Iconic Hotel tawar keselesaan buat pengunjung ke Pulau Pinang
Pulau Pinang merupakan salah satu destinasi yang menawarkan pelbagai tempat serta aktiviti menarik. Buat anda yang merancang untuk bercuti ke Pulau Pinang , kali ini Kaki Travel ingin kongsikan satu lagi hotel menarik yang boleh anda jadikan tempat penginapan ketika bercuti di Pulau Pinang. Iconic Hotel ini merupakan hotel 4 bintang yang terletak di Bukit Mertajam, tidak jauh daripada plaza tol Juru.
Disini anda bukan sahaja bakal menikmati keselesaan secara menyeluruh malahan, Iconic Hotel turut menawarkan pelbagai kemudahan dalam memastikan percutian anda lebih bermakna.
LOKASI STRATEGIK
Lokasi hotel ini sangat strategik kerana ia terletak tidak jauh daripada pelbagai tarikan menarik. Antara lokasi menarik yang boleh dilawati adalah:
- Penang Bird Park:
- Bukit Mertajam Recreational Forest:
- Kg. Agong Penaga:
- Ikea & Design Village Outlet Mall –
Selain itu jarak untuk ke bandaraya George Town hanya mengambil masa 30 minit sahaja. Manakala, jika anda mahu mendapatkan pengalaman menaiki feri, jarak Iconic Hotel ke terminal feri hanya sekitar 15-20 minit.
Konsep & Jenis Bilik
Terdapat tiga jenis konsep yang diketengahkan Iconic Hotel iaitu bertemakan Modern, Urban dan Kontemporari. Disini, anda diberi pilihan untuk menikmati pengalaman bermalam di empat jenis bilik iaitu Superior, Studio, Premier dan Deluxe.
- MODERN
- URBAN
- CONTEMPORARY
Menariknya dekat sini, setiap bilik ada dilengkapi dengan mesin kopi dan tidak kira bilik jenis mana yang anda tempah, anda akan dapat menikmati kopi, tea & air berkarbonat secara percuma di dalam bilik.
FASILITI & KEMUDAHAN
Setiap bilik di hotel ini mempunyai kemudahan yang lengkap. Antara kelengkapan yang disediakan adalah televisyen, peti simpanan, minibar, kelengkapan membuat kopi dan teh, perkakas mandi, serta kemudahan WiFi berkelajuan tinggi.
Iconic Hotel turut menawarkan perkhidmatan dobi dan bagi anda yang menginap di hotel, akses meletak kenderaan adalah percuma.
Selain itu, anda juga boleh meluangkan waktu untuk bersenam di gim atau berenang di kolam renang yang terletak di aras 8
Jika anda ingin menganjurkan mesyuarat, seminar mahupun majlis perkahwinan, Iconic Hotel turut menawarkan perkhidmatan sewaan bilik dan ballroom yang bersesuaian.
RESTORAN & KAFE
Mezza9
Anda boleh menikmati hidangan sarapan pagi secara buffet di Restoran Mezza9 yang terletak di aras 1. Disini, anda juga berpeluang merasai citarasa yang lazat dan menyelerakan. Terdapat pelbagai menu yang menarik disajikan seperti masakan tempatan, pasta, stik dan banyak lagi! Pada setiap hari Jumaat & Sabtu, restoran ini ada menyediakan makan malam secara buffet bermula jam 7mlm hingga 10mlm.
Waktu Operasi:
6.30 pagi – 10 malam // setiap hari
*Buffet makan malam ada disediakan pada setiap hari Jumaat & Sabtu jam 7mlm hingga 10mlm
Tel: +604 5059 988
Crumbles & Cream
Jika anda ingin berehat sambil menikmati secangkir teh berserta pencuci mulut yang lazat di petang hari, anda boleh mendapatkan sajian menarik di kafe Crumble & Cream. Selain itu pada setiap hari Jumaat & Sabtu, anda akan dihiburkan dengan persembahan ‘Live Band’ bermula dari jam 8.45mlm hingga 11.30mlm.
Kafe ini turut menawarkan minuman beralkohol (bagi mereka yang berumur atas 21 tahun sahaja).
Waktu Operasi: 11 pagi – 8 malam // Ahad – Khamis
11 pagi – 12 tengah malam // Jumaat & Sabtu
Tel: +604 5059 988
Nikmati Promosi Secara ‘Online Booking’ !
Untuk melihat tawaran-tawaran terkini, pastikan anda membuat tempahan secara online di www.iconichotel.com.my
Alamat: Iconic Hotel, 71 Jalan Icon City, Icon City, Bukit Mertajam, 14000 Pulau Pinang
Tel: +604 5059988
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk percutian anda!