Gua Niah – tarikan wajib lawat jika ke Miri

Baru-baru ini aku berpeluang untuk berada di Miri selama 3 hari hasil daripada jemputan Tourism Malaysia Sarawak. Salah satu tempat yang sempat kami explore adalah Gua Niah. Gua ini terletak di dalam Taman Negara Niah iaitu lebih kurang 110km daripada bandar Miri.

Perjalanan kami dari bandar Miri mengambil masa lebih kurang 2 jam menaiki bas. Kalau naik kereta rasanya 1 jam lebih dah boleh sampai, nasib kami la dapat bas yang slow & steady haritu. Kami tiba di Taman Negara Niah lebih kurang jam 10 pagi. Tiket masuk ke sini adalah RM10 sahaja untuk dewasa. Dekat sini ada juga resort bagi mereka yang ingin bermalam disini.

Lepas dah daftar dan ‘stretching’ semua, kami mulakan perjalanan untuk menapak ke Gua Niah. Baru je jalan sikit, dah kena lintas sungai. Lintas sungai ni kejap je la naik bot.

Belum sempat apa lagi dah kena lintas sungai yang ada sign ni
Naik bot ni cuma untuk melintas sungai je

Jarak daripada kaunter pendaftaran hingga ke Gua Niah adalah lebih kurang 3km. 3km Berjalan kaki di dalam hutan yer. Laluannya taklah sukar sebab dah ada ‘walkway’ yang disediakan dan tak panas sebab pokok di sini semuanya tinggi-tinggi. Sepanjang perjalanan ada banyak juga spot cantik untuk korang bergambar.

  • Tips :
    • Pakai pakaian serta kasut yang sesuai kerana ada beberapa tempat di trek tersebut yang licin & berlumut.
    • Bawa insect repellent kalau takut kena gigit serangga
    • Bawa headlamp kalau korang nak explore sampai ke dalam gua
Tengok la si Khairul Jamain ni control macho masuk hutan

Lepas lebih kurang 2 jam berjalan, kami akhirnya sampai ke kawasan Gua Niah. Sebenarnya perjalanan 2 jam kitorang tu adalah berjalan sambil berhenti untuk bergambar, bergambar dan bergambar. Sebelum masuk ke Gua utama, kitorang kena melalui satu kawasan dimana ianaya merupakan tapak jual-beli ketika zaman dahulu. Kawasan Flea Market orang zaman dulu la kiranya.

Orang dulu-dulu berjual beli disini
Korang boleh nampak kat atas tu stalagtit

Bila sampai je dekat dengan ruang utama Gua Niah, mula ada bau tahi kelawar tapi tak la kuat sangat. Dalam gua ini juga ada banyak sarang burung layang-layang. Orang-orang asli sini banyak datang ke sini untuk mengambil sarang burung layang-layang yang terletak di siling gua.

Tapi apa pun memang besar beb Gua Niah ni. Sebelum ni pernah masuk gua-gua lain tak sebesar yang ini.

Jadi kalau korang ada ke Miri atau Bintulu, pastikan korang masukkan Gua Niah ni dalam itinerari korang tu!

Terima kasih Tourism Malaysia Sarawak bawa kami explore Sarawak!


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *