Dark Mansion Penang – 3D Glow in the Dark Museum
Pulau Pinang atau Penang adalah antara destinasi dalam negara yang menarik untuk dilawati. Bagi anda yang dah plan nak bercuti ke Penang, kali ni geng Kaki Travel nak share satu lagi tempat nice yang korang patut pi..
Untuk pengetahuan korang, Dark Mansion Penang adalah sebuah muzium yang berkonsepkan 3D Glow in the Dark. Lokasinya terletak di Kimberly Street, Georgetown. Memang senang sangat korang nak cari tempat ni..
Dekat dalam tempat ni korang akan terpesona melihat lukisan-lukisan yang gila cantik!! Kalau korang nak tahu, lukisan-lukisan mural yang ada dalam ni majoriti dilukis oleh pelukis tempatan taw. Support local okie!
Terdapat 5 konsep paparan mural yang korang semua boleh terokai, antaranya;
1) Tropical Pandora
Konsep yang 1st ni berfokuskan kepada ‘Flora & Fauna’ yang sememangnya buatkan korang mind blowing jap bila tengok pokok-pokok, bunga, haiwan semua ni lawa dia lain macam dalam bentuk glow in the dark weh!
2) Infinity Galaxy
haa, kalau ada yang nak merasa kira bintang di langit tu.. boleh la fefeling sikit dekat part ni. Bukan setakat bintang ja boleh kira, acah duduk atas bulan pun boleh~~ Sesuai sangat untuk mereka yang suka berfoto and upload kt Instagram tu..
3) Fire & Water : Tribute to Darwin
Okay, untuk konsep yang ke-3 ni special sikit taw. Part ni korang akan terpegun melihat lukisan air terjun 3D yang boleh bertukar menjadi Lava.
Kalau korang nak tahu, lukisan air terjun ni dilukis oleh World’s Top Master Street Painter iaitu Edgar Mueller! Pelukis yang berasal dari Jerman ni ambil masa 7 hari ja untuk settlekan lukisan 3D dia ni.. Padu weh!
4) Fairytale Land
Masuk ja part ni, korang mesti geram tengok cendawan berwarna-warni yang kemain cute! Tambah pulak ada ‘Cinderella carriage with the pumpkin’ kat situ. Haa, memang boleh sangatlah korang merasa jadi tuan puteri satt!
5) Sunflower Garden
Buat korang yang suka ‘BUNGA MATAHARI‘.. haa meh la masuk ke dalam taman ni. Memang penuh dengan sunflower semata. Selain tu, korang boleh jugak merasa berteduh di bawah pohon ‘Frozen’!
Banyakkan port-port cantik dalam Dark Mansion Penang ni! So, tunggu apa lagi ayuhlah pakat ajak geng OOTD korang untuk datang ke 3D Glow in the Dark Museum! Untuk maklumat lanjut, boleh layari website Dark Mansion okay.
Harga Tiket: RM25
Percuma: bagi kanak-kanak bawah 12 tahun (dengan setiap pembelian 1 tiket dewasa)
Promosi Ogos: 50% bagi warga Penang/ beralamat di Penang (sila bawa kad Pengenalan)
*tempoh promosi = 31/7/2020 – 31/8/2020
Terima kasih Tourism Malaysia Wilayah Utara bawa team kami explore Penang!
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel , FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSRCIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!
Macam mana nak beli tiket