New Zealand cadang perkenal ETA visa untuk rakyat Malaysia
Kerajaan New Zealand bercadang untuk mengenakan ETA visa untuk rakyat kebanyakan negara termasuk Malaysia bermula separuh kedua tahun ini. Buat masa ini rakyat Malaysia masih lagi dapat memasuki New Zealand tanpa perlua memohon visa ataupun lebih tepat lagi, visa diberi ‘on arrival’. Menurut laman web Immigration New Zealand, tujuan visa ini adalah untuk
- meningkatkan keselamatan dan mengurangkan risiko imigresen
- menangani penyeludupan dan risiko biosekuriti
- meningkatkan pengalaman pengembara
- menyokong hubungan dan perjanjian antarabangsa New Zealand
- menyesuaikan diri dengan perubahan keperluan dan kehendak kerajaan, pihak berkepentingan dan pelancong dari semasa ke semasa.
ETA visa ini adalah sama seperti yang dibuat oleh Kerajaan Australia sekarang ini, dimana pelancong perlu membuat permohonan visa sebelum ke negara tersebut. Sistem ini dijangka mempercepatkan lagi proses kemasukan pelancong dan kos yang akan dikenakan adalah antara NZD 9 ke NZD 12.50 (RM25-RM35).
Selain itu juga, dikatakan tahun ini juga New Zealand akan memperkenal kan levi berjumlah NZD35 (RM100) kepada semua pelancong asing. Levi ini akan disalurkan kepada pembangunan infrastruktur pelancongan serta pemuliharaan alam sekitar. Kos levi ini akan dikenakan bersama ketika permohonan visa ETA.
Antara butiran dan dokumen yang diperlukan untuk permohonan visa ETA ini adalah
- nama dan tarikh lahir
- butiran pasport
- maklumat untuk dihubungi
- beberapa pengisytiharan, seperti niat perjalanan dan rekod jenayah.
- maklumat biometrik (foto pasport diperlukan jika memohon melalui sesetengah saluran)
Tarikh rasmi untuk dilaksanakan ETA dan Levi ini masih belum diumumkan, namun begitu ia dijangka dilaksanakan antara Julai hingga September tahun ini.
Sumber : https://www.immigration.govt.nz/about-us/media-centre/news-notifications/electronic-travel-authority