Bayview Hotel Langkawi – hotel berdekatan Duty-Free Shop!
Untuk korang yang nak bercuti ke Pulau Langkawi, kali ni team Kaki Travel nak suggest kat korang untuk menginap di Bayview Hotel Langkawi yang terletak di Kuah, Langkawi, Kedah. Kenapa kami suggest untuk stay disini? Kalau nak tahu kenalah baca artikel ni sampai habis yee..
Bilik & Suite
Untuk pengetahuan korang, Bayview Hotel Langkawi mempunyai sebanyak 282 bilik. Haa, yang paling penting.. kesemua bilik yang ada kat sini dijamin selesa, luas dan cantik weh! Terdapat 5 jenis bilik yang ditawarkan di Bayview Hotel Langkawi ni.
Antaranya:
1. Superior Room
2. Deluxe Room
3. Premier Seaview
4. Executive Suite
5. Two Bedroom Suite
Room Features
Selain mempunyai katil yang empuk gila-gila and bathroom yang bersih dijaga rapi, Bayview Hotel Langkawi turut menyediakan kemudahan lain seperti:
– Peti simpanan peribadi
– Pendingin hawa
– Televisyen (termasuk saluran IPTV + Movie Pack)
– Peti ais mini
– Pengering rambut
– Seterika + papan seterika
– Free WIFI
Bagi kalian yang pilih untuk menginap di bilik jenis Premier Seaview/Suites lebih beruntung, sebabnya dapat tengok view scenery laut yang membiru. Bestkan bangun je tidur selak langsir dah nampak laut terbentang luas!
Rekreasi
1) Kolam Renang
Satu lagi sebab kenapa kami suggest korang untuk stay kat Bayview Hotel Langkawi ni sebabnya hotel ni sesuai untuk semua lapisan umur. Kalau mai bercuti dengan anak-anak, boleh spent time sat bermandi-manda kat kolam renang yang terletak di tingkat 4. Nak fefeling sat tepi swimming pool ni pun nice ya! Sambil tu boleh tengok cuti mata tengok view dari atas ke laut.
Waktu operasi harian: 7:00 pagi – 7:00 malam
2) Gimnasium
Untuk korang yang suka bina badan atau nak amalkan gaya hidup sihat, jangan lupa try segala perkakas bersenam yang terletak dalam gym di tingkat 3 ya. Rajin-rajinkan diri korang untuk exercise weh!
Waktu operasi harian: 7:00 pagi – 9:00 malam
3) Alun-Alun Spa
Okay, kalau korang malas nak keluarkan peluh dekat gym, jom manjakan diri di Alun-Alun Spa! Disini banyak pakej-pakej menarik yang ditawarkan. Ada style Malaysian, Bali, Jawa, Herbal and banyak lagilah! Selain urutan dari kepala hingga ke kaki, pakej untuk facial, manicure & pedicure pun ada. Meh lerr ke Alun-Alun Spa yang terletak di tingkat 3.. sebelah bilik gym je guys!
Waktu operasi harian: 11:00 pagi – 11:00 malam
Lokasi
Hotel ini terletak lebih kurang 5 minit perjalanan daripada Jeti Kuah. Ianya memang sesuai sangat untuk korang yang kaki shopping, sebabnya disekeliling hotel ni ada banyak Duty-Free Shop. Memang syok lerr kalau nak shopping beli coklat dan pinggan mangkuk! Waktu malam pula korang boleh jalan kaki je pi Pasar Malam kat sekitar depan Bayview Hotel Langkawi ni. Selain itu dikawasan ini juga terdapat:
– Bank & ATM
– Kedai Serbaneka 24-jam
– Klinik & Farmasi
– Restoran & Kafe ( Masakan Thai, Melayu, Arab dan banyak lagi!)
Makanan
Dah alang-alang stay di Bayview Hotel Langkawi ni korang kena cuba makanan di Flamingo Coffee House! Pelbagai aneka menu ala-carte disediakan. Ada Pizza, Dim sum, Kek dan banyak lagilah! Oh ya, set steamboat pun ada taw.. so Yummy!
Tengok, banyakkan sebab kenapa kami suggestkan korang untuk menginap di Bayview Hotel Langkawi ni! Dah boleh rasanya korang roger yang lain untuk ajak bercuti ke sini! Untuk maklumat lanjut boleh layari Bayview Hotel Langkawi
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravel dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!