Tangguh perjalanan ke Korea, Jepun, Itali & Iran – KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan semalam bahawa setakat 27hb Februari 2020, sejumlah 81,398 kes COVID-19 yang melibatkan 2,770 kematian dilaporkan di seluruh dunia. Daripada angka tersebut 3,200 kes dilaporkan di luar negara China. Daripada pemantauan yang dilakukan, didapati Korea Selatan, Jepun, Itali & Iran menunjukkan peningkatan kes yang ketara dalam tempoh satu minggu yang lepas.

Satu kes baru iaitu kes ke-23 di Malaysia telah dilaporkan. Ianya melibatkan seorang wanita tempatan yang mempunyai sejarah ke Jepun. Pesakit tersebut telah menunjukkan gejala demam setelah pulang daripada Jepun pada 23hb Februari 2020 yang lalu dan telah disahkan positif.

Berdasarkan situasi semasa COVID-19 di Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah mengeluarkan kenyataan menyarankan agar rakyat Malaysia menangguhkan juga perjalanan ke Korea Selatan, Jepun, Itali & Iran buat masa ini.

Disamping itu juga rakyat yang mengembara atau sedang berada di negara-negara tersebut diingatkan mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti :

  • Sentiasa menggunakan hand sanitizer
  • Menutup mulut & hidung dengan tisu apabila batuk dan mencuci tangan dengan serta-merta
  • Sentiasa membawa dan menggunakan penutup muka (Face Mask)
  • Semasa dalam lawatan, elakkan mengunjungi tempat-tempat tumpuan ramai
  • Elakkan daripada mengunjungi ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup atau menyentuh sebarang jenis haiwan
  • Elakkan daripada mengambil sebarang produk haiwan yang mentah
  • Segera dapatkan rawatan perubatan sekiranya menunjukkan gejala seperti demam, batuk ataupun kesukaran bernafas selepas 14 hari pulang daripada luar negara

Sementara itu, semua 22 pesakit COVID-19 di Malaysia yang sebelum ini telah dilaporkan positif, telah sembuh sepenuhnya dan telah dibenarkan pulang.

Boleh baca kenyataan akhbar penuh daripada Kementrian Kesihatan Malaysia di bawah


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel , FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSRCIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *