RUN to Jeju Virtual Run 2021 – kekal sihat sambil dekatkan hati dengan Pulau Jeju
RUN to Jeju Virtual Run 2021
Sejak kebelakangan ini acara ‘virtual run’ menjadi semakin popular dikalangan rakyat Malaysia. Sejak bermula situasi pandemik ini, ramai yang ingin kekal sihat sambil patuh kepada SOP Covid-19 yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Apa itu virtual run ?
Sebenarnya virtual run ini sama sahaja seperti acara ‘fun run’ yang sering dianjurkan sebelum ini. Namun apa yang berbeza adalah para peserta tidak perlu menghadirkan diri ke mana-mana tempat larian. Ia boleh dilakukan di mana-mana tempat mengikut kepada keselesaan peserta. Tak kisah lah nak lari di kawasan perumahan, di taman awam ataupun di atas treadmill dalam rumah sendiri pun boleh.
Menyedari hakikat ini Jeju Special Self –Governing Province dengan kerjasama Korea Tourism Organization Malaysia, buat pertama kalinya akan menganjurkan acara RUN to Jeju Virtual Run 2021. Acara ini dianjurkan bagi mempromosikan gaya hidup sihat sambil dekatkan hati dan minda dengan keindahan Pulau Jeju. Peserta dapat memilih laluan-laluan seperti di dalam peta dibawah.
RUN to Jeju Virtual Run 2021
Untuk acara ini, para peserta dapat memilih untuk berlari dalam kategori 5km, 10km, 21km ataupun 42km.
- 5km – Cherry Blossom Road
- 10km – Canola Flower Road
- 21km – Aewol Coastal Road
- 42km – Bijarim Forest
Walaubagaimanapun, pendaftaran untuk acara ini telah pun ditutup manakala larian akan bermula pada 5hb Jun 2021 hingga 21hb Jun 2021. Boleh baca maklumat lanjut untuk acara ini di sini.
Jom explore lokasi-lokasi menarik di sepanjang laluan larian ini !
1. Cherry Blossom Road
Cherry Blossom ataupun bunga Sakura sangat popular di Jeju ketika musim bunga. Pokok King Cherry di Jeju berbeza daripada tempat lain di mana bunganya adalah lebih besar serta warnanya lebih ‘pink’. Pada setiap bulan Mac, acara tahunan Jeju Cherry Blossom Festival akan dilangsungkan. Terdapat 3 lokasi yang menjadi tumpuan ketika festival ini iaitu di Jeonnong-ro (kawasan bandar Jeju), jalan masuk ke Jeju National University, dan juga di Jangjeon-ri, Aewol-eup. Ini kerana kawasan-kawasan ini mempunyai jalan yang dibarisi oleh pokok-pokok Sakura ini menjadikannya suasana cantik untuk anda bergambar.
2. Canola Flower Road
Satu lagi bunga yang popular di Jeju adalah bunga Canola. Terdapat beberapa lokasi cantik di mana anda dapat melihat bunga bewarna kuning ini yang merupakan satu lagi lambang musim bunga di Jeju. Antara lokasi di mana anda dapat melihat bunga ini adalah di kawasan Noksan-ro. Jalan sejauh 10km ini dipenuhi dengan bunga Canola dan pohon Sakura di sepanjang perjalanan dan ia akan dipenuhi dengan kenderaan para pelancong ketika musim bunga.
Satu lagi spot menarik adalah di Gasi-ri iaitu tempat di mana berlangsungnya acara tahunan Seogwipo International Canola Flower Walking Festival. Pekan ini menyajikan kombinasi pemandangan padang bunga Canola yang luas bersama dengan rabung gunung berapi dan ia dikatakan mempunyai jumlah bunga Canola terbanyak di Jeju.
3. Aewol Coastal Road
Jika anda ingin menghala ke arah barat pulau Jeju, pastikan anda melalui jalan Aewol Coastal Road ini. Laluan pesisir pantai sejauh 10km ini akan memberikan pemandangan lautan yang cantik di sepanjang perjalanan. Ia juga akan membawa anda menyusuri kawasan perkampungan serta beberapa kawasan pantai cantik sepert Gwakchi, Hyeopjae and Geumneung. Jangan lupa untuk berhenti berehat sambil minum teh dekat salah satu kafe di sepanjang jalan ini. Pemandangan batu-batu hitam di tepi laut yang nampak seperti arca disulami dengan angin laut pasti akan buatkan anda terpesona. Antara kafe-kafe yang popular di kawasan Aewol ini adalah Bomnal & Monsant Aewol.
4. Bijarim Forest
Bijarim Forest adalah merupakan kawasan hutan yang mempunyai populasi pohon ‘Nutmeg’ ataupun buah Pala yang terbesar di dunia. Terdapat lebih 2800 pokok yang berusia diantara 500 ke 800 tahun disini! Di salah satu sudut terdapat sebatang pokok yang diberi nama ‘Tree of One Thousand Years’. Dengan ketinggian 14 meter dan dikatakan berusia lebih 820 tahun, ia merupakan pokok buah Pala tertua di Pulau Jeju ini.
Selain itu, jika anda ke kawasan ini jangan lupa untuk singgah ke tarikan yang berdekatan iaitu Abu Oreum dan Yongnuni Oreum. Kedua-dua tempat ini adalah kawah gunung berapi yang kini menghijau dipenuhi dengan rumput dan pokok-pokok. Ini menjadikannya satu spot instagrammable untuk anda bergambar.
*Nota – Yongnuni Oreum buat masa ini ditutup kepada orang ramai bermula 1 Februari 2021 sehinggi 31 Januari 2021 untuk proses konservasi & restorasi.
Menarik kan tempat-tempat ini ? Jadi kalau anda nak melawat Jeju selepas sempadan negara dibuka nanti, pastikan masukkan tempat-tempat ini dalam senarai itinerari anda! Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Jeju Tourism Organizaton
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!