AirAsia lancar promosi FIXED FARES – serendah RM88
AirAsia menawarkan tambang tetap RM88 dan RM188 untuk semua tempat duduk bagi penerbangan domestik di Malaysia dari sekarang hingga 26 Ogos 2020.
Promosi yang dilaksanakan itu berharga RM88 (bagi penerbangan di semenanjung atau di timur Malaysia) dan RM188 (bagi penerbangan antara semenanjung & timur Malaysia). Tawaran ini terbuka untuk semua ahli AirAsia BIG.
Bagi yang bukan ahli AirAsia BIG, tawaran penerbangan bermula dengan harga RM93 (bagi penerbangan di semenanjung atau di timur Malaysia) dan RM193 (bagi penerbangan antara semenanjung & timur Malaysia).
Tawaran itu meliputi destinasi domestik termasuk Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan banyak lagi. Penerbangan boleh ditebus untuk terbang bermula 1 September hingga 6 Disember 2020.
*Tertakluk pada terma & syarat AirAsia di sini
- RM88 – Terbang dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Langkawi, Pulau Pinang, Johor Bahru, Terengganu, Kota Bharu
- RM88 – Terbang dari Pulau Pinang ke Johor Bahru, Langkawi
- RM88 – Terbang dari Johor Bahru ke Alor Setar, Langkawi, Ipoh
- RM88 – Terbang dari Kota Kinabalu ke Kuching, Sibu, Bintulu, Miri, Sandakan, Tawau
- RM88 – Terbang dari Kuching ke Miri, Bintulu, Sibu
- RM188 – Terbang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Bintulu, Kuching, Labuan, Miri, Sibu, Sandakan, Tawau
- RM188 – Terbang dari Pulau Pinang ke Kuching, Johor Bahru ke Miri, Sibu, Tawau
- RM188 – Terbang dari Kota Kinabalu ke Johor Bahru, Kota Bharu, Pulau Pinang
- RM188 – Terbang dari Kuching ke Johor Bahru, Kota Bharu
Boleh layari https://www.airasia.com/deals atau tempah tiket anda di sini
Jom kita #TravelDalamNegara !
Kempen #TravelDalamNegara adalah satu inisiatif Kaki Travel untuk menyokong pelancongan di dalam Malaysia. Jika anda ingin kongsikan pengalaman/itinerari/gambar/video pengembaraan anda di dalam Malaysia, boleh emel ke admin@kakitravel.net
Sama-sama kita bantu bina semula industri pelancongan negara!
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel , FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!