Gangwon sudah bersedia menerima semula kedatangan pelancong Malaysia

Pada 13hb Mei 2022, Gangwon Province of Korea (Gangwon) dengan kerjasama Korea Tourism Organization Malaysia (KTO) telah mengadakan acara Gangwon Tourism Night bertempat di EQ Kuala Lumpur. Dengan slogan “Reconnect Gangwon with Malaysia” , acara ini bertujuan untuk mempercepatkan pemulihan industri pelancongan.

Wilayah Gangwon kini menjadi perintis untuk merancakkan semula industri pelancongan di Korea. Sehingga kini, Gangwon telah bekerjasama dengan lebih 20 rakan strategik, Alpensia Resort, monapark Yongpyong Resort, agensi-agensi pelancongan serta menganjurkan acara seperti seminar, sidang media serta rangkaian perniagaan untuk memulihkan kerjasama diantara wakil domestik serta meningkatkan promosi pelancongan.

Dalam masa yang sama, satu kempen digital untuk Gangwon Safe Travel (G-safe Travel) akan dilancarkan untuk memberikan kesedaran mengenai langkah-langkah keselamatan di Gangwon serta memperkenalkan beberapa destinasi menarik kepada rakyat Malaysia. “Memandangkan ini merupakan acara pertama kami di luar negara selepas pembukaan semula sempadan antarabangsa, ia sangat bermakna untuk Gangwon untuk merancakkan lagi pemasaran pasca pandemik serta mempromosikan Sukan Olympic Musim Sejuk Remaja 2024 di Gangwon” , kata En. Kim Jong-Woug ,Ketua Pengarah Pelancongan, Budaya & Sukan Gangwon.

Ucapan oleh Mr Kim Jong-woug
Penerangan mengenai prosidur untuk memasuki Korea
Makanan halal di Gangwon

G-safe Travel

Memandangkan isu kesihatan & keselamatan menjadi kebimbangan utama dikalangan pengembara walaupun dunia kini menghala ke arah situasi endimik Covid, Gangwon mengawal semua langkah keselamatan untuk memastikan destinasi bersih dan selamat untuk dilawati oleh pelancong antarabangsa. Buat masa ini pengunjung masih lagi perlu membuat PCR test sebelum dan setibanya di Korea, jadi pihak Gangwon Province menyediakan Gangwon PCR Fast Track dimana pengunjung ke Gangwon akan mendapat keputusan PCR ketika memasuki Korea dengan lebih cepat. Inisiatif ini merupakan kerjasama bersama Korea Tourism Organization (KTO), Korea Tourism of Travel Agents (KATA) serta Korean National Turbeculosis Association (KNTA).

Legasi Olimpik

Setelah berjaya menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang 2018 , Gangwon berharap untuk meneruskan kecemerlangan penganjuran dengan visi membawa sukan kepada generasi baharu. Sukan Olimpik Remaja Musim Sejuk Gangwon 2024 akan dianjurkan pada 19 Januari hingga 1 Februari 2024 di Pyeonchang, Gangneung, Jeongseon dan Hoengseong di dalam wilayah Gangwon. Lebih 1,900 orang atlit daripada 70 negara dijangka akan mengambil bahagian di dalam acara tersebut.

Alpensia Resort
Ruang solat di Alpensia Resort

Alam Semulajadi , Kesihatan, Korean Wave, Budaya & DMZ

Wilayah Gangwon mempunyai persekitaran alam semulajadi yang menarik serta dicalonkan sebagai destinasi pilihan sepanjang tahun. Selain daripada aktiviti luar, Gangwon juga mempunyai banyak spot-spot pelancongan kesihatan yang boleh dilawati. Bagi peminat K-Pop & K-Drama pula, terdapat banyak spot penggambaran popular seperti drana ‘Goblin’ dan ‘Crash Landing On You’ yang boleh dilawati. Kumpulan K-Pop popular, BTS juga merakamkan album serta travelog mereka di Gangwon. Antara tarikan terbaru di Gangwon adalah Legoland ke-10 didunia yang baru dibuka di Chuncheon serta tebing kolumnar di Cheorwon DMZ.

Jadi jika anda ingin ke Korea lepas ini, boleh masukkan Gangwon kedalam senarai !

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *