tuna.
——————————————————————–
Bagi nak memudahkan makan benda yang dibawa tu, boleh guna bekas makanan ni. Bekas makanan seperti gambar dibawah nie boleh lipat. Ia memang menjimatkan ruang dan datang sekali dengan sudu/garfu. Memang senang diguna masa travel. Size pun besar, senang-senang jer boleh masak 2 paket Maggi.
Berminat nak beli boleh klik di sini
Cili sos tu memang paling penting . 🙂