ShopeePay & Tropicana Gardens Mall tawar promosi menarik menjelang Aidilfitri

Menjelang sambutan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, pengendali e-dompet ShopeePay & Tropicana Gardens Mall baru-baru ini telah memetrai kerjasama eksklusif. Kerjasama ini menyaksikan peningkatan pembayaran runcit dan digital menggunakan e-dompet di seluruh pusat membeli belah tersebut sempena bulan Ramadhan ini.

Kerjasama ini bermula 9hb April 2022 hingga 8hb Mei 2022, dimana ShopeePay akan memberi ganjaran menarik buat para pengunjung Tropicana Gardens Mall yang menggunakan e-dompet mereka untuk membeli-belah. Para pengunjung boleh membeli boucer jenama kegemaran mereka dengan harga 1 sen di aplikasi Shopee dan tebus guna di cawangan jenama tersebut di pusat membeli belah ini. Boleh lihat di sini.

Pengguna sediaada ShopeePay akan menerima ‘cashback’ sebanyak RM3 untuk setiap transaksi berjumlah RM15 dan keatas manakala pengguna baru akan menerima RM5. Pengunjung yang berbelanja lebih dari RM50 pula berpeluang untuk menebus sampul hari raya Shopee. Bagi pengunjung yang berbelanja lebih dari RM100 pula mereka dapat menebus set mangkuk yang menarik dari Shopee.

Sampul Raya
Set mangkuk

Antara jenama yang mengambil bahagian di dalam kempen ini termasuklah Tealive, Gong Cha, Kenny Rogers Roaster, Salad Atelier, Guardian, Dunkin Donuts, Krispy Kreme dan banyak lagi ! Tempoh untuk penebusan ini adalah diantara 9hb April 2022 sehingga 8hb Mei 2022. Hadiah-hadiah tersebut boleh ditebus di kaunter pertanyaan di Centre Court, Tropicana Gardens Mall.

Selain itu, anda turut berpeluang untuk memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM600 seperti JBL Go 3 Bluetooth Speaker, XiaoMi TV Stick serta Hamper Raya dengan menyertai pertandingan media sosial sepanjang kempen ini berlangsung. Peserta perlu :

  1. Follow instagram @shopeepay_my dan like posting pertandingan ini
  2. Share gambar terbaik anda di Tropicana Gardens Mall dan letak di caption mengapa anda mahu memenangi hadiah tersebut. (pastikan akaun anda adalah ‘public’)
  3. Tag @ShopeePay_My dan letakkan hashtag #ShopeePayMy #ShopeeMy #ShopeePayxTGM #tropicanagardensmall

Tertakluk kepada terma & syarat.

Jadi untuk anda yang masih mencari tempat untuk berbuka puasa ataupun berbelanja untuk persiapan hari raya, jom ke Tropicana Gardens Mall dan jangan lupa gunakan ShopeePay !

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *