Buat ‘test’ sebelum pulang beraya! Netizen kongsi jenis ‘test kit’ yang tepat & paling murah!

Setelah 2 tahun tidak dapat pulang beraya di kampung halaman, rata-rata rakyat Malaysia sudah tidak sabar lagi untuk merasai semula pengalaman menyambut Hari Raya di kampung masing-masing. Namun harus diingat kita masih belum menang sepenuhnya dalam memerangi virus COVID-19 ini. Anda masih lagi berpeluang untuk membawa pulang virus tersebut ke kampung halaman. Jadi pastikan anda membuat ujian kendiri COVID-19 sebelum pulang ke kampung halaman, agar kita tidak membawa atau menjangkiti orang yang kita sayangi.

Netizen Kongsi Jenis ‘Test Kit’ mana yang lebih tepat

Sebenarnya terdapat 3 jenis ‘test kit’ yang boleh dibeli dipasaran ketika ini, iaitu jenis Saliva (air liur), Nasal (Hidung & Tekak) serta Lolipop (Hisap). Namun begitu terdapat segelintir netizen yang berkongsikan pengalaman mereka mengatakan jenis Nasal adalah lebih tepat berbanding jenis Saliva ataupun Lolipop.

Seorang pengguna twitter, @HilmieHafizx berkata :

Kawan aku buat 4 saliva test semua negatif dia buat nasal poff terus positif. Better buat nasal nep

Hal ini turut dipersetujui beberapa netizen lain antaranya :

At this point kan rasanya lagi bagus cari self test kit yang boleh cucuk hidung. I’ve self tested myself using saliva test kit few times & none came up positive. This morning buat self test guna yg cucuk hidung tetiba positive. Pergi clinic utk double confirm sja,betul positive – @lilyxxne

Micha dpt detect positive sebab pakai test kit ni ye. Swab hidung. Yang saliva negative semanjang – @nuyulhuda

Bila demam, jangan buat test covid yg saliva sebab bacaan tak tepat (ada cara2 dia). Buat yang nasal test kit (jolok hidung) @ rtk ok? – @FyraNysa

Dimana boleh dapatkan ‘test kit’ ini dengan harga paling murah ?

Kit ujian kendiri COVID-19 atau ‘self test kit’ ini kini boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai runcit ataupun kedai barangan harian seperti 7-Eleven, 99 Speedmart, MR. DIY, ECO Plus, KK Mart dan banyak lagi. Berikut adalah perbandingan harga bagi bulan April 2022 untuk ‘test kit’ jenis Nasal & Saliva menerusi tinjauan kami di beberapa kedai runcit & kedai barangan harian. Nampaknya MR. DIY yang menawarkan harga paling murah setakat ini dengan harga RM4.80 sahaja !

test kit jenis nasal dari jenama Clungene cuma RM4.80 sahaja di MR. DIY

Cara-cara menggunakan ‘nasal test kit’ dengan betul

Untuk anda yang masih belum tahu cara sebenar untuk penggunakan ‘nasal test kit’ ini, boleh tonton panduan rasmi yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam video dibawah:

Jadi sebelum anda pulang ke kampung untuk beraya, pastikan anda serta seluruh ahli keluarga membuat ujian kendiri dulu ya! Atok & nenek di kampung merupakan golongan yang berisiko tinggi jika dijangkiti virus ini! Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir & Batin.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *