Masuk Percuma ke MAPS Mulai 1hb Mac 2019

Movie Animation Park Studios (MAPS) hari ini mengumumkan bahawa mulai 1hb Mac 2019, semua pengunjung ke taman tema tersebut tidak lagi perlu membayar tiket masuk. Hal ini diumumkan sendiri oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Beliau berkata, namun begitu para pengunjung hanya perlu membeli kupon untuk tarikan yang mereka ingin dinaiki sahaja. Beliau berharap inisiatif ini akan dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung untuk datang ke MAPS.

https://www.facebook.com/mapsperak/videos/2266429883603727/

MAPS telah dibuka kepada orang ramai pada tahun 2017 yang lalu. Ianya adalah hasil kerjasama anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) iaitu Perak Corp Berhad (PCB) dan sebuah syarikat swasta. Pada asalnya ia mempunyai perjanjian lesen dengan Dreamworks Animation LLC dimana ia memberi lesen kepada MAPS untuk mengoperasikan tarikan seperti Megamind Megadrop dan Casper Dream Blast. Namun begitu, disebabkan pelbagai permasalahan yang timbul, lesen perjanjian dengan Dreamworks telah ditamatkan pada Ogos tahun lalu.

Tinjauan kami di laman web rasmi MAPS mendapati buat masa ini MAPS ditutup setiap Rabu & Khamis kecuali pada cuti sekolah dan cuti umum. Waktu operasi adalah 10.00 pagi hingga 6.00 petang untuk hari Ahad, Isnin, Selasa & Jumaat manakala pada hari Sabtu, cuti umum dan juga cuti sekolah akan dibukan hingga jam 10.00 malam.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *